Monday, January 28, 2008

Menu di hari minggu. Kebiasaannya aku membuat menu2 yg anak dan suamiku suka makan. last week menu untuk sarapan pagi kami adalah nasi lemak, sambal telur, ikan terubuk masin dan ulam timun. .


Nasi Lemak

1. Beras
2. Santan
3. Daun Pandan, serai & serai - dititik
4. Serai
5. Garam
6. nak lagi sedap, hiriskan bawang putih dan bawang kecil - masukan sekali dalam nasi tu.


Cara:

1. Sama macam masak nasi, cuma gantikan air dengan santan. senang saja kan...



Sambal Telur
1. Telur rebus & digoreng bulat-bulat
2. Cili kering - direbus dan diblend halus
3. Bawang besar
4. Bawang putih
5. Air asam jawa/asam keping
6. gula, garam, perasa

Cara:

1. Tumis cili kering yang telah dikisar halus bersama bahn2 kisar lain (bawang besar & bawang putih).

2. Kemudian kasuuakn gula, garam dan perasa.

3. Masak biar lama, sampai naik minyak dan warnaynya berkilat an canti

4. Akhir sekali masukkan telur rebus yg telah digoreng tadi.




Juadah tengahari kami pula pada hari ini adalah sotong masak lemak, ikan masak kicap, sayur sawi goreng, ikan goreng dan telur dadar.

MASAK LEMAK SOTONG + PULUT

1. Sotong - sumbat 1/2 pulut dlm perut sotong tu

2. Bawang besar - kisar

3. Bawang putih - kisar

4. Cili kering - kisar

5. Jintan manis + jintan putih - kisar

6. Serai - titik

7. Daun kunyit


Cara:

1. Tumis semua bahan2 kisar

2. Masukkan santan dan sotong tadi dan juga serai

3. Biarkan dalam 10 - 15 minit dengan api perlahan, biar pulut dalam perut sotong tu masak dengan elok.

4. Masa saya masak tu pulut tak ada..so saya sumbat jer dgn pulut sushi...sama jga hasilnya.

5. akhir sekali masukkan garam, perasa dan daun kunyit.


Ianya ala2 masak gulai nasi dagang tu...hentam saja ler..janji sedap...

Ulang Tahun Perkahwinan


Sempena Ulang Tahun Perkahwinanku yang Ke 20 yang lalu, aku mengabadikan kenangan dengan membuat tempahan towel untuk diedarkan kepada seluruh kaum keluargaku.
"Semoga Kebahagiaan Itu Milik Kita Bersama Selamanya"

Sunday, January 27, 2008

Di Bharat Tea Cameron Highlands



Kenangan bersama suami tercinta semasa bercuti di Cameron Highlands

Cameron Highlands


Sejenak sepetang bersama suami dan anak tersayang di Uncle Sam Cameron Highlands. Sempat menjamu selera minum teh di nursery berkenaan.

Tuesday, January 15, 2008

PERCUTIAN KELUARGA KE MEDAN INDONESIA

Dirimu pelita hatiku
tanpamu kelamlah suasana
keceriaanmu membangkitkanku
dari muram dan durja





Gembar kenangan semasa percutian di Brastagi Indonesia. Walau berada dalam suasana kesejukan seperti di Cameron Highlands, namun dengan adanya suami tersayang...kesejukan tidak ku rasa..
Sekiranya suami tiada berhampiran, anakku pula diarah suami untuk menjadi bodyguard ku. Nasib baik anakku besar...so boleh lah juga jadi pengawal peribadiku.