Friday, September 19, 2008

PESTA MAKAN BUAH





Pada 26 Julai yang lalu kebetulan anak bosku kahwin di Dewan Orangramai Di Presint 9. Dah saya PA dia kenalah eprgi. Nak tengok juga orang German bersanding..lepas tu kebetulan ada pesta makan buah di taman warisan...so kami pun menyinggahlah..makan duriann..perhhh sedapp..hingga menjilat jarii...

Sebelum raya lagi aku dah mula buat kuih raya. Sebabnya anak aku suka makan. Yang paling disukainya adalah kuih semprit. Naik semput saya menyempritnya. sebenarnay resepi kuih semprit ni sama dengan resepi biskut dahlia. So kalau tk larat nak menekan...buat jer cetak cara lain...tapi namanya berbezalah nanti.

Ni dia resepinya...
• 8 oz tepung gandum
• 3 oz tepung kastard
• 1 1/2 oz tepung ubi /tpg jagung
• 6 oz gula halus
• 7 oz marjerin / mentega
• 1 biji kuning telur
• 1 sudu teh esen vanilla
• Ceri merah dan hijau utk hiasan
Cara-cara
1. Pukul gula dan marjerin hingga kembang.
2. Masukkan telur sedikit demi sedikit. masukkan esen vanilla. Putar lagi seketika.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung ubi dan kastard.
4. Masukkan adunan tepung ke dlam adunan mentega sedikit demi sedikit.. utk langkah ni, saya gaul menggunakan spatula je..
5. Terap menggunakan acuan semperit. Jika adunan agak lembik tambah lah sedikit gandum.. hias dgn ceri

Tahniah Untuk Suamiku






Seperti biasa kami orang2 jawa akakn membuat bubur pulut/nasi bersama pulut kuning bagi menandakan kesyukuran. Beberapa minggu yang lalu aku pun membuatnya kerana bersyukur di atas kenaikan pangkat suamiku. aku membuat sedikit juadah untuk diberikan kepada jiran2ku. aku memasak pulut yang digukan bersama rendang ayam, sambal tumis, telur rebus dan juga timun. resepinya telah pernah aku postkan sebelum ini, jadi tk payahlah aku memasukannya lagi. cuma gambarnya saja aku postkan kali ini.

sotong kangkong


lately ni tak da mood nak tulis kat dalam blog ini.
dah lama juga tak masukan resepi2 untuk koleksi saya.
ada sedikit waktu ni saya paparkan resepi sotong kangkong saya.

Bahan:
Sotong - di potong2 dan rebus
secekak kangkong - dicelur

Sos:
5 tangkai/lebih cili kering
gula melaka - ikut suka nk byk/sikit
2 tbs petis
sedikit air asam jawa
2 tbs kicap masin
2 tbs kicap manis
garam
kacang - tumbuk }(utk tabur di atasnya)
bijan - disangai atas kuali }

Cara;
1. Masak kesemua bahan di atas kecuali kacang dan bijan.

2. Masak hingga likat.

Cara Hidang.
Campurkan kangkong dan sotong yg telah direbus tadi. gaulkan dengan sos tadi dna kemudian di tabur dengan kacang da bija di atas. siap untuk dimakan.

selamat hari raya