Sunday, May 31, 2009

HAPPY BIRTHDAY - AQIL 5




Pada tengahari Sabtu yang lalu aku mendapat SMS dari keluarag mak angkat anakku katanya ada nak celebtare birthday untuk cucunya pada ptg hingga malam Sabtu. So sebelum aku pergi ke kelas pada tengahari tu..aku sempat membakar sebiji kek untuk dibawa.. So selepas abis kelas..aku mendekonya. Kanak2 biasa suka coklat. So aku membuat coklat moist cake. Pada kaliini..aku belah dua kek tu dan letak butter cream di tengahnya....Deconya...secara novalty...ada 2 clown, ikan2, burung2 dan patung...Biasalah..bila bagi kek2 yang macam tu...berat dia org nak potong...hehehe sebab sayang..

COKLAT MOIST CAKE DAN MALAY STEAM CAKE

Hari Sabtu yang lalu 30 Mei 2009, aku menghadir kelas lagi. Aku belajar 2 jenis kek. CHOCOLATE MOIST CAKE DAN MALAY STEAMCAKE. Tapi kali ini kelas yang murah jerr. RM15 jer satu kelas. Yalah mana larat asik nak pegi kelas yang beratus2 hiinggit herganya..heheehe. Kelas ini di Mamadele Jalan Reko, Kajang. Tapi kelas ni kami cuma tengok demo yang cikgu ajar jer lah. Adalah dalam 10 orang yang hadir kelas itu. Sebenarnya dia tak rugi pun kalau kami bayar murah...yalah abis jer kelas beratus2 juga dia org dapat sebab kami beli barang2 dia org.

Oleh kerana aku sudah ada basic so senang lah aku mengikutinya. Kalau tak payah juga nak paham. Walaupun aku dah selalu buat dan dah bayak kali jugalah orang order buat chocolate moist cake tu, tapi teknik2 yang betul nak juga aku belajar. Biasanya aku main tuang jer coklat atas kek tu...tapi bila dah pegi kelas..dah tau teknik yang betul..alhamdulillahh.

Yang kelakarnya...yang Malay Steam Cake tu bila aku tanya macam mana dapat nama tu sebab cikgu tu kata asalnya dari hongkong dan orang hongkong amat suka kek itu, tapi bila resepinya ala2kuih apam melayu..maka bila sampai sini ditukar nama melayu..hehee...gasaklah..janji sedapp..memangs edap dan gebu.



Biasa bila abis belajar...balik jer aku tak sabar2 nak buat..tapi sebab dah jemu melantak kek..so nanti2lah bila ada terasa nak makan..aku buat dan beri pada kawan2 opis utk rasa.

Seronok pulak bila ke kelas macam ni...jadi ramai kawan aku ada...

Lepas ni dia org nak ajar kuih raya pulak. Insyallah aku tak akan lepaskan pelung utk belajar.

Thursday, May 28, 2009

HAPPY BIRTHDAY - JALAL


Dua hari yang lalu semasa teman sepejabatku mengorder carrot cheesecake...teman baikku ada sama masa majlis makan2 tersebut. Bila dah rasa dia pulak hendak mengorder untuk birthday suami dia dan di bawa ke tempat kerja. Resepi adalah sama dengan yang sebelum ini cuma oleh kerana suaminya adalah seorang pegawai korporat maka aku mendeconya sehelai kemeja berkolar biru berserta tie berwarna oren lembut. Semoga beliau berpuashati.

Wednesday, May 27, 2009

CARROT CHEESE CAKE

Lagi order dari teman sepejabat. Agak berat kek ini hampir 3 kilo. Jenuh juga membawanya...almaklum macam biasa suami tak ada. Kena nai train, LRT dan juga jalan kaki dnegan nak maintain kek itu ada berada dalam keadaan baik. Dalam train dan LRT dahlah berhimpit2...haiii...dugaan2...tapi tak apalahhh...

Kali ini adalah carrot cheese cake.


CARROT CHEESE CAKE

BAHAN²
4 biji telur (asingkan kuning & putih)
1 1/2 cawan minyak mazolla
150g gula halus
150g gula perang
1 1/2 carrot – parut
1 cawan kekacang (boleh guna almond, gajus, walnut atau apa sahaja.
250g tpg gandum – ayak
1 1/2 sudu teh baking powder – ayak
1 sudu teh garam

CARA²:
1. pukul putih telur dan ketepikan.
2. pukul kuning telur, kemudian masukkan minyak, gula, carrot, kacang.
2. setelah semua sebati masukkan telur putih yg dipukul kembang sedikit demi
sedikit selang selikan dgn tepung.
3. kemudian bakar pada suhu 180 selama 50 minit atau sehingga masak.

ISING:
250g cream cheese (philapdelphia)
120g butter
120g gula ising
- pukul kesemua bahan dan sapu atas kek tadi.

Bagi kek yang aku buat itu...aku mendoublekan bahan2nya kerana permintaan coustomer, namun isinya ccukup sekadar satu adunan seperti tertera di atas.

KALUNG OLEH ZAHIDA ZARKASI

Aku membeli buku ini semasa pesta buku di PWTC pada 4 April 2008 yang lalu. telah lebih setahun aku membeli buku ini, baru kini berkesempatan memasukkan ke blog ini.

Ringkasan:



Nia dan adiknya Irfan disuruh oleh ibu mereka pulang ke kampung ibunya dengan berjanji akan menyusul kemudian. Walau terpaksa berpergian hanya dengan adiknya Nia terpaksa akur dan ibunya berpesan jangan menyongsong ibunya kerana nantinya ayah dan ibunya akan menyusul mereka di kampung. Nia juga dipinta oleh ibunya mendaftarkan sekolah adiknya setibanya di sana.

Pelbagai dugaan terpaksa dilalui memandangkan Pak Long Nia juga orang susah dan lagi neneknya yang nyanyuk perlu dijaga.

Pertemuan secara tidak sengaja dengan Aries pemuda yang tinggal di banglo di atas bukit akhirnya membuatkan Nia benar2 menyintai Aries. Semua tuduhan org kampung yang menyatakan Aries seorang pembunuh kejam tidak diindahkan oleh Nia. Semua orang yang rapat dengan Nia telah dihapuskan oleh Aries tanpa pengetahuan Nia. Kelembutan dan cara Aries melayan Nia memang tidak menampakkan beliau adalah seorg yang kejam.

Di akhiran cerita bayangan Aries tetap hadir di sisi Nia walau telah dinyatakan Aries telah mati dibakar oleh orang2 yang dendam dengannay di pondok di ladangnya......

MENCARI ABADI - LUQMAN HAKIM

Ringkasan:

tunggu

PELANGI MEMBEKU - H.M. TUAH ISKANDAR

Buku ini aku beli pada 24 April 2009 yang lalu. Memang setiap kali aku membeli buku akan aku chop nama dan juga tarikh aku membelinya. Agak beratus juga koleksi buku2 aku, cuma tidak berkesampatan memasukkan ke dalam blog ini. Sekiranay ada masa terluang akan aku selitkan kisah2 di novel2 yang telah aku baca secara ringkas. Kadang kala ada banyak manfaat, petua2 serta amalan2 yang berguna dari kandungan buku2 yang kita baca.

Ringkasan:
Mengisahkan Marfuzah seorang gadis kampung yang sangat jelita. Telah dipaksa berkahwin dengan Deramin oleh bapanya dengan pemuda yang agak berumur dan tidak hensem langsung serta tiada kerja tetap.

Setelah bernikah Marfuzah lari dari rumah kerana tidak sanggup hidup dengan lelaki yang amat dibencinya. Namun suaminya yang agak bodoh2 alang mengikut Marfuzah. Oleh kerana Marfuzah juga tidak menyukai keluaragnya sendiri dan tiada teman di luar sana, maka akhirnya termakan pujukan suami untuk pergi ke kampung Genuang kerana bapa Deramin mepunyai kenalan di sana.

Kehidupan terus menghimpit Marfuizah kerana suaminya seorang pemalas dan Marfuzah pulak sering diganggu oleh pemuda kampung kerana wajahnya yang jelita dan bersuamikan seorang yang lebih tua dan pada satu kemalangan terjadi kerana Marfuzah cuba menyelamatkan maruah diri semasadiganggu di ladang getah tempah beliau mengambil upah menoreh.....dan suaminya yang rasa bersalah telah sanggup mengaku dia yang membunuh pemuda tersebut bagi mengelakkan Marfuzah dipenjarakan kerna beliau menyayangi Marfuzah dan lagi Marfuzah sedang mengandung ketika itu....

Antara petua2 yang terdapat dalam buku ini:
1. Cekur manis - boleh besarkan buah dada, banyakkan susu dan kecutkan rahim.
kalau direbus buat sayur bagus utk hilangkan demam panas,pening
kepala dan pitam.

2. Rebusan kulit pokok ciku - turunkan panas badan

3. Buah betik - ubat lawas, kalau ada usus2 yg terluka boleh baik dan boleh kebahkan demam.

4. Daun betik - ubat malaria, sakit perut & selera makan (campurkan 1 - 2 genggam daun betik & sedikit garam dgn setengah cwn air panas dikisar & perah. minum sehari sekali - 3 hari)

5. Biji betik - hilangkan cacing dlm perut (jemur sampai kering, tumbuk halus. Didihkan air dan campurkan serbuk biji betik tadi& minum).

6. Getah betik - sembuhkan gigitan ular berbisa.

7. Ulam daun kaduk - boleh mengelakkan tekanan otak.

NOVEL - PERCAYALAH OLEH RUBY HAZRI

Ringkasan:

Atikah seorang anak gadis yang telah bekerja, mendapat tawaran belajar ke luar negara. Pada awalnya Atikah sering disindir kerana lambat bertemun jodoh dan akhirnya jatuh cinta dengan seorang anak warga campuran German & Malaysia semasa menuntut di sana. Setelah diperkenalkan dengan bapa kepada Daniel....bapa Daniel membantah mereka menikah namun disalah ertikan oleh Danial yang menyangka bapanya tidak manyukai Atikah. Akhirnya mereka menyedari bapanya membantah kerana Atikah perlu mendapat restu dari keluarganya di Malaysia telebuh dahulu kerana tidak mahu perkara yang sama berlaku di mana ibu daniel telah dibuang keluarga kerana berkahwin tanpa restu keluarga.....cerita selanjtnya silalah baca novel tersebut ..

PINK BARBIE DOLL CAKE FOR SOFEA




24 Mei 2009. Hari Jadi anak saudaraku Nur Safiatul Na'imah. Hadiah dari makcik dan pakciknya berupa barangan perhiasan untuk beliau dan PINK BARBIE DOLL CAKE. Semuanya kaler pink.



Tuesday, May 26, 2009

MASA TERLUANG

Ada masa terluang..inilah projek-projek aku. Walau tidak secantik dan sekemas mana, namun aku akan perbaikiinya dari semasa kesemasa. Moga-moga teman-teman puas hati setiap kali aku mendeco kek-kek mereka.

GATHERING

Pada 22 Mei 2009 yang lalu adalah perjumpaan makcik2 bini-bini askar iaitu aku, maksu, rwdh dan nor...

agenda adalah makan2...



Thursday, May 21, 2009

3 HARI BERGELAP


Ini pula malam ke-3 bergelap. Suami outstation...so aku dgn anak sahaja. Nak tengok TV ...letrik tak ada. Apa nak buat. Nak baca buku...mata dahlah makin rabun teruk..karang bertambah lagi power tuuu...

Esok ada lagi jamuan perpisahan. Memang dah janji pun sebelum tu nak donate kek. Mulanya date lain...tapi ditunda ke esok... Daripada boring asik nak buat bodoh, nak tengok tv tak boleh, nak buka radio pun tak boleh...laki pun tak ada nak diajak gaduhh...so walau dalam gelap...aku buat projek lagi. Aku buat kek dalam bergelap. Patutnya dibakar.. aku ambil inisiatif mengukusnya. Aku buat kek coklat. Memukul telur dan bahan2 semuanya guna manual. sekali sekali tak pa juga...kalau selalu maunya besar lengan saya dibuatnya.

Sambil menunggu kek siap dikukus....keboringan juga melanda lagi diriku...so ada fondant..maka aku mendeco pagar2 cinta untuk disalut di tepi kek. buat juga akar2 yang menjalar...semuanya di buat dalam samar2 cahaya lilin.

Tak habis di situ lagi tuu..paginya nak pegi kerja kereta pulak tak boleh start..so kena naik motor lah pulak. Lepas tu macam semalam lah naik train dan diikuti dgn LRT, pas tu jalan kaki lagi 10 minit ke opis...Lenguh tangan memegang sebiji kek. Macam membawa sebab lebih 10 kilo rasanya.

Hasilnya decoku memang sungguh tidak memuaskan hati. Tapi kerana free kan..so dia org suka jer lahh..alhamdulillah sedap katanya kek tuu...cantikk dia org kata...pada hal pada saya teramatlah comottttttt kek itu..........heheheh



Nasib malang bagi keluarga kami sebab terpaksa bergelap. Masuk malam ni dah 2 malam. Dah panggil wiremen namun mereka pun tak tau nak buat macam mana dan tak tau apa sebabnya. Tak tau bila boleh betul2 selesa dengan keadaan seperti sediakala.

Aku dah berjanji dengan teman2 sepejabat untuk memasak spegathi bagi jamuan di pejabat pada hari Rabu. Bahan2 telah aku beli masa ke TESCO hari ahad yang lepas. Dahlah suami tak dapat hantar aku ke pejabat hari tu, so terpaksa pulak aku mengangkut naik kereta api dan kemudian tukar pula dgn LRT.... dan ...terpaksa juga meng-subkan teman yang lain agar merebus spegathi tersebut. Yalah kalau nak mengangkut semua naik train tu parah aku dibuatnya. Dan kerana dah berjanji terpaksa juga aku memasak kuahnya dengan bergelap. potong semua bahan2 tumisan dengan menggunakan terangnya cahaya lilin sahaja... Ya Allah...seksanya, namun dah janji...buat jer lah...

Pada mulanya aku nak juga sumbangkan cake or cupcake..dah keadaanya macam tu..terpaksa aku kuburkan jer lah niat aku tuu...Nak tumpang masak rumah kakak..yalah tak selesa pulak lama2 duduk kat dapur rumah org tgh2 malam...so buat jer lahhh walau dalam gelap...sempat juga snap gambar kuah dalam kuali dalam gelap2 tu. Nasib baik camera tu ok..so terang lah gambar tu walau diambil dalam gelap.