Wednesday, May 27, 2009

PELANGI MEMBEKU - H.M. TUAH ISKANDAR

Buku ini aku beli pada 24 April 2009 yang lalu. Memang setiap kali aku membeli buku akan aku chop nama dan juga tarikh aku membelinya. Agak beratus juga koleksi buku2 aku, cuma tidak berkesampatan memasukkan ke dalam blog ini. Sekiranay ada masa terluang akan aku selitkan kisah2 di novel2 yang telah aku baca secara ringkas. Kadang kala ada banyak manfaat, petua2 serta amalan2 yang berguna dari kandungan buku2 yang kita baca.

Ringkasan:
Mengisahkan Marfuzah seorang gadis kampung yang sangat jelita. Telah dipaksa berkahwin dengan Deramin oleh bapanya dengan pemuda yang agak berumur dan tidak hensem langsung serta tiada kerja tetap.

Setelah bernikah Marfuzah lari dari rumah kerana tidak sanggup hidup dengan lelaki yang amat dibencinya. Namun suaminya yang agak bodoh2 alang mengikut Marfuzah. Oleh kerana Marfuzah juga tidak menyukai keluaragnya sendiri dan tiada teman di luar sana, maka akhirnya termakan pujukan suami untuk pergi ke kampung Genuang kerana bapa Deramin mepunyai kenalan di sana.

Kehidupan terus menghimpit Marfuizah kerana suaminya seorang pemalas dan Marfuzah pulak sering diganggu oleh pemuda kampung kerana wajahnya yang jelita dan bersuamikan seorang yang lebih tua dan pada satu kemalangan terjadi kerana Marfuzah cuba menyelamatkan maruah diri semasadiganggu di ladang getah tempah beliau mengambil upah menoreh.....dan suaminya yang rasa bersalah telah sanggup mengaku dia yang membunuh pemuda tersebut bagi mengelakkan Marfuzah dipenjarakan kerna beliau menyayangi Marfuzah dan lagi Marfuzah sedang mengandung ketika itu....

Antara petua2 yang terdapat dalam buku ini:
1. Cekur manis - boleh besarkan buah dada, banyakkan susu dan kecutkan rahim.
kalau direbus buat sayur bagus utk hilangkan demam panas,pening
kepala dan pitam.

2. Rebusan kulit pokok ciku - turunkan panas badan

3. Buah betik - ubat lawas, kalau ada usus2 yg terluka boleh baik dan boleh kebahkan demam.

4. Daun betik - ubat malaria, sakit perut & selera makan (campurkan 1 - 2 genggam daun betik & sedikit garam dgn setengah cwn air panas dikisar & perah. minum sehari sekali - 3 hari)

5. Biji betik - hilangkan cacing dlm perut (jemur sampai kering, tumbuk halus. Didihkan air dan campurkan serbuk biji betik tadi& minum).

6. Getah betik - sembuhkan gigitan ular berbisa.

7. Ulam daun kaduk - boleh mengelakkan tekanan otak.

No comments: