Wednesday, May 27, 2009

CARROT CHEESE CAKE

Lagi order dari teman sepejabat. Agak berat kek ini hampir 3 kilo. Jenuh juga membawanya...almaklum macam biasa suami tak ada. Kena nai train, LRT dan juga jalan kaki dnegan nak maintain kek itu ada berada dalam keadaan baik. Dalam train dan LRT dahlah berhimpit2...haiii...dugaan2...tapi tak apalahhh...

Kali ini adalah carrot cheese cake.


CARROT CHEESE CAKE

BAHAN²
4 biji telur (asingkan kuning & putih)
1 1/2 cawan minyak mazolla
150g gula halus
150g gula perang
1 1/2 carrot – parut
1 cawan kekacang (boleh guna almond, gajus, walnut atau apa sahaja.
250g tpg gandum – ayak
1 1/2 sudu teh baking powder – ayak
1 sudu teh garam

CARA²:
1. pukul putih telur dan ketepikan.
2. pukul kuning telur, kemudian masukkan minyak, gula, carrot, kacang.
2. setelah semua sebati masukkan telur putih yg dipukul kembang sedikit demi
sedikit selang selikan dgn tepung.
3. kemudian bakar pada suhu 180 selama 50 minit atau sehingga masak.

ISING:
250g cream cheese (philapdelphia)
120g butter
120g gula ising
- pukul kesemua bahan dan sapu atas kek tadi.

Bagi kek yang aku buat itu...aku mendoublekan bahan2nya kerana permintaan coustomer, namun isinya ccukup sekadar satu adunan seperti tertera di atas.

No comments: