Sempena cuti hari buruh yang lalu, mulut ni terasa nak makan sesuatu. Cheese ada dalam peti ais so aku memulakan operasi membuat cheese cake. Tak ingat siapa punya resepi. Anyway terima aksih banyak2 pada yang empunya resepit sebab cakenya sangat sedap. Hubby tang tak suka cake sebenarnya,tapi bila dah makan sepotong, siap cakap boleh cakap minta sepotong lagi boleh tak...sedap macam kat kedai katanya..hehehe...terangkattt youuu...
Tapi untuk cake kali ini saya terus melangkau ke step B, tak guna biskut, terus buat fillingnya jer.
Deconay tidak berapa menarik, cream di atasnya adalah lebihan all purpose cream, nak buang sayang, kalau dibiarkan dalam peti ais nanti tak tau bila lagi nak digunakan. So saya ambik inisiatif, meletakkannya di atas kek tersebut. Kalau nak memakannya cream tu sahaja memang tak berapa sedap sebab krim itu tawar, tapi bila dah makan dgn cakenya, memang sedap dan tak membazir lebihan cream tu.
BLUEBARRY CHEESECAKE
Bahan A -Base Biskut
120 gm biskut chipsmore
2 s/b butter
Cara
1. Mesinkan halus biskut.
2. Gaulkan dengan butter sehinga boleh dikepal.
3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat yg telah dilapikkan
kertas minyak.
4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 150'C selama 10 minit.
Bahan B - Filling
250 gm krim keju Philidephia
70 gm butter
120 gm fresh cream (saya guna all purpose cream)
120 gm gula halus
50 gm tepung jagung
30 gm tepung superfine
1 s/teh esen vanilla
4 biji telur ayam [asingkan kuning dan putih telur]
2 s/b blueberry filling
Topping:
Filling blueberry..
[bolih dibeli siap dari kedai alat kueh/kek
atau dalam tin dari supermarket. ]
Cara:
1. Panaskan oven 150 C selama 5 minit. ...
2. Pukul putih telur sehingga naik gebus saperti bueh sabun. Pastikan
tiada kuning telur tercampur dalam adunan putih telur...dan juga
pemukul telur kering dari minyakatau air.]
3. Pukulkan keju kerim, butter, gula dan frsh cream/whipping cream
sehingga gebu.
4. Masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila. Pukul algi
sehinggga rata.
5.. Ayakkan kedua-dua jenis tepung.
6. Dengan menggunakan senduk kayu masukkan tepung dan kacau
rata.
7. Buat teknik kaup-balikkan adunan.
8. Masukkan adunan putih telur dan gaulkan rata.
9. Masukkan adunan dalam loyang yg telah ada biskut base.
10 .Bakar pada suhu 150'C selama 70 - 75 minit
11. Bila telah MAsak biarkan didalam oven selama beberapa jam.
12. Sejukkan kek dalam peti sejuk untuk 4- 5 jam lagi.
13. Letakkan topping blueberry sebagai hiasan dan boleh dihidangkan.
nota: untuk memudahkan memotong cake gunakan pisau panas. Teman2 menyarankan rendam pisau di air panas dan lap sampai kering baru memotongnya. Namun aku yang agak tak berapa nak rajin ni cuma guna pisau yang agak panjang dan meletakkan hujung pisau itu ke api, bila dah panas terus potong cake itu. Beressss...
No comments:
Post a Comment