Hidup ini ibarat arus... ada masa badai dan ombak datang mengganas.. ada masa ianya begitu tenang dan nyaman... kadangkala apa yang kita harapkan tidak akan menjadi kenyataan. Yang nyata hidup perlu diteruskan. Pahit, manis, suka, duka, benci, dendam, marah .. akan sentiasa ada dalam diri yang bernama manusia. Usah disamakan kita dengan para nabi-nabi yang akan sentiasa mengampunkan umatnya kerana kita bukannya mereka yang memang dikurniakan dengan sifat-sifat pemurah dan pemaaf.
Monday, April 20, 2009
SEMOGA CEPAT SEMBUH SUAMIKU
Pada 16 April yang lalu, suamiku tercinta telah menjalani sedikit pembedahan kecil. Walaupun pada 15hb tersebuit adalah hari ulangtahunku, namun aku tidak ada hati lagsung untuk meraikannya. Untuk suamiku, aku mendoakan agar cepat sembuh dan untuk beliau aku membuat sebiji kek "SEMOGA CEPAT SEMBUH SUAMIKU".
KEK COKLAT
Bahan:
250 gm butter
2 cawan gula
2 cawan tepung
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan gula }
1 cawan koko } Masak atas api kecil, kacau sampai gula hancur.
1 cawan air } Tutup api, biarkan.
Cara:
1. Pukul butter & gula hingga kembang, kemudian masukkan telur& esen - pukul sebati.
2. Masukkan bahan kering berselang seli dengan bahan koko yg dimasak tadi.
3. Buat selang seli sampai habis dan kacau sebati.
4. Sapu loyang dengan butter dan lapik loyang dengan kertas minyak.
5. Tuang adunan dlm loyang dan bakar selama 1 jam.
Chocolate Fudge Buttercream Frosting
Bahan-bahan :
115 gm mentega 50 gm shortening
30 gm serbuk koko 240 gm gula aising
30 ml susu 350 gm coklat masakan, dicairkan
5 ml esen vanila
Cara Membuatnya :
1. Pukul mentega dan shortening hingga kembang.
2. Masukkan koko dan gula aising.
3. Masukkan susu , coklat masakan dan esen vanila.
4. Putar hingga sebati.
5. Bolehlah disapukan atas kek coklat. Hiaskan.
Note: resepi ini saya ambil dari internet (kalau tak silap saya dr bepop). Terima kasih ya teman-teman yang sudi berkongsi resepi di alam cyber ini. Banyak yang telah saya cuba dan menjadi.
Bagi toppingnya saya menggunakan coklat fudge frosting, tidak buat seperti biasa iaitu tuangkan sahaja dgn topping coklat. sengaja nak membuat perubahan.
Satu lagi aku membuat cheese cake saja untuk makan2, namun potongannya tidak begitu licin, sebabnya kalau untuk memotong cheese cake kita perlu gunakan pisau panas, namun aku agak sedikit malas masa tu, maka aku terus memotongnya terus. Walau agak mengerutu potongannya namun habis licin kami sebat.
Cheese cake
Bahan-bahan ( 18 cm )
250g cream cheese
200cc yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula
Cara-cara:
1. Panaskan oven 170 degree.
2. Sapukan loyang dgn butter/kertas minyak.
3. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi
cream.
4. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 mini.
5. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk
mengelakkan permukaan hangus.
6. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake
yang sedap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment