Monday, April 20, 2009

SEMOGA CEPAT SEMBUH SUAMIKU


Pada 16 April yang lalu, suamiku tercinta telah menjalani sedikit pembedahan kecil. Walaupun pada 15hb tersebuit adalah hari ulangtahunku, namun aku tidak ada hati lagsung untuk meraikannya. Untuk suamiku, aku mendoakan agar cepat sembuh dan untuk beliau aku membuat sebiji kek "SEMOGA CEPAT SEMBUH SUAMIKU".

KEK COKLAT
Bahan:
250 gm butter
2 cawan gula
2 cawan tepung
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

1/2 cawan gula }
1 cawan koko } Masak atas api kecil, kacau sampai gula hancur.
1 cawan air } Tutup api, biarkan.


Cara:
1. Pukul butter & gula hingga kembang, kemudian masukkan telur& esen - pukul sebati.

2. Masukkan bahan kering berselang seli dengan bahan koko yg dimasak tadi.

3. Buat selang seli sampai habis dan kacau sebati.

4. Sapu loyang dengan butter dan lapik loyang dengan kertas minyak.

5. Tuang adunan dlm loyang dan bakar selama 1 jam.


Chocolate Fudge Buttercream Frosting

Bahan-bahan :
115 gm mentega 50 gm shortening
30 gm serbuk koko 240 gm gula aising
30 ml susu 350 gm coklat masakan, dicairkan
5 ml esen vanila

Cara Membuatnya :
1. Pukul mentega dan shortening hingga kembang.
2. Masukkan koko dan gula aising.
3. Masukkan susu , coklat masakan dan esen vanila.
4. Putar hingga sebati.
5. Bolehlah disapukan atas kek coklat. Hiaskan.

Note: resepi ini saya ambil dari internet (kalau tak silap saya dr bepop). Terima kasih ya teman-teman yang sudi berkongsi resepi di alam cyber ini. Banyak yang telah saya cuba dan menjadi.

Bagi toppingnya saya menggunakan coklat fudge frosting, tidak buat seperti biasa iaitu tuangkan sahaja dgn topping coklat. sengaja nak membuat perubahan.

Satu lagi aku membuat cheese cake saja untuk makan2, namun potongannya tidak begitu licin, sebabnya kalau untuk memotong cheese cake kita perlu gunakan pisau panas, namun aku agak sedikit malas masa tu, maka aku terus memotongnya terus. Walau agak mengerutu potongannya namun habis licin kami sebat.

Cheese cake

Bahan-bahan ( 18 cm )
250g cream cheese
200cc yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula
Cara-cara:

1. Panaskan oven 170 degree.
2. Sapukan loyang dgn butter/kertas minyak.
3. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi
cream.
4. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 mini.
5. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk
mengelakkan permukaan hangus.
6. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake
yang sedap.

Monday, April 13, 2009

HAPPY BIRTHDAY KAKAK DAN ANAK SAUDARAKU SERTA BIRTHDAYKU





Untuk birthday sendiri.....tak terasa pun nak potong kek. Tak buat pun untuk aku..sebabnya aku dah jelak nengok dan bau kek..hehehe...namun aku menerima hadiah yang sangat istimewa dari suami dan anakku.

Suamiku memberi kejutan dengan menghadiahkan kad dan frame gambar. Konon dia nak suprisekan aku...tapi aku dah agak dahhh...sebab tiap kali birthday dia akan beri aku duit..yalah nak belika hadiah nanti..almaklum taste aku ni...nanti tak menepati apa yang dia belikan..so cara selamat...hulur jerrr...pegang2 rasa mcm frame..tapi dah agakdahh..sure ada fulusnya....hehehe...dan benar...bila buka semua frame tu adalah beberapa helai not2 hijauu...terima kasih suamiku......


anakku pula memberi kad dan juga membuatkan satu dokumentasiku...Ntah bila dia mencari gambar2 lamaku dialbum dan didokumentasikan.. Sungguh terharu aku dibuatnya...

Terima kasih untuk kedua2 mereka. I Love You two so mucahh...
Kalian adalah nyawaku.....



Pada 7 April adalah birthday untuk kakakku dan 8 April adalah anak saudaraku dan 11 April adalah abang iparku. Aku seperti biasa akan menghadiahkan kek kepada mereka. Dan pada kali ini adalah hasil dari tanganku sendiri. Yang besar tu untuk kakakku dan suaminya dan cupcake tu untuk anak saudaraku. Semoga kalian panjang umur, dimurahkabn rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa...aminnnn.......