Thursday, July 30, 2009

MAJLSI PERPISAHAN AKS KOMLEK




Pada 24

Julai 2009 yang lalu ada majlis perpisahan untuk bos suamiku. Dato' Nasaruddin. Beliau akan sambung belajar ke Beijing. Sebelum orang ramai sampai sempat kami berposing sikit...nak ambil gambar masa ramai orang segan..maklumkan dgn VVIP...kalau dgn orang yang sekepala dengan kami tak palah..ni orang duduk berprotokol, kami nak ambik gambar..mana boleh...segannn..kena kontrol macho..tapi sebelum tu sempat ambik gambar di ruangan menunggu sementara tetamu2 yang lain belum datang...

Tuesday, July 28, 2009

KOLEKSI AKSESSORIKU

Amaran ganas:  Untuk makluman kesemua barangan ini telah ada pewarisnya tau.  sebab barangan2 ini adalah barangan kesayanganku dan nilaianya bukannya sedikit.  So jika aku telah tiada lagi nanti barangan ini adalah adalah untuk anak2 dan cucu2ku atau adik beradik kita sahaja yerrr..bukan untuk isteri baru abang ...Heheheheh.. Jangan marah yer bang.. Ini wasiat tau... kalau orang yang tidak berkenaan mengambil atau memakainya takut nanti mendapat ketulahan.. hehehehe..jangan marahhh...
15. Set tiger eye. Takut dengar namanya. Gelang dan cincin tu aku belinya di Chiangmai semasa lawatan ke sana. Di sana juga ada factory jade. Koleksi ini aku beli bersekali dengan jade bulat2 yang aku postkan sebelum ini manakala loket aku beli di Maju Junction. Dulu ada kedai menjual barangan tersebut di sana...sekarang kedai tu dah tutup. loket tu bentuk apel...cute sangat, murah ker RM50 sebiji dan anting2 memang aku tak dapat beli sebelum ni sebab tak da yang berkenan. Cuma satu hari tu aku tengok kawan opis pakai anting2 tuu..so saya sound kat dia...ehhh anting2 ni sebijik macam set tiger eye akak punya ..tapi tak da anting2nya...beli pun tak sama betul2..so dia terus ckp akak nak keer..naklahhhh...aku jawab dengan muka tak malunya....dan terus ambik hehehe..tq Inaa...yang tu memang tak ori RM3 jer...tapi siapa tahu sebab yg lain2 tu ori..so nampak mcm orilah....

14. 2 utas rantai ini juga amat special bagiku. Suamiku membelinya semasa berkunjung ke South Africa. Satu berbentuk map South Africa dan satu lagi ada gambar binatang2. Walau sebenarnya kita orang islam tidak dibolehkan memakai barangan yang sebegitu, namun aku menggangapnya sebagai hiasan semata. Ianya amat unik dan ramai yang marah bila aku pakai kerana mereka kata lain kali kalau gi jalan2 dan nampak yang unik2 tu belilah lebihh..hehehehehe...

13. Bangle separuh bulat dan loket dari kulit turtle...berdosa kan membunuh binatang nii...Tapi sebab lawa aku beli jugak.. Set ini aku beli di Turtle Island semasa kami berkunjung ke Bali. Ada juga klip rambut dari kulit turtle tu..tapi miss place...suka sangat letak barang bersepah2..itu lah jadinya...Bangle bulat dan anting2 silver tu pula suamiku belikan lama dulu..tak ingat dia beli di mana...di Indonesia juga rasanya...ianya berpadanan kerana bangle tu juga ada bersalut silver. Terima kasih suamiku.


12. Set kristal coklat + kristal jernih ni aku tempah semasa ada jualan di Medan Mara. Murah jer satu set ni cuma RM100 saja. Biasalah kalau set yang macam ni memang tak boleh dapat subang yang lekat..sure subang yang bergantungan saja yang boleh dibuat. So nak tak nak sebab nakkan yang sama ambik jugalah walau aku tak berapa gemar memakainya..rasa macam sarat sangat bila dah rantainya labuh, lepas tu anting2 panjang pulak...



11. Set jade ini juga aku beli di factory di Beijing. Factory ini mempunyai beberapa tingkat. Naik berpinar mata melihat koleksi jade2 yang besar2. Selain dari barangan kemas ada juga barangan seperti arca yang kebiasaannya dibeli olah orang2 Cina yang bagi kepercayaan mereka untuk "ong" katanya. Aku juga ada membeli bantal jade. Bantal ini bukan seperti bantal2 yang kita biasa gunakan... (ntah ke mana aku campak bantal ni...nanti kalau jumpa akan aku masukkan ke dalam blog ini). Sebenarnya ianya adalah sehelai kain baldu sebesar bantal yang dilapik dengan jade2 yang leper. Ada juga tilam jade iaitu bersaiz small dan queen. Masa dulu aku membeli bantal tu dgn harna RM100. Harga tilam bujang masa tu adalah RM500 dan queen RM1000, tapi sekarang tak taulah berapa harganya.... Caranya adalah kita alaskan jade ini semasa handak tidur. Fungsinya adalah untuk perjalanan darah yang teratur dan boleh tidur nyenyak... Kebiasaannya bila kami demam atau sakit kepala kami akan gunakan bantal jade ini...lepas tu cuba rasa jade tuuu..panasss betul..sebab semua haba dari badan kita berpindah ke jade tersebut dan menurut kata dia org sesiapa yang selalu guna jade ini boleh awet muda..ntah betul ke tak..cuba lah tryy...hehehehehe..

Nasib aku agak baik sebab kali ini aku mendapat kesemua koleksi yang bukan saja sama warna tetapi juga sama bentuk. Iaitu berbentuk love, Ianya terdiri dari loket, cincin, gelang tangan dan subang. Sebiji lagi cincin jade berbentuk bujur aku terrrrbeli sebab nak padankan dgn koleksi jade yang aku beli di Chiangmai tempohari.....tapi rupanya lain warnanya...emmm..membazir jerr..beratus juga aku habiskan utk sebentuk cincin tuu..tapi dah terbeli...tapi tak juga menyesal sebab pada aku cincin tu lawa sebab diikat dengan zicron diaomand berbentuk panjang2. Satu lagi loket jade berbentuk buah anggur adalah pemberian dari kakakku...bos lama dia yang beri pada dia.....tapi sebab dia tak gemar memakai barangan spt itu..so akulah tempak dia org mencampakkan barangan tersebut dan aku meyambutnya dengan tangan terbuka luas..heheheheh....dan satu lagi barangan yang aku beli di sini adalah roller untuk massage muka dari jade...tujuan nya adalah sama untuk naikkan seri wajah muka..tapi sama juga lah dengan bantal jade tadi..ntah ke mana aku campakkan. Akan ku cari nanti.



10. Set pearl & zicron ni juga aku beli di Beijing. Di sana ada factory pearl...naik berpinar mata melihatnya..semuanya cantik2 belaka dan harganya pun cantik2...hehehehehe...so aku beli satu set sahaja lah set pearl di sana sebab di Malaysia di Sabah pun banyak juga pearl. Cuma set yang ini bertema glitering...so cuma sesuai pakai untuk dinner sahaja lah. Kadang kala rasa rugi beli yang macam ni..nak pakai pergi kerja tak sesuai ..lagipun tak kanlah tiap kali pegi dinner nak pakai set yang sama..so dari segi kekerapan memakainya memang lah agak rugi membelinya. Set yang aku beli ini adalah cincin, subang dan pendent sahaja dan rantai tangan tu dia orang bagi free sahaja...yalah bila harga dan mencecah 4 angka tu....bila pujuk2 minta hadiah sure dia orang baginya.


9. Rantai , gelang tangan dan subang jade hijau ini aku beli di Chiangmai semasa aku mengikut kakak iparku yang menghadiri conference di sana. Hingga kini aku tak dapat cincin yang senada warnanya. Di sana pun tak da cincin yang bulat2 macan rantai tu untuk dibuat cincin. Cincin jade hijau tu aku beli di sini saja..namun tetap tak puas hati sebab kurang sesuai. So bila aku memakai set ini kadang kala aku mengkombinekan dengan cincin jade hijau yang lain.


 8. Set kristal kuning ini dibeli di Beijing. Aku sukakan bentuk rantainya yang bersegi2 dan gelangnya pula bulat. Subangnya comel sahaja dan cincinnya padaku agak besar matanya......namun itu sahaja yang muat ditangannku masa tu..so aku ambillah. Manakala butang baju pula aku beli di tepi2 jalan jer di KL ni. RM10 jer..hehehehe....mana org tau ianya tak ori sebab sekali pandang warnaya sama je...  Nasib baik suamiku tidak ikut semasa kami ke Beijing, kalau tak sure kena jelinglah sebab aku bukan beli satu set, tetapi beberapa set.hihihihii.



7. Set ini aku beli di Langkawi....dah agak lama set ini. Kalau tak silap aku tahun 2000. Sekarang set seperti ini ada juga aku nampak di KL. Tapi masa aku belinya  dahulu... aku tak pernah tengok lagi. Sambil jalan2 kat shopping kompleks tu dan ternampak ada gelang tangan warna biru dan nampak cantik, so aku carilah cincin dan lain2 kawan2nya. Walau tidak dapat yang sama pattern, aku dapat gelang dan cincin berbentuk bulat dan pendent &anting2 bentuk love. Namun sayang, anting2nya dah hilang sebelah ..so aku mencarinya di KL dan dapat bentuk bujur pula. Gelang yang bentuk empat segi dan sama warna pula tu dihadiahkan oleh teman sepejabatku sempana hari jadiku...terima kasih kawan.

6. Set silver ini pula aku membalinya di Bali. Ada gelang, pendent, subang dan cincin. Cincin dan pendentnya agak unik berbentuk bulat dan berukir. Walau mencecah 4 angka namun kerana minat aku tetap membelinya. Sesetengah orang akan mengatakan aku membazir kerana membeli barangan sebegituu. Yalah pada mereka kalau dah beribu tu elok beli emas...namun aku ni lain pesen pulak..tidak berapa gemar memakai emas. Kalau pakai pun aku memakai emas putih sahaja. walau ada juga set emas yang ciput2 dan kecil2 sahaja namun sekali2 tu pakai jugalahh...


5. Set pearl ini suamiku membelikannya di Philippine. Yang paling aku suka adalah gelang bulatnya. Amat unik bagi ku kerana tak pernah lagi aku lihat gelang pearl yang sebegitu...dan gelang yang berbentuk sepeti lipan itu pula suamiku membelikannya di Tawau... memandangkan aku telah ada set warna senada maka aku memakainya berganti2..mengikut mood aku masa tuu. So untuk set ini aku ada 3 gelang boleh boleh dipakai bergantian setiap masa. Dan aku juga bukanya jenis yang suka mencampur adukkan aksesori dalam satu masa...Tak habis2 dengan protokol...Mengikut tatacara pemakaian aksesori...aksesori yang boleh dipakai adalah maksimum 5 barang setiap satu masa...dengar tu..........maksimum 5....bukan minumum 5. hehehe...so bila pakai tu kena kiralah. 1-cincin, 2-gelang, 3-rantai, 4-subang, 5-jam. So lengkap lah 5 untuk satu masa. Namun boleh dilebihkan satu lagi cincin di tangan yg sebelah lagi.. bukan nya 4 or 5 biji cincin sekali pakai. Namun tak salah kalau nak pakai banyak2..Masing2 punya cara lah..kalau kita kata salah nanti dia org marah pulakkann.....so lantak masing2lah. Lagipun masing2 punya duit nak beli barang2 tu kannn....hehehehe. Janji yang memakainya tu rasa bahgiaa...aminnnnnnnn.....

4. Set warna purple ini pula - rantai dan juga gelang yang berbentuk seperti tulang itu baru sahaja aku beli di Bandung tempohari. Gelang kristal yang bulat itu aku beli di Beijing pd tahun 2005 dan yang berbiji2 tu aku beli di Chiangmai pd tahun 2003. Awalnya aku jarang memakai set ini kerana setnya belum lengkap. Satu lagi masalah pada diriku ini adalah aku tidak reti memakai aksesori yang tiada berteman...(maknanya tiada set yang selengkapnya). So kalau cuma ada sebahagian sahaja..maka akan aku simpan dulu dan hanya memakainya bila setnya sudah lengkap. Buruk betul perangai aku tu. Cincin dan subang aku beli di KL sahaja...itu pun jenuh mancari warna yang ala-ala sama gitu. sebenarnya aku ada membali pendent warna senada semasa aku di Chaingmai dulu..namun ntah ke mana tecampak loket ceconet tuu..sayang sungguh...harap2 terjumap lah suatu hari nanti.. almaklum..barangan kat rumah tu merata2 aku letakkan......hehehe...


3. Set mutiara + kristal biru muda ini juga adalah pemberian dari suamiku tercinta. Memang bukan seperti apa yang aku minta namun aku berpuas hati juga dengan apa yang beliau belikan. Sebenarnya rantai itu ada buahnya...kristal bentuk love sebesar duit 50 sen...hehehee..tak pernah seumur hidupku memakai biji-biji yang besar-besar macam tu...mau nanggis aku kalau disuruh memakainya...so aku pergi ke kedai untuk keluarkan loket tu dan dijadikan brooch pula loket tu (tetap juga masih belum pernah aku pakai brooch besooooooo tuuu..heheheh..dan inilah hasilnya rantaiku..aku ni jenis yang suka simple2 saja. Walaupun sebenarnya seboleh mungkin aku mengelakkan memakai anting2 yang labuh/panjang ke pejabat kerana dari segi protokol pemakaian aksesori ke pejabat adalah salah. Yang betul adalah memakai subang yang melekat...tak tau macam mana nak explain..maknanya yang kecil dan tak bergoyang2 dan bukan yang mengelip2....ada pahammm....Tapi walaupun aku tau salah..tapi kalau setakat panjang sikit2 saja...masih ada ampun juga bagiku...yalah sebab kadang2 jenis anting2 tu tak boleh dibuat pendek.

2. Set ini adalah hadiah dari suamiku yang tercinta. Semasa beliau hendak ke tawau beliau menanyakan colour apa yang aku tak ada lagi . Memandangkan aku tiada warna pink polos..maka aku meminta beliau mencarikannya. Akhirnya dapat jugalah...terima kasih suamiku.  Walau sebenarnya aku nakkan warna pink yang agak  terang sikit.  Biasalah lelaki bukannya paham sangat bab2 aksesorui wanita namun aku tetap berpuas hati.



1. Set kristal yang mempunyai 5 warna ini aku tempah khas dari teman sepejabatku. Dia mencari pendapatan sampingan dengan membat aksesori ini joint venture dengan temannya. Ikatannya adalah dgn 16K gold. Aku sukakan kombinasinya warnanya yang nampak manis ini.











JAKARTA/BANDUNG - 26 - 20 JUN 2009

Pada 26 - 30 Jun yang lalu aku dan rakan2 becuti ke Jakarta dan Bandung. Seronok walau pun letih kerana di Jakarta macet (jem teruk). Ingatkan KL paling teruk keadaan jemnya rupaya di Jakarta 10 kali lebih teruk dari KL. Yalah kalau di KL kepadatan penduduknya hanyalah 2 juta orang sahaja namun di Jakarta sebanyak 16 juta orang. Bayangkan betapa ramainya umat mereka. Kata tourist guard yang membawa kami sebenarnya penduduk asal Jakarta hanya 8 juta orang namun pada awal pagi masyarakat di pinggir2 Jakarta akan masuk ke bandar Jakarta untuk bekerja, makanya pada pagi2 hari seramai 8 juta ornag dari luar jakarta akan masuk ke Jakarta + penduduk asal Jakarta yang akan keluar bekerja. Keadaan akan menjadi begitu sesak dan bayangkan perjalanan yang boleh kita buat hanya dalam masa 20 minit bolah menjadi ke satu jam atau lebih. Begitu juga pada waktu petang...mereka ini tadi akan pulang semula kekediaman mereka dan menyebabkan bandar Jakarta akan menjadi sesak semula pada waktu tersbut.





Ini adalah kawasan membeli belah terkenal di Bandung...namun kami tidak singgah kerana kesuntukan waktu. Aku hanya dapat mengambil gambar dari dalam bas sahaja.

Ini pula adalah bas pelancongan yang membawa kami dari satu destinasi ke destinasi yang lain.




Kayu yang dibuat pasu dan bekas abu rokok ini dinamakan pokok batik. Bila disisik kulit pokok ini secara automatiknya akan terlihat corak2 batik di dalamnya. Mereka kata di Malaysia pun ada pokok ini namun aku tidak pernah melihatnya. Bila disiasat rupanya pokok batik ini adalah pokok paku gajah yang banyak di tempat2 sejuk dan banyak tumbuh di sepanjang jalan semasa kita handak ke Cameron Highlands, cuma di Malaysia pokok2 sebegitu dilarang menebangnya bagimengelakkan hakisan tanah.... so tak adalah orang menjual barangan seperti itu.





Ini adalah kawasan pelancongan. Namanya Tangkuban Perahu. Di sinilah kawasan gunung berapi walau telah lama ianya meletup, namun laharnya masih ada. Kuat bau laharnya dan masih lagi berasap.






I










Di Bandung kami tinggal di Mutiara hotel. Cantik holeh ini bagaikan hotel 5 bintang walau ianya hanya 3 bintang. Makanan di hotel ini juga adalah halal.










Salah sebuah restoran sunda yang kami pergi. Makannya memang memenuhi citarasaku...sedap. Restorannay pula cantik dan diperbuat dari buluh. Namun kerana kami pergi sebelah malam, maka gambarnya adalah kurang jelas. Ada juga sekali lagi kami datang sebelah siang, tapi ramai sangat orang, jadi malu kami nak merakamkan gambar di restoran tersebut.






Ini adalah beg tangan jenama Jimmy Choo. Beliau adalah warganegara Malaysia yang terkenal di luar negara dan hasil kasutnya pernah di tempah oleh LAdy D. Sebenarnya di Malaysia seperti di Pavillion dan KLCC ada juga menjual jenama ini, namun oleh kerana aku ni bukannya jenis yang rajin berjalan makanya aku tidak pernah melihatnya. Dan di bandung di salah sebuah tempat membeli belahnya iaitu di Rumah Mode ada dijual jenama ini. Bila aku bandingkan dengan duit Malaysia beg yang bersaiz lebih kurang 20 cm ini adalh dalam lingkungan RM180+++


Edward Forrer pula adalah tempat menjual kasut dan beg2 dari kulit. Namun kerana tiada yang berkenan di hati maka aku tidak membeli apa2 di sini.



Saja jer ambik gambar ini..obat kuat - alat bantu pria...heheheheh..tak cukup kuat ke orang2 Indon nii..orang2 Malaysia pun sama...jika ada ubat2 sebegini ramai yang bekejar2 nak membelinya.

Sederhana Lintau ini pulaadalah salah sebuah Restoran nasi Padang yang kami pergi untuk menjamu selera.














Yang ini juga












saja jer ambik gambar dari dalam bas. sepanduk2 yang mereka gunakan sebagai iklan untuk melariskan jualan mereka.












Antara jus2 yang special di sana adalah Jus Avorcat. Iaitu jus avocardo. Satu gelas RM7. Pekat dan lemak manis.

Salah satu tempat lawatan yang kami pergi adalah Taman Mini Indonesia.















Di antara rumah yang terdapat di Taman Mini tersebut adalah rumah Bali..... aku pernah ke Bali pada tahun ...ntah lupa tahun berapa.... tempatnya memang cantik untuk melancong ..... tapi kalai nak shopping elok ke Bandung atau Jakarta.

Kereta kabel namun di sana dipanggil kereta gantung.














Di salah satu rumah di sana ada dipamerkan burung2 cenderawasih yang telah diawetkan. Cantik sungguh bulu burung2 tersebut. Kuning2 keemasan.

Ini adalah kawasan Rumah Papua. Rumah Kaum Primitif di sana yang diperbuat dari kayu dan juga kulit kayu.





























Thursday, July 23, 2009

SEBAHAGIAN BUKU-BUKU DILIBRARYKU

Satu lagi hobi aku adalah menyusun koleksi album kenangan. Ke mana saja kami pergi akan ada album khas yang kami labelkan bagi memudahkan kami melihatnya semula atau orang lain yang ingin mengetahui yang mana satu album destinasi2 tersebut. Aku melabelkan dengan tajuk Perkahwinan, Keluarga, Opis Ani, Opis Suami, Cameron Highlands, Genting Highland, China, Cambodia, Jakarta, Bandung, Medan, Bali, South Africa, Vietnam dll. Seronok bila lihat bersusun album2 kami tu. Cuma kalau selalu sangat berjalan, takut tak muat pulak almari kami tu...


Selain dari kraftangan seperti manjahit, membuat bunga, gubahan2 dan lain2 yang sewaktu dengannya, hobi aku adalah membaca. Ada ratusan buah buku yang menjadi koleksiku. Ianya terdiri dari novel2 melayu dan inggeris, buku2 motivasi, buku2 agama, majalah dll. Sesiapa yang hendak pinjam bolehh.....cuma kena tulis nama, alamat, nombor telefon untuk dihubungi dan bila tarikh handak dipulangkan. Kebiasaanya aku memberi tempoh 2 minggu kepada peminjam. Pinajaman adalah free namun aku memohon kepada sesiapa yang meminjam agar memulangkan semula kepadaku dan tidak memunya terus buku2 aku itu. Almaklum buku2 tu bukannya aku mendapat secara percuma... semuanya aku beli..beribu ringgit juga aku berhabis dengan koleksi2 buku2 serta majalah2ku itu. So sesiapa yang hendak meminjam harap dipulangkan dalam keadaan baik.

Salah satu sebab kenapa aku suka membaca adalah bagi mengisi masa luangku semasa menunggu train, terutama semasa kena berdiri dekat sejam dalam train..so bila kita berdiri sambil membaca sure tak terasa masa tu terlalu lama...dan boring kena berdiri..betul tak...

KOLEKSI BARANGAN KELUARGA KAMI

Hobi aku dan suami adalah serupa. Suka menggumpul barangan dari mana2 destinasi yang kami pergi.. Bila nampak unik di mata kami, akan kami beli untuk dijadikan kenangan.
1. Tempurung Kelapa Berukir (tak ingat dari mana)
2. tudung saji kecil & perhiasan2 kecil yang lain (dari Sabah 7 Sarawak)















3. Sampan dan pendayung kecil itu kami beli semasa lawatan ke Cambodia. Harga US2 sahaja. Cantik dan licin buatannya. Budak2 ditepi2 jalan yang menjual.
4. Gambar yang ada muka orang tu suamiku mendapatkan dari sabahat beliau dari Korea.
5. Bekas bertutup dan tempat tissu itu aku beli semasa menetap di Labuan dulu.

6. Set ikan (dari Indonesia)
7. Set burung (Indonesia)
8. alat muzik kecil (Cambodia)



9. Alat tiupan yang kecil (2 biji) dan 1 yang besar dll di beli (Sarawak)
10. candle 2 biji (South Africa)
11. Alat timbangan (hadiah dari kawan opis)




12. Kasut dari kulit tiram ini aku beli dengan harga US8 di night market di Vietnam. sebenarnya orang di sana memakainya untuk harian, tapi aku sayang so aku letak dalam galeri ku sebagai hiasan.





13. Patung wayang kulit di beli di Cameron Highlands. Ada kedai menjual cenderahati di sana dan kami lihat patung tu berhabuk & sure tak da orang yang nak beli. Suamiku meminta penjual tu menjualnya dengan harga murah. Dapat sepasang.
14. Teko gold coklat tu suamiku mendapatnya dari China semasa membuat lawatan ke sana.
15. Teko hitam dari Cameron Highlands, teko tersebut adalah untuk membuat teh...siap ada tapis sekali di dalamnya.




16. Pedang kayu (Melaka)
17. Keris panjang hitan (tak ingat dari mana)
18. pedang sepasang (Terengganu), aku membelinya di pasar payang kerna melihatkan covernya yang cantik seperti tali kapal yang kecil.






19. Biola
20. Kucing2 kecil (tak ingat dari mana)







21. Patung sepasang (China)
22. Keris









23. Pisau
24. Alat muzik (Vietnam)









25. Pedang coklat (Vietnam) - itu sebenarnay pedang kayu...aku sukakan design luarannya, tu yang beli tu.
26. parang2











27. Sepasang burung sedang memadu kasih. Kami beli semasa berjalan2 di Langkawi. Diperbuat dari tanduk.









28. Kapal kecil (Vietnam)














Ini adalah sebahagian dari koleksi kami yang di letak digaleri di rumah kami. Kelihatan agak berserabut kerana barangannya yang agak banyak dan terpaksa diletakkan rapat2 dengan barangan lain.












29. 2 bilah Penyabit padi (Vietnam)
30. 2 bilah pedang panjang
31. angklung















32. 2 ekor udang diperbuat dari tanduk. Di beli di airport Medan.













33. Koleksi mug dan teko sushi king. Aku adalah member sushi king, so setiap kali renew akan dapat set barangan sushi king.
33. Beca juga dibeli di night market Vietnam US4 sahaja.
34. Mug2 (China)
35. Mug yang dibeli dekat kawasan Great Wall China. Ada mug yang bergambar Great Wall dan yang aku beli ini bergambar naga. Bila kita letakkan air panas di dalamnya, kita akan lihat gambar naga tu dengan jelas. Bila dah sejuk gambar itu akan kelam semula.
36. Mug dan tempat habuk rokok bertulisan jawi ini aku beli di kedai yang dibuka di salah sebuah kawasan masjid di Beijing.