Thursday, July 23, 2009

SEBAHAGIAN BUKU-BUKU DILIBRARYKU

Satu lagi hobi aku adalah menyusun koleksi album kenangan. Ke mana saja kami pergi akan ada album khas yang kami labelkan bagi memudahkan kami melihatnya semula atau orang lain yang ingin mengetahui yang mana satu album destinasi2 tersebut. Aku melabelkan dengan tajuk Perkahwinan, Keluarga, Opis Ani, Opis Suami, Cameron Highlands, Genting Highland, China, Cambodia, Jakarta, Bandung, Medan, Bali, South Africa, Vietnam dll. Seronok bila lihat bersusun album2 kami tu. Cuma kalau selalu sangat berjalan, takut tak muat pulak almari kami tu...


Selain dari kraftangan seperti manjahit, membuat bunga, gubahan2 dan lain2 yang sewaktu dengannya, hobi aku adalah membaca. Ada ratusan buah buku yang menjadi koleksiku. Ianya terdiri dari novel2 melayu dan inggeris, buku2 motivasi, buku2 agama, majalah dll. Sesiapa yang hendak pinjam bolehh.....cuma kena tulis nama, alamat, nombor telefon untuk dihubungi dan bila tarikh handak dipulangkan. Kebiasaanya aku memberi tempoh 2 minggu kepada peminjam. Pinajaman adalah free namun aku memohon kepada sesiapa yang meminjam agar memulangkan semula kepadaku dan tidak memunya terus buku2 aku itu. Almaklum buku2 tu bukannya aku mendapat secara percuma... semuanya aku beli..beribu ringgit juga aku berhabis dengan koleksi2 buku2 serta majalah2ku itu. So sesiapa yang hendak meminjam harap dipulangkan dalam keadaan baik.

Salah satu sebab kenapa aku suka membaca adalah bagi mengisi masa luangku semasa menunggu train, terutama semasa kena berdiri dekat sejam dalam train..so bila kita berdiri sambil membaca sure tak terasa masa tu terlalu lama...dan boring kena berdiri..betul tak...

No comments: