12. Set kristal coklat + kristal jernih ni aku tempah semasa ada jualan di Medan Mara. Murah jer satu set ni cuma RM100 saja. Biasalah kalau set yang macam ni memang tak boleh dapat subang yang lekat..sure subang yang bergantungan saja yang boleh dibuat. So nak tak nak sebab nakkan yang sama ambik jugalah walau aku tak berapa gemar memakainya..rasa macam sarat sangat bila dah rantainya labuh, lepas tu anting2 panjang pulak...
11. Set jade ini juga aku beli di factory di Beijing. Factory ini mempunyai beberapa tingkat. Naik berpinar mata melihat koleksi jade2 yang besar2. Selain dari barangan kemas ada juga barangan seperti arca yang kebiasaannya dibeli olah orang2 Cina yang bagi kepercayaan mereka untuk "ong" katanya. Aku juga ada membeli bantal jade. Bantal ini bukan seperti bantal2 yang kita biasa gunakan... (ntah ke mana aku campak bantal ni...nanti kalau jumpa akan aku masukkan ke dalam blog ini). Sebenarnya ianya adalah sehelai kain baldu sebesar bantal yang dilapik dengan jade2 yang leper. Ada juga tilam jade iaitu bersaiz small dan queen. Masa dulu aku membeli bantal tu dgn harna RM100. Harga tilam bujang masa tu adalah RM500 dan queen RM1000, tapi sekarang tak taulah berapa harganya.... Caranya adalah kita alaskan jade ini semasa handak tidur. Fungsinya adalah untuk perjalanan darah yang teratur dan boleh tidur nyenyak... Kebiasaannya bila kami demam atau sakit kepala kami akan gunakan bantal jade ini...lepas tu cuba rasa jade tuuu..panasss betul..sebab semua haba dari badan kita berpindah ke jade tersebut dan menurut kata dia org sesiapa yang selalu guna jade ini boleh awet muda..ntah betul ke tak..cuba lah tryy...hehehehehe..
Nasib aku agak baik sebab kali ini aku mendapat kesemua koleksi yang bukan saja sama warna tetapi juga sama bentuk. Iaitu berbentuk love, Ianya terdiri dari loket, cincin, gelang tangan dan subang. Sebiji lagi cincin jade berbentuk bujur aku terrrrbeli sebab nak padankan dgn koleksi jade yang aku beli di Chiangmai tempohari.....tapi rupanya lain warnanya...emmm..membazir jerr..beratus juga aku habiskan utk sebentuk cincin tuu..tapi dah terbeli...tapi tak juga menyesal sebab pada aku cincin tu lawa sebab diikat dengan zicron diaomand berbentuk panjang2. Satu lagi loket jade berbentuk buah anggur adalah pemberian dari kakakku...bos lama dia yang beri pada dia.....tapi sebab dia tak gemar memakai barangan spt itu..so akulah tempak dia org mencampakkan barangan tersebut dan aku meyambutnya dengan tangan terbuka luas..heheheheh....dan satu lagi barangan yang aku beli di sini adalah roller untuk massage muka dari jade...tujuan nya adalah sama untuk naikkan seri wajah muka..tapi sama juga lah dengan bantal jade tadi..ntah ke mana aku campakkan. Akan ku cari nanti.
10. Set pearl & zicron ni juga aku beli di Beijing. Di sana ada factory pearl...naik berpinar mata melihatnya..semuanya cantik2 belaka dan harganya pun cantik2...hehehehehe...so aku beli satu set sahaja lah set pearl di sana sebab di Malaysia di Sabah pun banyak juga pearl. Cuma set yang ini bertema glitering...so cuma sesuai pakai untuk dinner sahaja lah. Kadang kala rasa rugi beli yang macam ni..nak pakai pergi kerja tak sesuai ..lagipun tak kanlah tiap kali pegi dinner nak pakai set yang sama..so dari segi kekerapan memakainya memang lah agak rugi membelinya. Set yang aku beli ini adalah cincin, subang dan pendent sahaja dan rantai tangan tu dia orang bagi free sahaja...yalah bila harga dan mencecah 4 angka tu....bila pujuk2 minta hadiah sure dia orang baginya.
9. Rantai , gelang tangan dan subang jade hijau ini aku beli di Chiangmai semasa aku mengikut kakak iparku yang menghadiri conference di sana. Hingga kini aku tak dapat cincin yang senada warnanya. Di sana pun tak da cincin yang bulat2 macan rantai tu untuk dibuat cincin. Cincin jade hijau tu aku beli di sini saja..namun tetap tak puas hati sebab kurang sesuai. So bila aku memakai set ini kadang kala aku mengkombinekan dengan cincin jade hijau yang lain.
8. Set kristal kuning ini dibeli di Beijing. Aku sukakan bentuk rantainya yang bersegi2 dan gelangnya pula bulat. Subangnya comel sahaja dan cincinnya padaku agak besar matanya......namun itu sahaja yang muat ditangannku masa tu..so aku ambillah. Manakala butang baju pula aku beli di tepi2 jalan jer di KL ni. RM10 jer..hehehehe....mana org tau ianya tak ori sebab sekali pandang warnaya sama je... Nasib baik suamiku tidak ikut semasa kami ke Beijing, kalau tak sure kena jelinglah sebab aku bukan beli satu set, tetapi beberapa set.hihihihii.
7. Set ini aku beli di Langkawi....dah agak lama set ini. Kalau tak silap aku tahun 2000. Sekarang set seperti ini ada juga aku nampak di KL. Tapi masa aku belinya dahulu... aku tak pernah tengok lagi. Sambil jalan2 kat shopping kompleks tu dan ternampak ada gelang tangan warna biru dan nampak cantik, so aku carilah cincin dan lain2 kawan2nya. Walau tidak dapat yang sama pattern, aku dapat gelang dan cincin berbentuk bulat dan pendent &anting2 bentuk love. Namun sayang, anting2nya dah hilang sebelah ..so aku mencarinya di KL dan dapat bentuk bujur pula. Gelang yang bentuk empat segi dan sama warna pula tu dihadiahkan oleh teman sepejabatku sempana hari jadiku...terima kasih kawan.
6. Set silver ini pula aku membalinya di Bali. Ada gelang, pendent, subang dan cincin. Cincin dan pendentnya agak unik berbentuk bulat dan berukir. Walau mencecah 4 angka namun kerana minat aku tetap membelinya. Sesetengah orang akan mengatakan aku membazir kerana membeli barangan sebegituu. Yalah pada mereka kalau dah beribu tu elok beli emas...namun aku ni lain pesen pulak..tidak berapa gemar memakai emas. Kalau pakai pun aku memakai emas putih sahaja. walau ada juga set emas yang ciput2 dan kecil2 sahaja namun sekali2 tu pakai jugalahh...
5. Set pearl ini suamiku membelikannya di Philippine. Yang paling aku suka adalah gelang bulatnya. Amat unik bagi ku kerana tak pernah lagi aku lihat gelang pearl yang sebegitu...dan gelang yang berbentuk sepeti lipan itu pula suamiku membelikannya di Tawau... memandangkan aku telah ada set warna senada maka aku memakainya berganti2..mengikut mood aku masa tuu. So untuk set ini aku ada 3 gelang boleh boleh dipakai bergantian setiap masa. Dan aku juga bukanya jenis yang suka mencampur adukkan aksesori dalam satu masa...Tak habis2 dengan protokol...Mengikut tatacara pemakaian aksesori...aksesori yang boleh dipakai adalah maksimum 5 barang setiap satu masa...dengar tu..........maksimum 5....bukan minumum 5. hehehe...so bila pakai tu kena kiralah. 1-cincin, 2-gelang, 3-rantai, 4-subang, 5-jam. So lengkap lah 5 untuk satu masa. Namun boleh dilebihkan satu lagi cincin di tangan yg sebelah lagi.. bukan nya 4 or 5 biji cincin sekali pakai. Namun tak salah kalau nak pakai banyak2..Masing2 punya cara lah..kalau kita kata salah nanti dia org marah pulakkann.....so lantak masing2lah. Lagipun masing2 punya duit nak beli barang2 tu kannn....hehehehe. Janji yang memakainya tu rasa bahgiaa...aminnnnnnnn.....
4. Set warna purple ini pula - rantai dan juga gelang yang berbentuk seperti tulang itu baru sahaja aku beli di Bandung tempohari. Gelang kristal yang bulat itu aku beli di Beijing pd tahun 2005 dan yang berbiji2 tu aku beli di Chiangmai pd tahun 2003. Awalnya aku jarang memakai set ini kerana setnya belum lengkap. Satu lagi masalah pada diriku ini adalah aku tidak reti memakai aksesori yang tiada berteman...(maknanya tiada set yang selengkapnya). So kalau cuma ada sebahagian sahaja..maka akan aku simpan dulu dan hanya memakainya bila setnya sudah lengkap. Buruk betul perangai aku tu. Cincin dan subang aku beli di KL sahaja...itu pun jenuh mancari warna yang ala-ala sama gitu. sebenarnya aku ada membali pendent warna senada semasa aku di Chaingmai dulu..namun ntah ke mana tecampak loket ceconet tuu..sayang sungguh...harap2 terjumap lah suatu hari nanti.. almaklum..barangan kat rumah tu merata2 aku letakkan......hehehe...
No comments:
Post a Comment