
1. Piring berlekuk2 putih & hijau kebiasaannya orang dulu2 menggunakannya untuk memakan halua. Aku mendapat sedozen warna putih dan 1/2 dozen warna hijau.



3. Pinggan hidang dan pinggan makan berbunga rose hitam.

4. Pinggan hidang dan pinggan makan berbunga kangkung dan cuma ada satu jer piring kecil.

5. Gelas2 kecil ini amat cute dan aku amat sukakannya. Rasanya hadiah2 sabun di masa dulu.

6. Set teko, bekas gula dan bekas susu. Mak kata ini hadiah masa perkahwinannya dulu. Bermakna set ini dah dekat 60 tahun dalam simpanan mak saya. Tapi sayang cawan dan piringnya dah tak da.

7. Dua biji mangkuk kecil bertutup ni juga adalah peninggalan dari arwah nenekku. Masa makku memberinya dia kata mangkuk ni dah lebih 100 tahu. Walau gold disekelilingnya telah agakpudar dan warna kehijauannya juga telah kelam, namun aku sayang sangat kerana usianya yang dah berkurun itu.
No comments:
Post a Comment