Thursday, May 21, 2009

3 HARI BERGELAP


Ini pula malam ke-3 bergelap. Suami outstation...so aku dgn anak sahaja. Nak tengok TV ...letrik tak ada. Apa nak buat. Nak baca buku...mata dahlah makin rabun teruk..karang bertambah lagi power tuuu...

Esok ada lagi jamuan perpisahan. Memang dah janji pun sebelum tu nak donate kek. Mulanya date lain...tapi ditunda ke esok... Daripada boring asik nak buat bodoh, nak tengok tv tak boleh, nak buka radio pun tak boleh...laki pun tak ada nak diajak gaduhh...so walau dalam gelap...aku buat projek lagi. Aku buat kek dalam bergelap. Patutnya dibakar.. aku ambil inisiatif mengukusnya. Aku buat kek coklat. Memukul telur dan bahan2 semuanya guna manual. sekali sekali tak pa juga...kalau selalu maunya besar lengan saya dibuatnya.

Sambil menunggu kek siap dikukus....keboringan juga melanda lagi diriku...so ada fondant..maka aku mendeco pagar2 cinta untuk disalut di tepi kek. buat juga akar2 yang menjalar...semuanya di buat dalam samar2 cahaya lilin.

Tak habis di situ lagi tuu..paginya nak pegi kerja kereta pulak tak boleh start..so kena naik motor lah pulak. Lepas tu macam semalam lah naik train dan diikuti dgn LRT, pas tu jalan kaki lagi 10 minit ke opis...Lenguh tangan memegang sebiji kek. Macam membawa sebab lebih 10 kilo rasanya.

Hasilnya decoku memang sungguh tidak memuaskan hati. Tapi kerana free kan..so dia org suka jer lahh..alhamdulillah sedap katanya kek tuu...cantikk dia org kata...pada hal pada saya teramatlah comottttttt kek itu..........heheheh



Nasib malang bagi keluarga kami sebab terpaksa bergelap. Masuk malam ni dah 2 malam. Dah panggil wiremen namun mereka pun tak tau nak buat macam mana dan tak tau apa sebabnya. Tak tau bila boleh betul2 selesa dengan keadaan seperti sediakala.

Aku dah berjanji dengan teman2 sepejabat untuk memasak spegathi bagi jamuan di pejabat pada hari Rabu. Bahan2 telah aku beli masa ke TESCO hari ahad yang lepas. Dahlah suami tak dapat hantar aku ke pejabat hari tu, so terpaksa pulak aku mengangkut naik kereta api dan kemudian tukar pula dgn LRT.... dan ...terpaksa juga meng-subkan teman yang lain agar merebus spegathi tersebut. Yalah kalau nak mengangkut semua naik train tu parah aku dibuatnya. Dan kerana dah berjanji terpaksa juga aku memasak kuahnya dengan bergelap. potong semua bahan2 tumisan dengan menggunakan terangnya cahaya lilin sahaja... Ya Allah...seksanya, namun dah janji...buat jer lah...

Pada mulanya aku nak juga sumbangkan cake or cupcake..dah keadaanya macam tu..terpaksa aku kuburkan jer lah niat aku tuu...Nak tumpang masak rumah kakak..yalah tak selesa pulak lama2 duduk kat dapur rumah org tgh2 malam...so buat jer lahhh walau dalam gelap...sempat juga snap gambar kuah dalam kuali dalam gelap2 tu. Nasib baik camera tu ok..so terang lah gambar tu walau diambil dalam gelap.

No comments: