Tuesday, May 5, 2009

CARROT CAKE


TQ Azyan sebab sudi order cake dgn saya. Walau malam baru dapat mesej minta dibuatkan carrot cake tu, mula2 rasa keberatan, tapi tak sampai hati dan bila tengok dalam peti ais ada bahan-bahannya, maka projek di sebelah malamku pun bermula selepas melayan suamiku makan malam dan dapurku siap dikemas pada jam 12.00 malam. Seprti biasa sambil mendeco aku ditemani cerita sinetron kesukaanku..INTAN....

Di bawahnya sedikit gambar semasa aku membuat cake tersebut, cuma aku tak berapa rajin seperti teman-temanku yang yang yang mana mereka merakamkan setiap satu bahan-bahan dan juga detik-detik proses pembuatan cake tesebut. Yalah mana nak pegang tepung dan lain-lain lepas tu nak pegang camera...nanti cameraku berminyak pulak. So adalah jugalah beberapa keping gambar yang larat aku snap. Walau hasilnya masih terlalu buruk..namun harap-harap semakin lama tanganku memegang nozel, maka semakin bnertambah baik,haildecorasiku.aminnnnnnnnnnnn......

Kek kali ini adalah carot cake.

CARROT CAKE

bahan2 -ayak
260 gm tpg kek
1 tesp double-acting baking powder
1 teasp baking soda
1/2 teasp garam
1 teasp serbuk cinnamon

4 biji telur
300 gm gula kaster
1/2 tbsp ovalette

150 ml minyak jagung
450 gm carrot, parutkan

cara2:
1)pukul gula + telur sampai likat
2) masuk ovalette, pukul sampai adunan boleh ada trail ribbon
3) perlahankan speed mixer, masukkan bhn2 diayak
4) masukkan carrot
5) masukkan minyak sedikit2
6) bakar 1 jam
7) sejukkan kek, belah dua, hias dgn cream cheese frosting - tak belah pun tak apa, just bubuh jer topping diatasnya.

Cream cheese frosting:
250 gm cream cheese
3 tbsp butter
3 tbsp susu pekat
3 tbsp air sejuk
1 tesp butter oil
2 teasp lemon paste

pukul kesemua bahan di atas dan disapu di atas kek.


No comments: