Wednesday, May 27, 2009

KALUNG OLEH ZAHIDA ZARKASI

Aku membeli buku ini semasa pesta buku di PWTC pada 4 April 2008 yang lalu. telah lebih setahun aku membeli buku ini, baru kini berkesempatan memasukkan ke blog ini.

Ringkasan:



Nia dan adiknya Irfan disuruh oleh ibu mereka pulang ke kampung ibunya dengan berjanji akan menyusul kemudian. Walau terpaksa berpergian hanya dengan adiknya Nia terpaksa akur dan ibunya berpesan jangan menyongsong ibunya kerana nantinya ayah dan ibunya akan menyusul mereka di kampung. Nia juga dipinta oleh ibunya mendaftarkan sekolah adiknya setibanya di sana.

Pelbagai dugaan terpaksa dilalui memandangkan Pak Long Nia juga orang susah dan lagi neneknya yang nyanyuk perlu dijaga.

Pertemuan secara tidak sengaja dengan Aries pemuda yang tinggal di banglo di atas bukit akhirnya membuatkan Nia benar2 menyintai Aries. Semua tuduhan org kampung yang menyatakan Aries seorang pembunuh kejam tidak diindahkan oleh Nia. Semua orang yang rapat dengan Nia telah dihapuskan oleh Aries tanpa pengetahuan Nia. Kelembutan dan cara Aries melayan Nia memang tidak menampakkan beliau adalah seorg yang kejam.

Di akhiran cerita bayangan Aries tetap hadir di sisi Nia walau telah dinyatakan Aries telah mati dibakar oleh orang2 yang dendam dengannay di pondok di ladangnya......

No comments: