Hidup ini ibarat arus... ada masa badai dan ombak datang mengganas.. ada masa ianya begitu tenang dan nyaman... kadangkala apa yang kita harapkan tidak akan menjadi kenyataan. Yang nyata hidup perlu diteruskan. Pahit, manis, suka, duka, benci, dendam, marah .. akan sentiasa ada dalam diri yang bernama manusia. Usah disamakan kita dengan para nabi-nabi yang akan sentiasa mengampunkan umatnya kerana kita bukannya mereka yang memang dikurniakan dengan sifat-sifat pemurah dan pemaaf.
Friday, September 19, 2008
sotong kangkong
lately ni tak da mood nak tulis kat dalam blog ini.
dah lama juga tak masukan resepi2 untuk koleksi saya.
ada sedikit waktu ni saya paparkan resepi sotong kangkong saya.
Bahan:
Sotong - di potong2 dan rebus
secekak kangkong - dicelur
Sos:
5 tangkai/lebih cili kering
gula melaka - ikut suka nk byk/sikit
2 tbs petis
sedikit air asam jawa
2 tbs kicap masin
2 tbs kicap manis
garam
kacang - tumbuk }(utk tabur di atasnya)
bijan - disangai atas kuali }
Cara;
1. Masak kesemua bahan di atas kecuali kacang dan bijan.
2. Masak hingga likat.
Cara Hidang.
Campurkan kangkong dan sotong yg telah direbus tadi. gaulkan dengan sos tadi dna kemudian di tabur dengan kacang da bija di atas. siap untuk dimakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment