Sunday, October 25, 2009

Open House Rumah Teman



Semasa hari raya yg lepas 10 Okt 2009 yang lalu.  3 buah rumah yang wajib pergi.  Rumah kakak, rumah jiran dan rumah mak angkat anakku.. balik dah tgh malam ngantuk pulak tu..namun tetap terus kena beroperasi kerana keesokannya rumah terbuka di rumahku pula...

Friday, October 23, 2009

MAJLIS PERPISAHAN SETIAUSAHA - 20 OKT 2009



Selamat bertugas di tempat baru Lia.  Kalau datang KL jangan lupa jenguk2 kami di sini.

Romantisnya pasangan suami isteri ini.  Kalau isteri dinamakan secretary..kalau lelaki dinamakan apa yer..

Selamat bersara Kak Jah semoga lebih berjaya dibidang barun yang akan diceburinya. 


Sempat lagi aku membuat doorgift untuk sahabat2 aku.. Just buat simple deco sahaja.

MAJLIS PERKAHWINAN DI GREENWOOD - 17 OKT 2009


Bila tengok baju yg aku pakai sama dgn yg mlm sebelum tu iaitu semasa aku gi dinner tu.. jgn kata aku tk reti nk tukar baju pula yerrr.. sebenarnya lepas tu nk gi hantar dry clean.. tu yg pakai terus ler baju tuuu...lg pun masih ada bauan2 laggiii. bauan wangi tauu bukannya asemmmmmmmm....

Thursday, October 22, 2009

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA PAT- 16 Okt 2009


Pada 16 Okt 2009 yang lalu aku dan suami menghadiri malam malam bersama Panglima Angkata Tentera di Sheraton Hotel Subang Jaya sekarang bertukar nama kepada Dosert Hotel.  Masa tu dapat aku berjumpa kawan2 lama iaitu jiran2ku semasa kami sama2 duduk di Labuan dan juga rakan2 semasa suamiku mengikuti kursus staff kolej suatu masa dahulu.  Seronok sembang2 sebab lama dah tak jumpa kawan2 lama.

Tuesday, October 20, 2009

jamuan hari raya di opis 15 Okt 2009


Bagi jamuan hari raya di tingkat kami iaitu tingkat 20... ada yang kami order dan ada juga yang di bawa dari rumah... Sumbangan aku kali ini adalah cupcakeku. 

Juadah lain adalah mee kari, satay, rojak buah, cendol kuih2 raya buah dukong dll.

Sunday, October 11, 2009

OPEN HOUSE - 11 OKT 2009


11 Okt 2009 (Ahad) yang lalu, tanpa proper planning, kami membuat rumah terbuka dengan menjemput jiran2, rakan2 sepejabatku , saudara mara dan juga kenalan suamiku.


Menu yang termampu aku sediakan untuk majlis tersebut adalah
1.  nasi impit
2.  lodeh
3.  serunding kelapa
4.  sambal udang
5.  rendang kerbau
6.  spegatthi
7.  begedil
8.  sambal kicap
9.  ayam goreng rempah
10. rojak buah
11. puding
12. bubur som-som
13. buah
14. kuih2 raya
15.  jus


awalnya aku nak membuat laksa..namun bila ke TESCO tengok ikan pun tak ada, dan laksa kering pun tak ada..so batallah niat tu.. Yanga da laksa plaastik tu..itu pun dah tak elok so canselllllll......


Lepas tu terus plan nak buat meehoon sup pulak gantikan laksa tadi.. siap beli 4 ekor ayam, daun sup dan bahan2 lain.  dah siap buat begedil dan sambal kicap..tup2 akak kata (mlm sebelum tu dia buat open house sampai jm 4 pg pn ada lg org dtg ke rumah dia).. so dia bagi kuah  laksa johor.. so sebab laksa johor tu lawannya spegathi so aku terus jer merebus 6 kotak spegethi dan ulam2 yang ada cuma timun (ptg bulat2, bawang dan kacang pjg).. bahan2 lain tak ada.. so tambah lah satu lagi dish.)  Masa ptg tu pulak makin berduyun2 org datang dan spegethi ku dah abis.. maka anak bujang ku dipaksa ke kedai untuk membeli 2 paket lagi spegatthi dan juga air batu.  Nasib baik boleh diharap anak dara bujangku itu.  terima kasih ya naim,.. tahun lepas pun dia yang menolong aku menyiapkan juadah hingga jam 4 pagi baru dia tidur, lepas tu tgh tu kena layan tetamu pulak. 


Namun pengalaman yg lepas..membuatkan aku mengimpot seorg lagi pembantu chef iaitu anak abangku yang menuntut di Kolej Lagenda Nilai.  Dia pun sespesis anakku.. rajin memasak .. so ringan sikit bebanku kali ini.  Kali ini tetamunya sama  ramai macam tahun lepas iaitu dalam 150 org ..


Tidak lupa juga dengan suamiku,  dia banyak juga menolongku....tQVM my dear hubby.


letih juga melayan tetamu tapi seronok.. nasib baik ada 3 org jejaka tampan yg membantu saya,... kalau tak sure kelam kabut jadinya.  Nak memasak memang tak menjadi masalah,  cuma yang menjadi masalahnya ialah menyiapkan bahan2 seperti mengupas bawang, memotong sayur2an dan lain.  Namun tugas2 tersebut telah aku agih2kan kepada anak dan anak saudaraku. 


Tahun depan kalau nak buat open house lagi ...catering jerlah cik abang oiii... tak larat dah rasanya.. almaklum umur dah meningkat,.. nak buat kerja2 berat2 ni dah tak larat.    Sebenarnya pada mulanya pun aku nak ambik catering saja.. namun seperti kebiasaannya lah nak tunjuk juga kepakaran aku memasak pada teman2 kann.....hehehehe...acah jer tuuu...

Bergambar bersama teman sekolah menengah dahulu iaitu Ungku Azzaidar Ungku Abdul Aziz.. dah  lebih 26 tahun tak jumpa.. bila berjumpa semula masing2 dah berubah dari segi paras rupa dan dari segi saizzz.. heheheheh.




























Yg mamat sorang ni apahal pulak ni..nk tunjuk jadi hero keee..nk kelar lengan tuuu...ni adik PAP di pejabat saya Fadzly.