Menu yang termampu aku sediakan untuk majlis tersebut adalah
1. nasi impit
2. lodeh
3. serunding kelapa
4. sambal udang
5. rendang kerbau
6. spegatthi
7. begedil
8. sambal kicap
9. ayam goreng rempah
10. rojak buah
11. puding
12. bubur som-som
13. buah
14. kuih2 raya
15. jus
awalnya aku nak membuat laksa..namun bila ke TESCO tengok ikan pun tak ada, dan laksa kering pun tak ada..so batallah niat tu.. Yanga da laksa plaastik tu..itu pun dah tak elok so canselllllll......
Lepas tu terus plan nak buat meehoon sup pulak gantikan laksa tadi.. siap beli 4 ekor ayam, daun sup dan bahan2 lain. dah siap buat begedil dan sambal kicap..tup2 akak kata (mlm sebelum tu dia buat open house sampai jm 4 pg pn ada lg org dtg ke rumah dia).. so dia bagi kuah laksa johor.. so sebab laksa johor tu lawannya spegathi so aku terus jer merebus 6 kotak spegethi dan ulam2 yang ada cuma timun (ptg bulat2, bawang dan kacang pjg).. bahan2 lain tak ada.. so tambah lah satu lagi dish.) Masa ptg tu pulak makin berduyun2 org datang dan spegethi ku dah abis.. maka anak bujang ku dipaksa ke kedai untuk membeli 2 paket lagi spegatthi dan juga air batu. Nasib baik boleh diharap anak dara bujangku itu. terima kasih ya naim,.. tahun lepas pun dia yang menolong aku menyiapkan juadah hingga jam 4 pagi baru dia tidur, lepas tu tgh tu kena layan tetamu pulak.
Namun pengalaman yg lepas..membuatkan aku mengimpot seorg lagi pembantu chef iaitu anak abangku yang menuntut di Kolej Lagenda Nilai. Dia pun sespesis anakku.. rajin memasak .. so ringan sikit bebanku kali ini. Kali ini tetamunya sama ramai macam tahun lepas iaitu dalam 150 org ..
Tidak lupa juga dengan suamiku, dia banyak juga menolongku....tQVM my dear hubby.
letih juga melayan tetamu tapi seronok.. nasib baik ada 3 org jejaka tampan yg membantu saya,... kalau tak sure kelam kabut jadinya. Nak memasak memang tak menjadi masalah, cuma yang menjadi masalahnya ialah menyiapkan bahan2 seperti mengupas bawang, memotong sayur2an dan lain. Namun tugas2 tersebut telah aku agih2kan kepada anak dan anak saudaraku.
Tahun depan kalau nak buat open house lagi ...catering jerlah cik abang oiii... tak larat dah rasanya.. almaklum umur dah meningkat,.. nak buat kerja2 berat2 ni dah tak larat. Sebenarnya pada mulanya pun aku nak ambik catering saja.. namun seperti kebiasaannya lah nak tunjuk juga kepakaran aku memasak pada teman2 kann.....hehehehe...acah jer tuuu...
Bergambar bersama teman sekolah menengah dahulu iaitu Ungku Azzaidar Ungku Abdul Aziz.. dah lebih 26 tahun tak jumpa.. bila berjumpa semula masing2 dah berubah dari segi paras rupa dan dari segi saizzz.. heheheheh.
Yg mamat sorang ni apahal pulak ni..nk tunjuk jadi hero keee..nk kelar lengan tuuu...ni adik PAP di pejabat saya Fadzly.
No comments:
Post a Comment