Ulangtahun suamiku yang ke 48 pada 22 Feb 2010 yang lalu. Happy Birthday To My Lovely Husband.. sebiji kek aku buat khas beserta photo beliau.. aku buat sendiri tauu.. moist coklat kek.. yang pastinya sedapp hingga menjilat jari..hehehehe... cuma dekorasinya agak comot.. yalah dah kepenatan dan jam 12.30 malam baru aku start mendeko berserta beberapa puluh cupcake.. kesemanya aku buat simple deco saja..
Sebenarnya pada 24 Feb 2010 juga merupakan tarikah akhir bos aku bertugas di pejabat aku...memandangkan staf cuma 3 orang jer iaitu aku, office boy dan driver, dan memandangkan aku memang nak buat majlis ulangtahun suami, maka aku buat sekali untuk beliau dengan menjemput staff opis sekali.
Yang senang juadah seperti hari raya jer lahh.. kebetulan pulak masa tu masih Chinese New Year maka kirnya kami menyambut Xong Hi Fa Chai sekalilah ..hehehehe...
Member2 tak habsi2 nak lontong dan spagetti dan sebagai sampingan aku membuat sambal udang, rendang, kuah lodeh, mee hoon singapore, satay (yang ni beli jer lahh)..
Pencuci mulut aku buat kek birthday, cuocake, muffin, cheese cake + fruit jelly, buah2an, karipap, nugget dll.
Seperti biasa tetamu lebih 100 orang. Nasib baik anak dan suami sudi menolong mengupas bawang dan memotong sayur2.. dan bab masak aku buat sorang2 tauuuu....kalau tak percaya sudahhh...hehehehehe...
Sambil makan sambil sembang.. kebetulan bos aku terjumpa kenalan lamanya di rumah aku.. rancak mereka borak..
Sebahagian duduk bawah pokok, sebahagian duduk di tempat letak kereta dan sebahagian di dalam rumahh..gasak lah kau org nak dudukdi mana.. layan lah diri sendirii.. Belah kanan tu bos aku ebrsama pengarah2 bahagian di pejabat aku... ntah apa yang mereka bincang.. aku tak nak kacauuu.....
anak2 kecil pulak bila ada permainan senyaplah diaaa..
main lerrrr... janji ko org tak melalakk..
Kawan2..ha gasak ko orang lah nak duduk kat mana punnnn.. janji ko org bahagia..Gambar kenangan bersama bos dan isteri.. depan rumah dah penuh orang.. hahh lantak kauu kat dapur pun jadi ler sebab itu jer tempat kosong nak gambar bersama2...
Kan aku peminat pinggan2 antik.. so masa makan2 nilah aku gunakan pinggan2 tuuu...memang kurang menarik sebab bercampur2.. tapi bagi aku yang minak giler ni.. rasa seronok pulak bila dpt hidangkan dia org dgn pinggan2 tuuu..
.. posing lah kau org sana sini.. sebenarnya aku letak jer camera aku tu atas meja.. yalah tuan rumah sibuk nak melayan org tak kan sibuk nak ambik gambar.. karang org kata tak betul pulak.. tapi biasalah kawan2 aku tu.. pantang camera terletakk...beratus gambar disnapnya..janji glamer gituu..hehehee..haa gasakkkk...janji masing2 bahagiaa..layan jer lahhhh..
Dah majlis mcm ni.. sure dapur bersepah..biar jer lahh.. bila senang
nanti aku kemas lah balikk..
budak2 ni kalau tak nak bagi dia org bising.. haaa..bagi jer dia org buat apa yg dia org suka..kebiasaannya memang aku buat kan prg or aktiviti utk anak2 kecil terutama anak2 saudaraku.. kami bukkan game dan tunjuk kat mana permainan2 yang ada dan di luar sinilah tempat dia org melukis dan buat kad2 birthday untuk suamiku.. aku pun tak tau siapa punya idea yang suruh budak2 ni buat kad birthday...tiba2 jer belah malam tu sibuk suamiku menampal kad2 tersebut di peti aisku.. sebak dia kata bila tengok anak2 buah dia buat khas untuk diaaa...
padahal rumah kami cuma ada anak bujang dah 22 tahun.. tapi kalau datang rumah utk anak2 kecil pun ada permainan dan colour pensel dan kertas2 lukisan utk dia orggg..tapi tak boleh bawa balik tauu sebab nanti lain kali datang boleh main lagii..