Satu lagi aktiviti yang aku lupa tarikh.. Awal tahun ini jugalah.. sebenarnya aktiviti ini adalah rentetan dari aktiviti tahun lepas yang belum selesai.. memandangkan tahun lepas boleh dikatakan banyak hari jumaatnya cuti maka aktiviti kami terbantut sementara.
Jika sebelum ini kami membuat gelang manik bersama penyanyi Aisyah, kali ini kami menjahit sulam benang pula.. kami diberi t-shirt yang ada tulis Aisyah creative berwarna putih setiap seorang dan semua peralatan seperti benang dan jarum diberikan, begiu juga dengan design...
aktiviti diadakan di dewan Nur di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Jalan Dato'Onn. Rasa tak cukup masa.. yalah lunch time friday tu memang lah agak panjang, namun bagi aktiviti seperti ini masa selama 2 jam itu masih tidak mencukupi..
so layan jer lah gambar, pada kali ini tak dapat nak bergambar bersama2 dengan Aisyah sebab masing2 sibuk...
No comments:
Post a Comment