Thursday, February 12, 2009

Majlis Perkahwinan Anak Ex Bosku

sedapnya air ini...nyaman jer rasanya bila sampai ke tekak. Air ini adalah air sirap daun pandan yang diwarnakan kuning..emmm...sedappp...




Sempena majlis perkahwinan anak sulung Xbosku di Hotel Concorde, Shah Alam. Majlis berjalan dengan amat meriah, namun aku tidak dapat bergambar bersama pasangan pengantin kerasa ramai sangat VVIP yang dijemput. So tak kanlah aku nak terhegeh2 bergambar....so sempat juga aku berposing bersama suamiku dan juga teman lamaku. Dengan bos2 lama ku juga kami cuma sempat berslaman dan berborak2 sahaja. Nak ambik gambar maluuuu..almaklum bos2 lama2 ku semuanya dah pangkat2 besar2...ada yg dah jadi profesor...rasa kecik jer aku dgn dia org tu...dapat berbual2 pun dah kita cukup baik tuu...

Pengantin lelaki India + Melayu dan yang perempuan Cina + melayu. So berbagai bangsa dan rupa yang datang serta ebrbagai2 kaler yang datang...

Terima Kasih Suamiku..Hadiah Main Golf



Vaucher yang didapati.

Wednesday, February 4, 2009

BARANGAN PENINGALAN ARWAH NENEK

Aku sebenarnya berasa begitu bertuah kerana mendapat beberapa barangan lama peninggalan arwah nenek. Ada sebahagiannya yang berusia lebih dari 100 tahun..Kebanyakan dari adik beradiku memang tidak berminat untuk menyimpan barangan lama tersebut, namun aku adalah berbeza. Aku dan seorang lagi abang ku memang suka sangat barangan2 tersebut. so siapa cepat dialah yang dapat. heheheheh...dan rasanya aku lah yang mendapat lebih banyak dari abangku sebab bila balik kampung, aku yang rajin menyelongkar almari2 kat rumah tu....ada yang aku pungut di stor lama dan dalam kotak2 yang memang dah tidak mahu digunakan lagi ..puas aku rendam dengan sabun dan sental kuat2 untuk hilangkan kekotoran yang dah bertahun melekat kat pinggan dan baranagn lama tuu..dan dengan gahnya aku memaparkan beberapa koleksi yang ada dalam simpanan aku..


Ini pula adalah beberapa koleksi barangan tembaga yang aku punyai. Bekas bulat tersebut sebenarnya mempunyai cembul tembaga di atasnya, namun telah terpatah dan hilang dan aku gantikan dnegan gabus botol sahaja.
Ini adalah tepak sirih.


Dan bekas cucur air basuh tangan ini pula amat aku minati kerana mempunyai lekuk2 ditepinya.

Ini adalah dulang untuk mengangkat minuman suatu masa dahulu. Ianya diperbuat dari dawai dan juga tali rafia. Dulang ini arwah nenekku yang menganyamnya sendiri. Tali rafia tersebut masih utuh hingga kini...Betapa bagusnya kualiti barangan dahulu kala. Sekarang pun ada juga tali rafia ni, tapi lama2 akan reput dan putus. Ini adalah salah satu dari koleksi yang paling aku sayangi.






Piring kuning ini juga merupakan satu lagi set hidangan lauk pauk yang juga menjadi pinggan mangkuk yang disewakan oleh arwah datukku suatu masa dahulu. Dari ratusan biji pinggan yang beliau miliki, hanya tinggal beberap biji ini sahaja lagi yang masih elok. Walau bagaimanapun, aku berasa amat bersyukur kerana masih ada lagi untuk aku jadikan koleksi peribadiku.

pinggan hidang berbunga kangkung ini memang amat popular di suatu masa dahulu. Aku mendapat agak banyak pinggan ini kerana arwah datukku dulu memang menyewakan pinggan mangkuk berkenaan untuk kegunaan orang kahwin...ada brdozen2 pinggan mangkuk lama ini,namun kebanyakkan telah sompek sedikit ditepinya. namun kehebatan baranagn dahulu amatlah dikagumi kerana kualitinya yang amat tinggi. Jadi walauun sompek sedikit,namun aku amat sayang untuk membuangnya. Sekali sekali aku masih menggunakannya sebagai mengingati nostalgiaku di waktu2 kecil dahulu.




Ini pula adalah piring kecil yang sering digunakan untuk memakan halwa2 serta manisan yang lain. Bentuknay amat unik kernan mempunyai lekuk2 ditepinya. Kami pernah melihatnay di Jonker Street Melaka dan harnganya...emmm..amatlah memeranjatkan.. RM48 sebiji. Puas aku menyelongkar gerobok emakku dan akhirnya akunmendapat sebanayk 10 biji warana hijau dan 2 biji warna putih. bila cakap dengan mak dengan senang hati dia melepaskannya kepada aku untuk aku jaga. Terima kasih emakk..


ini pula adalah sebahagian dari pinggan lauk untuk hidangan. warna biru muda. masih berkilat hingga kini. Made In England uuu....ada kelas gitu. Datuk dan nenek saya pun dah pakai barangan luar negara lama dahuu.. Yalah dulu mana ada barangan buatan Malaysia yang macam tuu... Insyallah aku ku jaga barangan terebut. Anakku juga berjanji akan menjaganya kalau aku dah tak ada...Aminnnn...

SAHABATKU NOR



Thursday, January 22, 2009

Selamat Ulang Tahun at LEMON


Sempena Ulang Tahun Suamiku Yang ke 46 yang lalu kami telah meraikannya di Restoran Lemon Kajang. Masa mengorder tu tak ingat dunia. Bila makanan datang...haa penuh meja...naik semput nak menghabiskannya. Walau bagaimanapun, memang licin semuanya kami sebat...beratus juga habis malam tu..namun, atas ikhsan suami..dialah yang belanja malam tu..walau pada awalnya saya yang nak belanja dia..hehehehe...TQ sayangg... lain kali belanja lagi yerrr...

Tengoklah dalam gambar tuuu....anak dan suamiku sedang bersungguh-sungguh membalun jaudah depan mata tuuu... orangnya 3 orang je..tapi mengorder sampai 6 dishh... ada lemon chiken, fish lemon, tomyam, asparagus, udang pedas dan kerabu mangga. Alhamdulillahhh..aminn..kenyangggg yang teramat sangat.

Tuesday, January 20, 2009








Iklan 2009

Berangan nak jadi model,tapi figure dan rupa tidak mengizinkan. Dengan khidmat kawan yang pakar dapat juga diabadikan angan-angan saya itu walaupun hanya untuk tatapan dan kepuasan diri sendiri. Walau hanya fantasi namun tetap aku berpuas hati. Jangan kata aku syok sendiri sudahlahh...hehehehehe.... Beberapa potrait yang diabadikan untuk kenangan saya sendiri.

Tuesday, October 28, 2008

Gambar Keluarga Sempena Hari Raya




Ini adalah sebahagian lagi gambar2 familyku sempena hari raya.

Selamat Hari Raya




Selamat hari Raya Dari Dari kami Sekeluarga

Ini pula adalah sebahagian dari gambar2 semasa sambutan hari raya dipejabatku.


Ntah berapa kali aku hadiri jamuan hari raya di pejabat. Semua bahagian buta. So bila dijempuat, jangan ler tolak rezeki kann...