
Ini pula adalah beberapa koleksi barangan tembaga yang aku punyai. Bekas bulat tersebut sebenarnya mempunyai cembul tembaga di atasnya, namun telah terpatah dan hilang dan aku gantikan dnegan gabus botol sahaja.

Ini adalah tepak sirih.

Dan bekas cucur air basuh tangan ini pula amat aku minati kerana mempunyai lekuk2 ditepinya.

Ini adalah dulang untuk mengangkat minuman suatu masa dahulu. Ianya diperbuat dari dawai dan juga tali rafia. Dulang ini arwah nenekku yang menganyamnya sendiri. Tali rafia tersebut masih utuh hingga kini...Betapa bagusnya kualiti barangan dahulu kala. Sekarang pun ada juga tali rafia ni, tapi lama2 akan reput dan putus. Ini adalah salah satu dari koleksi yang paling aku sayangi.
Piring kuning ini juga merupakan satu lagi set hidangan lauk pauk yang juga menjadi pinggan mangkuk yang disewakan oleh arwah datukku suatu masa dahulu. Dari ratusan biji pinggan yang beliau miliki, hanya tinggal beberap biji ini sahaja lagi yang masih elok. Walau bagaimanapun, aku berasa amat bersyukur kerana masih ada lagi untuk aku jadikan koleksi peribadiku.
pinggan hidang berbunga kangkung ini memang amat popular di suatu masa dahulu. Aku mendapat agak banyak pinggan ini kerana arwah datukku dulu memang menyewakan pinggan mangkuk berkenaan untuk kegunaan orang kahwin...ada brdozen2 pinggan mangkuk lama ini,namun kebanyakkan telah sompek sedikit ditepinya. namun kehebatan baranagn dahulu amatlah dikagumi kerana kualitinya yang amat tinggi. Jadi walauun sompek sedikit,namun aku amat sayang untuk membuangnya. Sekali sekali aku masih menggunakannya sebagai mengingati nostalgiaku di waktu2 kecil dahulu.
Ini pula adalah piring kecil yang sering digunakan untuk memakan halwa2 serta manisan yang lain. Bentuknay amat unik kernan mempunyai lekuk2 ditepinya. Kami pernah melihatnay di Jonker Street Melaka dan harnganya...emmm..amatlah memeranjatkan.. RM48 sebiji. Puas aku menyelongkar gerobok emakku dan akhirnya akunmendapat sebanayk 10 biji warana hijau dan 2 biji warna putih. bila cakap dengan mak dengan senang hati dia melepaskannya kepada aku untuk aku jaga. Terima kasih emakk..
ini pula adalah sebahagian dari pinggan lauk untuk hidangan. warna biru muda. masih berkilat hingga kini. Made In England uuu....ada kelas gitu. Datuk dan nenek saya pun dah pakai barangan luar negara lama dahuu.. Yalah dulu mana ada barangan buatan Malaysia yang macam tuu... Insyallah aku ku jaga barangan terebut. Anakku juga berjanji akan menjaganya kalau aku dah tak ada...Aminnnn...
No comments:
Post a Comment