Friday, February 13, 2009

KELAS CAKE


emmm seperti biasalah...sampai rumah posing lah dengan hasilku yang comot2 tuu...tak pa..walaupun comot pada permulaannya..namun aku berazam untuk buat yang terbaik dimasa hadapan...



Dan pada 1 Feb 2009 aku menyambung kelasku dengan mempelajari cupcake dan juga cookies. Dan inilah hasilnya...ada design baby tidur, clown, bunga dll. Cookies ku pula comot2..almaklum, aku ni bab2 melukis memang out...Tergelak anakku melihat lukisan2ku..hehehe..



Dan kerana terlalu teruju tak habis2 aku posing lagi. terpaksalah laki aku menjadi cameramennya...hehehehe...yalah di kelas tu tak da siapa nak ambilgambar aku. masing2 sibuk menyiapkan kek masing2 dan tangan abis berkrim so susah nak ambil,gambar.


Ini pula kek kahwin (3 tingkat). Macam tak percaya kesemuanya ini aku yang buat sendiri. walau tak secantik mana, namun aku amat berpuas hati.

Ini satu lagi hasilku....namanya novalty cake...penceritaan di atas cake...gambar agak blurrr...almaklum dah kepenatan..aku mula kelas jam 10.00 pagi dan habis jam 8.00 malam.. mata pun blurr...gambar yang terhaislpun jadi blurr...


Haaa lihat tuu..ada photo saya di atas kek tu....eheh boleh makan ke gambar tuu...ya bolehhhhh....kerana photo itu diperbuat dari food colouring...cantik bukan...cara perletakan gambar di atas tu yang cantik..bukannya saya ingin menyatakan saya yang cantik..heheheheh....lenguh tangan saya dibuatnya semasa belajar buat cream atas kek tu..almaklum kena berdiri dan nak kenakan butter cream tu di atas wap air supaya agak mencair...boleh besar lengan saya kalau selalu buat buttercream cake ni..hehehehe.


Minatku adalah memasak, kraftangan, menjahit dan semua yang sewaktu dengannya. Kerana terujanya aku dengan design2 di atas kek2 masa kini maka walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang agak banyak, namun aku sanggup. Maka pada 24 Jan 2009 yang lalu aku telah menghadirkan diri ke Lovelianacakes untuk belajar dan inilah hasil kelas pertamaku. 3 tears wedding cake, novalty care dan juga photocake.

Beberapa slide semasa aku mengikuti kelas wedding cake, photo cake dan edible image.

No comments: