Hidup ini ibarat arus... ada masa badai dan ombak datang mengganas.. ada masa ianya begitu tenang dan nyaman... kadangkala apa yang kita harapkan tidak akan menjadi kenyataan. Yang nyata hidup perlu diteruskan. Pahit, manis, suka, duka, benci, dendam, marah .. akan sentiasa ada dalam diri yang bernama manusia. Usah disamakan kita dengan para nabi-nabi yang akan sentiasa mengampunkan umatnya kerana kita bukannya mereka yang memang dikurniakan dengan sifat-sifat pemurah dan pemaaf.
Sunday, February 15, 2009
MUSEUM
Sebahagian daripada gambar-gambar di museum di vietnam. Gambar2 di mana rakyat di sana di seksa oleh penjajah. Tak kira kanak2 dan wanita. Ada gambar bayi dalam kandungan di keluarkan dan diawetkan. Ada gambar wanita yang diseksa dengan memasukkan ular dalam kemaluannya dan berbagai lagi. Ada juga lukisan2 dari anak2 kecil yang mana melambangkan suasana keperitan rakyat di vietnam akibat dari penyeksaan tersebut. Bayangkan anak2 kecil pun pandai membayangkan bagaimana keadaan kehidupasn kaum mereka di bumi mereka sendiri yang sungguh sadis dan tragis.
Ini pula adalah sebahagian daripada gambar di Post Office di Vietnam. Bangunan lama yang banyak sejarahnya. Pejabat posnay amat besar dan sebahagian ruangan adalah sedang beropeerasi seperti biasa dan sebahagian lagi untuk para pelancung melawat sambil shoping. Aku juga tidak ketinggalan, membeli sebuah alatan muzik sebagai kenangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment