Sunday, February 15, 2009

VIETNAM




Pada 6 -9 Feb yang lalu, aku bersama teman-teman melancong ke Vietnam. Dari KLIA pada jam 4.45 ptg dan penerbangan adalah selama 1 jam 45 minit. Awalnya mengikut program sesampai sahaja di sana kami akan makan malam dan terus ke hotel. Namun memandangkan masa masih awal maka pihak pengajur membawa kami ronda-ronda sebelum kami dibawa ke Restoren Four Sesson untuk makan malam. Kemudian kami di bawa ke night market. keadaannya sama macam Petaling Streat kitalah..cuma di Malaysia saya tak pernah pun ke Petaling Streat tu sebelah malam...Kalau kat tempat orang semuanya boleh jadi..tengah2 malam pun selagi ada peluang..kami rondaa...

Kalau dah berjalan tu kalau tak shooping tak sah. Tapi apa yang aku tau, kali ini aku tidak lah berapa membeli sangat, sebab dah beberapa tempat aku lawati kesemua barangannya lebih kurang sama jerr....namun jangan tidak ada jugalah buah tangan untuk family dan kawan2 opis.

No comments: