Sunday, March 29, 2009

BIRTHDAY DAN PERPISAHSAN STAFF BHG KORPORAT




Satu lagi order dari teman sepejabat sempena majlis Perpipahan dan juga Birthday bulan Mac 2009. Tema taman bunga beserta ungas2. Hajat dihati nak buat mcm2 lagi atas kek tu,. namun kerana budget yang diberikan ciputt...so demkonya pun ciput jer lahh...:)











HAPPY BIRTHDAY FADZLY

Hari ini 30Mac 2009 adalah Birthday PAP di opis aku. Souvernier kecik dari aku...beberapa cupcake kecil aku cantumkan dan dideco simple.HAPPY BIRTHDAY FADZLY.





Wednesday, March 25, 2009

fruit cake dan photocake








Fruit cake berlapiskan fondant dan photocake ini aku buat sempena majlis perkahwinan kakakku.

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN LEMBAB
Sumbangan: Makcik Diana

Bahan-bahannya
1 tin (16oz) mentega Golden Churn
600 gram tepung gandum
400 gram campuran buah-buahan
2 cawan gula halus
6 biji telur
2 sudu teh bicarbonate of soda
2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)
kertas kuih
aluminium foil

Untuk Gula Hangus
2 cawan gula
1/2 cawan air

Cara-caranya
1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu.
2. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan,
gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akandapat mengelakkan
buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
3. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
4. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati.
5. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul
dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati (saya gantikan dgn coklat emulco)
6. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah
mencukupi, berhenti.
7. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek
kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul
sebati dengan adunan mentega.
8. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk
plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan
adunan telur.
9. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga
tepung sebati.
10.Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masukkan 2 cawan gula dan dengan
api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. 11.Masukkan sedikit demi sedikit 1/2 cawan air dan kacau gula sehingga ia larut.
12.Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila
ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan
tepung dan kacau menggunakan spatula dengan cepat sehingga adunan sebati.
13.Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu
digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-
buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
14.Alaskan kertas minyak didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan
dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air
kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah
selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu.

Tuesday, March 24, 2009

BUNGA MATAHARI & GIFT BOX





Untuk hari ini ada 2 tempahan lagi dari teman sepajabatku. Yg bunga matahari tu adalah utk farewell perpisahan dan yg cupcake tu order from sahabatku utk anak kecilnya. semoga kalian berpuashati dengan hasilku ini. Lain laki order ler lagi yaaa...

KURSUS MEMBINA BUDAYA KEJA BERPASUKAN YANG CEMERLANG - 13 MAC 2009




Pada 13 Mac 2009 yang lalu aku telah menghadiri Kursus Membina Budaya Kerja Berpasukan Yang Cemerlang.

Ada lebih kurang 30 peserta dalam kursus tersebut. Setiap kumpulan mempunyai 6 orang. Banyak aktivit2 yang dijalankan.

Mula2 kami diminta menamakan kumpulan kami. Nama kumpulan kami adalah MANTAP ...yang merangkumi makna...TEPAT, CEKAP, CEPAT, AMANAH, TOLERANSI DAN HARMONI...Lambang kami adalah mentol, iaitu sentiasa menyala2...dan menyinari orang lain..sepanjang kursus kami gelak...memang tak boring...Ada juga aktiviti2 macam anak2 kecil..Main plastasin untuk dibuat dekorasi... Aku memang minat bab2 macam ni..macam aku main dengan fondant untuk dibuat cupcake aku tuuu...so kami diminta mengambarkan situasi di ruang tamu... Banyaklah peralatan yang kami buat dengan menggunakan plastasin tersebut. antaranya TV plasma, settee, meja, almari, pasu bunga, org sedang menonton televisen dan juga sedang landing, kucing parsi pun ada....Bersungguh2 kami menguli dan mencanai platersin tersebut bagi menghasilkan bentuk2 yang dikehendaki, cuma warna2 plastasin yang kami dapat kurang menyerlah. warnanya pudar dan gelap, so tengoklah hasilnya.

Setiap kumpulan dibekalkan dengan sebiji telur mentah dan kami diamanahkan untuk menjaga telur tersebut agar tidak pecah. So setiap kumpulan diwajibkan membina sebuah bangunan dan memastikan telur tersbeut selamat. Kami dibekalkan dengan sebungkus straw dan beberapa helaian surat khabar dan bahan2 lain adalah bahan2 yang ada di atas meja kami. kami diarah membina bangunan setinggi mungkin. Bangunan kami dinamakan WISMA MANTAP. Mantap kerrr....hehehe...sila lah lihat sendiri...

HAPPY BIRTHDAY AZYAN


Sempena Birthday sahabatku pada 8 Mac yang lalu, aku menghadiahkan satu kotak cupcake untuk beliau. Happy Birtjday to Kak Yan. Moga panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu.

Terima kasih juga untuk Fazlia kerana mengajarkan akak menguploadkan slide ini.

Monday, March 23, 2009

Gambar Iklan Lagi



Gambar Iklan Lagi..
Terima kasih kepada temanku kerana telah mengaplikasikan gambarku dipapan2 iklan ini.

MAJLIS PERNIKAHAN KAKAKKU

http://www.slide.com/r/bwWo2ng26D97mmlJwf8pZx-E2KWVCMVV?previous_view=mscd_embedded_url&view=original

sempena majlis pernikahan kakakku pada 16 Mac yang lalu, aku membawa balikke kampung beberapa biji cupcake ku untuk saudara maraku...Ini adalah sebahagian daripada cupcakeku itu.

Cupcake Lagi

Tuesday, March 17, 2009

Apa dah jadi

?????????????????
tak boleh nak masukkan gambar.......
frustnyaaa..........

Monday, March 16, 2009

BIRTHDAY GIFT LAGI

Lagi promosiku

Cupcake Bawa Balik Kampung

Lagi aku membuat beberapa biji cupcake untuk dibawa balik ke kampung. Ntah apa masalahnya padablog aku ini..akyu tk boleh menempekkan gambarnya.so gambarnya kemudian ya.

Cupcake Lagi

Last Thursday, ada menerima tempahan cupcake lagi. walau diorder sehari sebelum, namun aku berkesempatan juga menyiapkannya. Di samping itu aku ada juga membuat birthday gift untuk sahabat baikku.

Monday, March 9, 2009

GIFT FOR BIRTHDAY DAN JUGA KELAHIRAN










Ini pula adalah untuk sahabat baikku juga. Happy Birthday To You - Sabariah. 10 Mac 2009














Ini pula adalah hadiah untuk Hari Jadi Anak Angkatku yang disambut pada 4 Mac 2009 yang lalu. Namun kerana aku terlupa, maka aku menghadiahkannya Happy Belated Birthday - Rozaini..


Sahabat baikku ini sepatutnya menyambut hari lahirnya bersama-samaku. Aku pada tanggal 15 dan beliau pada 16 haribulan. Namun memandangkan pada tarikh tersebut beliau cuti bersalin, maka aku menghadiahkan cupcake "SEMOGA SELAMAT MELAHIRKAN - JIJAH" ini untuk beliau. Semoga beliau suka dengan pemberianku ini.















Tuesday, March 3, 2009

CUP CAKE

Ini adalah projek klimaku. Aku agak kecewa juga sebab hasil2ku yang sebelum ini tidak dapat dipaparkan. Sebabnya ada kesilapan teknik dalam mengendalikan cameraku....di mana...biasalah..aku ni bab2 menggunakan kamera tu lemah sikit..so aku tererase gambar2 di dalammya. Hasilku sebelum ini adalah 2 kali membuat cupcake, 1 muffin dan satu kek coklat. Yang ini adalah cheese cake yang ditempah oleh sahabat baikku. Kalau sedap..lain kali boleh ler order lagi yerrr....mula2nya aku cuma ingin meletakkan cupcake ini terus ke dalam box sahaja, namun oleh kerana di atasnya adalah cheese yang mudah terlanggar dan nanti akan menjadi comot, maka aku mengambil inisiatif untuk mempeknya sebiji2. Harap sahabatku happy yer dengan hasilku ini. Sememangnya aku masih beginner, so doconya memang lah burukkkk...sori yerrr....
Resepinya adalah seperti berikut:
250gm gula icing
100gm cream cheese
60gm shortening
65gm butter
1/2 sudu teh garam
5 biji telur
275gm tepung
1 1/2 sudu teh baking powder
65gm susu cair
Cara:
1. Pukul gula, cheese, shortening, butter, garam hingga lembut.
2. Masukkan telur, selang seli dengan tepung + baking powder.
3. Pukul rata. masukkan susu cair dan gaul sebati.
4. Masukkan dalam cup; bakar pada 190'c selama 20 min.
kalau tak silap aku mengambil resepi ini dari jun@yummylicious. Kalau tersilap info maaf yer...sebab dalam internet ni ramai yang sudi berkongsi resepi, so mana yang sedap tu saya ikut lah. TQ.
Mengikut resepi asalnya dia org meletakkan kelapa parut sebagai taburan di atasnya, namun memandangkan anak sahabatku ini amat suka dengan cheese so saya ubah sedikit cara presentationnya dengan membuatkan cheese toppingnya.

Cheese Topping:

125g cream cheese (philapdelphia)

60g butter

60g gula ising

- pukul kesemua bahan dan sapu atas kek tadi.

Utk deconya lebihan dari krim tadi tu dibubuh dengan warna2 kesukaan anda dan pipekanlah mengikut kesukaan anda untuk mendeconya.