Tuesday, March 3, 2009

CUP CAKE

Ini adalah projek klimaku. Aku agak kecewa juga sebab hasil2ku yang sebelum ini tidak dapat dipaparkan. Sebabnya ada kesilapan teknik dalam mengendalikan cameraku....di mana...biasalah..aku ni bab2 menggunakan kamera tu lemah sikit..so aku tererase gambar2 di dalammya. Hasilku sebelum ini adalah 2 kali membuat cupcake, 1 muffin dan satu kek coklat. Yang ini adalah cheese cake yang ditempah oleh sahabat baikku. Kalau sedap..lain kali boleh ler order lagi yerrr....mula2nya aku cuma ingin meletakkan cupcake ini terus ke dalam box sahaja, namun oleh kerana di atasnya adalah cheese yang mudah terlanggar dan nanti akan menjadi comot, maka aku mengambil inisiatif untuk mempeknya sebiji2. Harap sahabatku happy yer dengan hasilku ini. Sememangnya aku masih beginner, so doconya memang lah burukkkk...sori yerrr....
Resepinya adalah seperti berikut:
250gm gula icing
100gm cream cheese
60gm shortening
65gm butter
1/2 sudu teh garam
5 biji telur
275gm tepung
1 1/2 sudu teh baking powder
65gm susu cair
Cara:
1. Pukul gula, cheese, shortening, butter, garam hingga lembut.
2. Masukkan telur, selang seli dengan tepung + baking powder.
3. Pukul rata. masukkan susu cair dan gaul sebati.
4. Masukkan dalam cup; bakar pada 190'c selama 20 min.
kalau tak silap aku mengambil resepi ini dari jun@yummylicious. Kalau tersilap info maaf yer...sebab dalam internet ni ramai yang sudi berkongsi resepi, so mana yang sedap tu saya ikut lah. TQ.
Mengikut resepi asalnya dia org meletakkan kelapa parut sebagai taburan di atasnya, namun memandangkan anak sahabatku ini amat suka dengan cheese so saya ubah sedikit cara presentationnya dengan membuatkan cheese toppingnya.

Cheese Topping:

125g cream cheese (philapdelphia)

60g butter

60g gula ising

- pukul kesemua bahan dan sapu atas kek tadi.

Utk deconya lebihan dari krim tadi tu dibubuh dengan warna2 kesukaan anda dan pipekanlah mengikut kesukaan anda untuk mendeconya.






No comments: