Wednesday, March 25, 2009

fruit cake dan photocake








Fruit cake berlapiskan fondant dan photocake ini aku buat sempena majlis perkahwinan kakakku.

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN LEMBAB
Sumbangan: Makcik Diana

Bahan-bahannya
1 tin (16oz) mentega Golden Churn
600 gram tepung gandum
400 gram campuran buah-buahan
2 cawan gula halus
6 biji telur
2 sudu teh bicarbonate of soda
2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)
kertas kuih
aluminium foil

Untuk Gula Hangus
2 cawan gula
1/2 cawan air

Cara-caranya
1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu.
2. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan,
gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akandapat mengelakkan
buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
3. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
4. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati.
5. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul
dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati (saya gantikan dgn coklat emulco)
6. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah
mencukupi, berhenti.
7. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek
kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul
sebati dengan adunan mentega.
8. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk
plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan
adunan telur.
9. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga
tepung sebati.
10.Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masukkan 2 cawan gula dan dengan
api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. 11.Masukkan sedikit demi sedikit 1/2 cawan air dan kacau gula sehingga ia larut.
12.Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila
ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan
tepung dan kacau menggunakan spatula dengan cepat sehingga adunan sebati.
13.Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu
digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-
buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
14.Alaskan kertas minyak didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan
dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air
kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah
selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu.

No comments: