Thursday, January 22, 2009

Selamat Ulang Tahun at LEMON


Sempena Ulang Tahun Suamiku Yang ke 46 yang lalu kami telah meraikannya di Restoran Lemon Kajang. Masa mengorder tu tak ingat dunia. Bila makanan datang...haa penuh meja...naik semput nak menghabiskannya. Walau bagaimanapun, memang licin semuanya kami sebat...beratus juga habis malam tu..namun, atas ikhsan suami..dialah yang belanja malam tu..walau pada awalnya saya yang nak belanja dia..hehehehe...TQ sayangg... lain kali belanja lagi yerrr...

Tengoklah dalam gambar tuuu....anak dan suamiku sedang bersungguh-sungguh membalun jaudah depan mata tuuu... orangnya 3 orang je..tapi mengorder sampai 6 dishh... ada lemon chiken, fish lemon, tomyam, asparagus, udang pedas dan kerabu mangga. Alhamdulillahhh..aminn..kenyangggg yang teramat sangat.

Tuesday, January 20, 2009








Iklan 2009

Berangan nak jadi model,tapi figure dan rupa tidak mengizinkan. Dengan khidmat kawan yang pakar dapat juga diabadikan angan-angan saya itu walaupun hanya untuk tatapan dan kepuasan diri sendiri. Walau hanya fantasi namun tetap aku berpuas hati. Jangan kata aku syok sendiri sudahlahh...hehehehehe.... Beberapa potrait yang diabadikan untuk kenangan saya sendiri.

Tuesday, October 28, 2008

Gambar Keluarga Sempena Hari Raya




Ini adalah sebahagian lagi gambar2 familyku sempena hari raya.

Selamat Hari Raya




Selamat hari Raya Dari Dari kami Sekeluarga

Ini pula adalah sebahagian dari gambar2 semasa sambutan hari raya dipejabatku.


Ntah berapa kali aku hadiri jamuan hari raya di pejabat. Semua bahagian buta. So bila dijempuat, jangan ler tolak rezeki kann...

Friday, September 19, 2008

PESTA MAKAN BUAH





Pada 26 Julai yang lalu kebetulan anak bosku kahwin di Dewan Orangramai Di Presint 9. Dah saya PA dia kenalah eprgi. Nak tengok juga orang German bersanding..lepas tu kebetulan ada pesta makan buah di taman warisan...so kami pun menyinggahlah..makan duriann..perhhh sedapp..hingga menjilat jarii...

Sebelum raya lagi aku dah mula buat kuih raya. Sebabnya anak aku suka makan. Yang paling disukainya adalah kuih semprit. Naik semput saya menyempritnya. sebenarnay resepi kuih semprit ni sama dengan resepi biskut dahlia. So kalau tk larat nak menekan...buat jer cetak cara lain...tapi namanya berbezalah nanti.

Ni dia resepinya...
• 8 oz tepung gandum
• 3 oz tepung kastard
• 1 1/2 oz tepung ubi /tpg jagung
• 6 oz gula halus
• 7 oz marjerin / mentega
• 1 biji kuning telur
• 1 sudu teh esen vanilla
• Ceri merah dan hijau utk hiasan
Cara-cara
1. Pukul gula dan marjerin hingga kembang.
2. Masukkan telur sedikit demi sedikit. masukkan esen vanilla. Putar lagi seketika.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung ubi dan kastard.
4. Masukkan adunan tepung ke dlam adunan mentega sedikit demi sedikit.. utk langkah ni, saya gaul menggunakan spatula je..
5. Terap menggunakan acuan semperit. Jika adunan agak lembik tambah lah sedikit gandum.. hias dgn ceri

Tahniah Untuk Suamiku






Seperti biasa kami orang2 jawa akakn membuat bubur pulut/nasi bersama pulut kuning bagi menandakan kesyukuran. Beberapa minggu yang lalu aku pun membuatnya kerana bersyukur di atas kenaikan pangkat suamiku. aku membuat sedikit juadah untuk diberikan kepada jiran2ku. aku memasak pulut yang digukan bersama rendang ayam, sambal tumis, telur rebus dan juga timun. resepinya telah pernah aku postkan sebelum ini, jadi tk payahlah aku memasukannya lagi. cuma gambarnya saja aku postkan kali ini.

sotong kangkong


lately ni tak da mood nak tulis kat dalam blog ini.
dah lama juga tak masukan resepi2 untuk koleksi saya.
ada sedikit waktu ni saya paparkan resepi sotong kangkong saya.

Bahan:
Sotong - di potong2 dan rebus
secekak kangkong - dicelur

Sos:
5 tangkai/lebih cili kering
gula melaka - ikut suka nk byk/sikit
2 tbs petis
sedikit air asam jawa
2 tbs kicap masin
2 tbs kicap manis
garam
kacang - tumbuk }(utk tabur di atasnya)
bijan - disangai atas kuali }

Cara;
1. Masak kesemua bahan di atas kecuali kacang dan bijan.

2. Masak hingga likat.

Cara Hidang.
Campurkan kangkong dan sotong yg telah direbus tadi. gaulkan dengan sos tadi dna kemudian di tabur dengan kacang da bija di atas. siap untuk dimakan.

selamat hari raya

Monday, June 30, 2008

Happy Birthday




Happy Birthday To Me dan kawan-kawan yang menyambutnya pada bulan April, Mei dan Jun. Kek satu jer tau..... Ini gambarnya, satu orag Johor, satu Sabah dan satu Sarawak.

Lampu dan Kipas



Pekerja pasang lampu dan kipas serta buat wiring...dari jam 9 pagi sampai 7.30 malam baru siap. Agak susah juga dia orang nak pasang lampu tu. Tulah nak yang bukan-bukan..padan muka saya...susah sikit dia orang nak pasang..berjam baru boleh nak pasang mentol dalam lampu tuu...

Wednesday, June 25, 2008

Bacalahhh



Sempat lagi aku membaca.....kebiasaannya aku membaca semasa perjalan ke tempat kerja dan balik kerja. Ianya bagi mengisi masa boringku terutamanya jika aku tak dapat tempat duduk. Yalah bayangkan dari Bank Negara ke Kajang memakan masa 45 minit. Jika aku hanya berdiri melopong sudah tentu boring yg teramat sangat. Maka aku openuhi masanya dengan membaca. Kalua aku dapat duduk..aku penuhi juga masaku itu dengan tidurrrrrrrrrrrrrr...Itu belum lagi bila ada masalah-masalah teknikal..kadang-kadang maunya diambil masa dr sejam hingga sejam setengah kami bersardin dalam keretapi tu. waklu pagi tak pa juga..semuanya wangi...kalau waktu balik kerja...naik pitam dibuatnya dengan bau ketiak hangit berbagai2 jenis manusia di dalammnya...ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnn.....namun itu lah situasi yang amat kerap aku lalui...sabar aje lahh.

Saya postkan duulu gambar-gambarnya..
nanti bila free saya buat sinopsisnya..

Rumah






Ntah bila agaknya syurgaku ini nak siap..
dah lebih dua bulan aku duduk dalam kapal pecah...

kakak dan anak saudaraku cuma dapat duduk dan menenggek jer lah kat dapur rumah aku tu..
nak sediakan makan...
emmmm...makan kedai jer lahh..
hehehehehe...
tapi bila semuanya dah siapp...
siapa-siapa pun boleh datang kenduri kat rumah saya...
hehehe....