Sunday, January 17, 2010

yogjakarta 10 - 13 Jan 2010 - Part 1

Beberapa keping photo semasa siri lawatan aku ke Yogjakarta.  Sebenarnya PUSPANITA di kementerian aku yang membuat lawatan ini. Mulanya hendak ke Chaingmai, namun kerana sesuatu masalah yang tidak dapat dielakkan maka program yang sepatutnya berjalan pada bulan 12 terpaksa ditunda ke bulan januari.. Jadi bila dah masuk bulan Januari dan musim persekolahan dah bermula maka ahli yang seramai lebih 30 orang tu berkurangan kepada 23 orang sahaja. Namun bagi aku yang tidak ada komitmen anak sekolah.. maka bila2 masa pun gohet jer...jalannnnn...
Jom layan photo2 saya ini..






Bas yang kami naiki disepanjang percutian adalah  Bas Sri Wedari Transport... semua bas2 palancongan di Indonesia dinamakan sebagai BUS PARIWISATA
Gambar di atas adalah gambar semasa kami baru saja sampai ke Airport di Jogja.

Gambar Bawah di lobby hotel.. jadikk..mana2 pun boleh bergambar.. janji tempat tu menarik pada pandangan mata aku..walaupun orang jer yang tak menaik menengok akuu..hehehe.. haaa lantakkk...janji aku bahagia berposing mauttt...

Hotel yang kami duduk di sana Hotel Cakra Kusuma.. Bukan Cakar Rimau tauuu..



Lepas sampai.. terus ke hotel.. letak beg2 dan keluar semula ke Istana (Kraton Yogjakarta).. Ramai juga kanak2 sekolah melawat sama.. nak masuk.. camera pun kena bayar...1000 rupiah jer (37 sen).. hehehe.. ramai kawan2 tak nak bayar... yalah  dengar ribu2 tuuu.. padahal dalam 40 sen jer duit kita.. tak rugi pun kalau bayar.






lagi kek hantaran


Agak buzy kebelakangan ini.. maka agak lama tak update blog ini.  Dimasukkan di sini photo kek untuk hantaran..Jauh juga  berjalan kek ini dari KL ke Johor.. terpaksa dimasukan dalam kotak keras dulu sebelum dimasukkan ke dalam box transpaerent.. yalah kalau tak sure kemek kena senggl dek barang lain puak nanti...

Kotak ini bukan kotak untuk kek ini sebenarnya..ini untuk kotak hantaran kakak saya.. untuk kek ini aku membuat kotak bulat, tapi sebab kotak itu telah aku bawa terlebih awal ke pejabat maka untuk memphotokannya maka aku pinjam saja kotak ini.



Yang di bawah ni bukan kek hantaran ..tapi ada sedikit lebihan maka aku memberi cupcake ini sebagai cenderahati kepada tuan yang menempah kek ini.  Yalah dia menempah kek ini untuk anak saudaranya, so sure dia tak dapat merasa .. jadi aku membuat simple deko beberapa biji untuk beliau.


TQ Mariam. next time kalau sudi orderlah lagi dari saya yer.. saya bagi special price untuk u nanti.

Monday, December 28, 2009

DINNER MAJLS PERKAHWINAN PADA 25 DIS 2009 DI KL BASE




KEK HANTARAN PERTUNANGAN

Kek Hantaran Pertunangan ditempah oleh rakan sekerjaku yang juga merupakan jiran tetanggaku yang berlangsung pada 26 Dis 2009

majlis nur mutiara bersama 1st lady - 22 dis 2009

Pada 22 Disember 2009 yang ada lalu ada Majlis Nur Mutiara Bersama Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor di Hotel Hilton Kuala Lumpur.   Aku salah seorang yang menyibuk2 ke sana..hehehehe... Tarikh 22 Dis tu juga adalah tariklh keramat (tarikh birthday hubby ku).. cerita lengkap..kemudian... aku tgh bz nii.. upload gambar jer dulu

Tuesday, December 8, 2009