Wednesday, March 3, 2010

AKTIVITI PUSPANITA BERSAMA AISYAH

Satu lagi aktiviti yang aku lupa tarikh.. Awal tahun ini jugalah.. sebenarnya aktiviti ini adalah rentetan dari aktiviti tahun lepas yang belum selesai.. memandangkan tahun lepas boleh dikatakan banyak hari jumaatnya cuti maka aktiviti kami terbantut sementara.

Jika sebelum ini kami membuat gelang manik bersama penyanyi Aisyah, kali ini kami menjahit sulam benang pula.. kami diberi t-shirt yang ada tulis Aisyah creative berwarna putih setiap seorang dan semua peralatan seperti benang dan jarum diberikan, begiu juga dengan design...

aktiviti diadakan di dewan Nur di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Jalan Dato'Onn.  Rasa tak cukup masa.. yalah lunch time friday tu memang lah agak panjang, namun bagi aktiviti seperti ini masa selama 2 jam itu masih tidak mencukupi..

so layan jer lah gambar,  pada kali ini tak dapat nak bergambar bersama2 dengan Aisyah sebab masing2 sibuk...

1st AKTIVITI BAKAT KOMLEK TAHUN 2010


Lupa tarikhnya bila.. itu lah kalau tak terus masukkan dalam blog memang lupalah tarikh2 keramat itu.  Majlis dibuat sempena perpisahan Pegawai Bakat Komlek iaitu Lt Komander Rahimah yang akan bertukar ke tempat lain.  Majlis Hi Tea dibuat di Hotel Flamingo Ampang..

KENDURI KAHWIN ANAK RAKAN - 6 FEB 2010

Pada 6 Feb 2010 (Sabtu) yang lalu aku dan suami menghadiri Majlis Pesandingan anak rakan  suami.  Ramai kenalan lama yang aku jumpa terutama jiran2 dan rakan2 yang sama2 duduk dengan aku di Labuan dulu.   Bila lagi nak jumpa kawan2 lama.. dalam majlis2 seperti ini saja lah berkesempatan kami jumpa.

Thursday, January 28, 2010

Yogjakarta - 10 - 13 Januari 2010 - Part 3

Di atas sedikit sepanduk2 yang direntangkan di sepanjang jalan di Yogjakarta.

Di bawah ... kebiasaan suasana di sana.. pantang kita turun dari bas... ramai yang mengekori untuk berjualan..sampaikan di dalam bas pun mereka naiki.   Bukan sahaja di Indonesia.. di negara2 seperti Vietnam dan Cambodia juga keadaannya sama yang mana ramai grembelan2 yang mencari nafkah dengan berjualan apa sahaja barangan.... merekamengekori kita sehinggakan kita berasa lemas...

Gambar bawah.. semasa breakfast hari ke dua di Yogjakarta di Hotel  Kusuma...Memandangkan di sana buka kawasan pembangunan.. maka bangunan di sana tidak boleh didirikan tinggi2.. makanya tempat makan ada dibina di belakang bangunan di kawasan terbuka.. memang indah suasana makan2 sambil boleh melihat sekeliling pokok2 yang segar.

Sunday, January 24, 2010

yogjakarta 10 - 13 jan 2010- part 2

Masih lagi di dalam kawasan Kraton Yogjakarta.

Ini adalah di hadapan istana.. yang mana terdapat ramai para pengawal yang menjaganya.   Dapat juga aku lihat  bagaimana para hulubalang mereka bertukar syif.. yang mana mereka perlu mengesot2 ke anak tangga sebelum berdiri.  Memang itu tradisi mereka.. tidak boleh berdiri di kawasan nak masuk ke istana raja mereka.  Situasi ini pernah aku lihat di TV namun pada kali ini dapat kami lihat secara terus.
Batik-Batik yang dipamerkan ini adalah merupakan motif bagi setiap raja yang memerintah pada masa tersebut.  Setiap satu motif untuk satu raja.   Rakyat tidak boleh memakai motif yang sama dengan raja mereka.   Ianya juga membolehkan rakrat mengenali  raja-raja mereka sekiranya raja keluar dari istana berpandukan kepada motif batik yang mereka gunakan...rakyat boleh mengetahui mereka itu raja yang ke berapa.  Kami juga tidak boleh mengambil photo di kawasan tersebit bagi mengelakkan motif batik serta barangan2 lain yang terdapat di situ didublicate.
Lambang daun ini pula adalah muerpakan salasilah sesuatu keluarga di raja tersebut.    Yang banyak cabangnya maknanya ramai anak dan keluarga raja tersebut.
Lambang jenis2 burung ini juga adalah merupakan icon bagi sesorang maharaja pada sesuatu masa.  Asalnya ianya diperbuat dari emas asli, namun kini telah ditukar dengan saduran emas sahaja.

Siling di dalam kraton juga begitu unik yang juga dari saduran emass..pasti terpegun sesiapa yang melihatnya.

Sebahagian dari koleksi pinggan mangkuk dari raja2 dari negara luar yang telah dihadiahkan kepada raja2 yang memerintah pada masa itu.  Koleksi2 tersebut telah menjangkau ratusan tahun namun kondisinya masih utuh dan bersinar2. 
Salah satu destinasi yang kami tuju di sana ialah tempat perusahaan batik.. dapat kami lihat bagaimana caranya mereka memproses batikl dari melukis, memasak dan sebagainya.. tapi tak sorang pun beli di sini kerana harganya mahalll...
Program seterusnya pada hari tersebut adalah menyusur ke tepi pantai..lupa lah nama pantai apa..nanti kemudian aku letak kalau ingat... sesiapa yang malas nak jalan boleh sewa kereta kuda untuk menyusuri tepi pantai tu...bayarannya 20,000 rupiah bersamaa RM7 duit kita ..boleh naik dua orang... Yang kakak sebelah ni..kami suruh naik satu orang satu kereta kuda tapi depa dok bantai nak2 dua2 org sekali...dah tu terberenti kuda tu kat tepi pantai sebab terberak..almaklum masing2 berat..senak perut kuda tu aganya membawa dia org..heheheheh...saya yang naik kuda di belakang mereka terpaksa menunggu sampai kuda dia org habis berak..baru boleh sambung jalan....hehehehe..