Sunday, January 24, 2010

yogjakarta 10 - 13 jan 2010- part 2

Masih lagi di dalam kawasan Kraton Yogjakarta.

Ini adalah di hadapan istana.. yang mana terdapat ramai para pengawal yang menjaganya.   Dapat juga aku lihat  bagaimana para hulubalang mereka bertukar syif.. yang mana mereka perlu mengesot2 ke anak tangga sebelum berdiri.  Memang itu tradisi mereka.. tidak boleh berdiri di kawasan nak masuk ke istana raja mereka.  Situasi ini pernah aku lihat di TV namun pada kali ini dapat kami lihat secara terus.
Batik-Batik yang dipamerkan ini adalah merupakan motif bagi setiap raja yang memerintah pada masa tersebut.  Setiap satu motif untuk satu raja.   Rakyat tidak boleh memakai motif yang sama dengan raja mereka.   Ianya juga membolehkan rakrat mengenali  raja-raja mereka sekiranya raja keluar dari istana berpandukan kepada motif batik yang mereka gunakan...rakyat boleh mengetahui mereka itu raja yang ke berapa.  Kami juga tidak boleh mengambil photo di kawasan tersebit bagi mengelakkan motif batik serta barangan2 lain yang terdapat di situ didublicate.
Lambang daun ini pula adalah muerpakan salasilah sesuatu keluarga di raja tersebut.    Yang banyak cabangnya maknanya ramai anak dan keluarga raja tersebut.
Lambang jenis2 burung ini juga adalah merupakan icon bagi sesorang maharaja pada sesuatu masa.  Asalnya ianya diperbuat dari emas asli, namun kini telah ditukar dengan saduran emas sahaja.

Siling di dalam kraton juga begitu unik yang juga dari saduran emass..pasti terpegun sesiapa yang melihatnya.

Sebahagian dari koleksi pinggan mangkuk dari raja2 dari negara luar yang telah dihadiahkan kepada raja2 yang memerintah pada masa itu.  Koleksi2 tersebut telah menjangkau ratusan tahun namun kondisinya masih utuh dan bersinar2. 
Salah satu destinasi yang kami tuju di sana ialah tempat perusahaan batik.. dapat kami lihat bagaimana caranya mereka memproses batikl dari melukis, memasak dan sebagainya.. tapi tak sorang pun beli di sini kerana harganya mahalll...
Program seterusnya pada hari tersebut adalah menyusur ke tepi pantai..lupa lah nama pantai apa..nanti kemudian aku letak kalau ingat... sesiapa yang malas nak jalan boleh sewa kereta kuda untuk menyusuri tepi pantai tu...bayarannya 20,000 rupiah bersamaa RM7 duit kita ..boleh naik dua orang... Yang kakak sebelah ni..kami suruh naik satu orang satu kereta kuda tapi depa dok bantai nak2 dua2 org sekali...dah tu terberenti kuda tu kat tepi pantai sebab terberak..almaklum masing2 berat..senak perut kuda tu aganya membawa dia org..heheheheh...saya yang naik kuda di belakang mereka terpaksa menunggu sampai kuda dia org habis berak..baru boleh sambung jalan....hehehehe..

No comments: