Hidup ini ibarat arus... ada masa badai dan ombak datang mengganas.. ada masa ianya begitu tenang dan nyaman... kadangkala apa yang kita harapkan tidak akan menjadi kenyataan. Yang nyata hidup perlu diteruskan. Pahit, manis, suka, duka, benci, dendam, marah .. akan sentiasa ada dalam diri yang bernama manusia. Usah disamakan kita dengan para nabi-nabi yang akan sentiasa mengampunkan umatnya kerana kita bukannya mereka yang memang dikurniakan dengan sifat-sifat pemurah dan pemaaf.
Tuesday, June 16, 2009
16 JUN 2009 - MAJLIS MINUM PETANG ANJURAN MAS BERSAMA SETIAUSAHA JABATAN KERAJAAN
Pada 16 Jun 2009 (Selasa) yang lalu, aku menghadirkan diri di Dewan Melati, Perbadanan Putrajaya kerana ada jamuan minum petang untuk para Setiausaha. Sebenarnya ianya adalah untuk 'Secretaries Week' namun atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, maka majlis diadakan pada bulan Jun. Jemputan hanya kepada 3 orang di setiap jabatan kerajaan iaitu setiausaha kepada Ketua Pengarah dan TKPnya sahaja dan aku adalah salah seorang daripadanya. seronok...walau pada mulanya perjalanan majlsi agak lembab..namun dipertengahan majlis amat menarik...pihak MAS memberikan taklimat mengenai pakej2 yang sedia diberikan kepada jabatan2 kerajaan. Begitu juga dgn Fireflyz iaitu anak syarikat MAS. Banyak juga sponsor2 dari pihak2 hotel dan juga travel agent. Banyak2 pakej2 yang amat aku minati...tunggguuuu..insyallah...akan ada yang akan aku turuti nanti...
Yang seronoknya siap ada pertandingan karoake yang dinamakan "PUTRAJAYA IDOL". Perhhh..suara para peserta memang hebat2...dan siap ada JJ lagi sebagai penyanyi jemputan. Banyak lagu beliau yang evergreen dinyanyikan sperti rindu bayangan, joget angan tak sudah dan ntah apa tajuk lagu yang lain..aku tak ingat....tapi memang hebat. Siap ada yang hadir majlsi menyanyikan lagu duet dengan beliau. lagu asalnya JJ nyanyikan bersama Khatijah Ibrahim. start mula jam 2 dan jam 7 belum habis. Rasa macam tak nak balik jer sb berpuluh lagi dinyanyikan. Yalah kalau nak tengok konsert beliau sure beratus kena bayar. Apa2 pun terima kasih banyak2 kepada apihak MAS kerana menjemput kami. Harap2 pada tahun hadapan jemput lah kami lagi yerrr...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment