Friday, June 5, 2009

HUJAN RINDU - ANITA ARUSZI

Anum Dahlia adalah anak Sufiyah. Ibu Anum melarikan diri pada malam pernikahan kerana tidak bersetuju berkahwin dengan taufik iaitu sepupunya sendiri. Pertunangan dan perkahwinan diatur oleh Tok Anjang, bapa Sufiah.

Buku ini aku pinjam dari Kak Shima, teman di pejabat, kerana kebetulan aku kehabisan stok buku cerita. Nak beli dah nak balik. So nanti lebih sejam menunggu train dan juga perjalanan dari KL ke Kajang..aku perlu buku untuk membaca.


Cerita mengisahkan Sufiah melarikan diri kerana cintanya pada Razman dan akhirnya mereka berkahwin walaupun keluarga Razman tidak merestuinya. Namun jodoh mereka tidak panjang dan kemudian Sufiah berkahwin dengan Patrik dan mendapat Anum. Walau dibesarkan di luar negara namun Anum fasih dan tertib seperti gadis2 melayu yang dididik penuh tertib oleh bondanya.

Anum pulang ke kampung ibunya bagi mengenali keluarga ibunya. Pulangnya ada lah dengan cara ingin membuat research tentang silat yang dipelopori oleh datuknya di Paya Mengkuang. Paras Anum yang menyerupi bondanya membuatkan datuk dan nenek serta saudara-mara di kampung merasakan yang Sufiah telah pulang sedangkan pada hakikatnya Sufiah sedang koma selama 5 bulan akibat kemalangan jalanraya yang menyebabkan suaminya Patrik meninggal.

Di kampung itu juga yang menyemaikan kasih Anum dengan Yuzer dan akhirnya mereka berkahwin. Untuk mengetahui kisah selengkapnya..silalah baca sendiri buku ini ya.

No comments: