Wednesday, September 16, 2009

TAT NENAS BUNGA

Malam tadi sempat lagi aku membuat satu lagi biskut raya.  Aku buat tat nenas bunga ini.  Dah dinamakan anak emaklah katakan... walaupun membuatnya agak leceh sikit... aku tetap nak buat yang sama macam mak aku buat.  Aku cuam larat membuat setengah adunan sahaja dan hasilnya aku mendapat lebih dari 100 biji tat bunga yang comel2 ini.  Setiap satu kelopak kita kena gunting dan menaikkannya ke atas agar menjadikannya betul2 seperti sekuntun bunga dan kudup.

ROTI MANIS LAGI

Hari Isnin yang lalu masa aku tanya suamiku apa nak makan  sahur nanti. Dia kata roti yang saya buat sendiri. Halamakk...malasnya nak buat... maka aku kata beli jer lah kuih sebab nak buat takut tak sempat. Lagipun hari bekerja... badan aku pun letih  So kami belilah juga kuih bingka tepung untuk bersahur.  Tapi dah dinamakan isterikan, mana nak sanggup menghampakan suami.  Balik jer dari bazaar ramadhan, aku pun sempat mengadunnya.  Bila pagi masa nak sahur... suamiku tanyaa.. eh bila buat nii.. hehehee... anak kata malam tadii... bila suamiku offer anakku makan roti tersebut dia kata tak nak..sebab nanti dia makan banyakk..sedap dia kata kalau makan panas2...nak tau berapa ketul suamiku makan.  ada 12 ketul.. 9 dihabiskannya.   hehehe..dekat seloyang dihabiskan.  Almaklum.. masih panas2 lagi.  Dah banyak kali aku buat rioti ni.. so kalau nak tengok resepinya.. jengoklah dil aman2 sebelum ni ya.

Sunday, September 13, 2009

JUADAH BERBUKA 13 SEPT 2009 (AHAD)

Pada hujung minggu yang lalu... inilah juadahku.
1.  Sayur lodeh kering.   Aku humban jer 
      apa2   yang
     ada dalam peti sejuk tu.  malas nak pergi
     berbelanja sebab dah nak bercuti raya.
2.  Tomyam campur
3.  Spaghetti
4.  Ikan kicap
5.  Sambal Sotong Kembang

Untuk resepi spaghetti:
Bahan2;
1 paket rempah spaghetti McCormick
1 paket daging cincang
3 labu bawang besar - ptg dadu
5 ulas bawang putih - ptg dadu
1 tin cendawan butang- hiris
1 tin  kecil tomato puree
mix vegetable
daun bay
oregano
gula
garam
perasa
air


Cara;
1.  Tumis bawang2 kemudian masukkan tomatopuree dan rempah spagehtti.
2.. Kemudian masukkan daging cincang.
3.  Biarkan seketika sehingga daging betul2 masak, baru masukkan cendawan butang, mix
      vegetable.
4.  Boleh ditambah sedikit air jika kuah agak kekeringan.
5.  Masukkan daun bay dan oregano
6.  Akhir sekali masukkan gula, garam dan perasa (jika suka).
7.  Biarkan kuah agak pekat dan boleh diangkat.

JUADAH BERBUKA PADA 11 SEPT 2009 (SABTU)


BAZAAR RAMADHAN

Thursday, September 10, 2009

IKAN STIM & PENGAT TEPUNG

Inilah juadah kami hujung minggu yang lau.   Ikan stim, sambal belacan mangga, sayur petola masak air + sohoon + telur (favourite suami dan anakku) dan juga pengat tepung.   Pernah tak dengar nama pengat tepung.  Mungkin anda yang modern2 ni tak tau pengat ini.  Tapi bagi kami orang kampung dan orang susah pada zaman dulu.  Tepung pun boleh dipelbagaikan sebagai juada berbuka puasa untuk dijadikan pengat.
PENGAT TEPUNG:
Bahan:
tepung gandum (campur dengan air - buat macam cokodok)
santan
daun pandan
gula melaka
air
biji sagu
garam
Cara:
1.   Didihkan air kemudian tepung yang telah dibancuh tadi di buat bulat2 kecil dan dimasukkan ke dalam air mendidih tadi. 
2.   Bila dah timbul angkat
3.  Dalam periuk, satukan santan pekat + /3 cawan air, gula melaka dan daun pandan dan didihkan atas api.
4.   Kemudian masukkan tepung yang telah direbus tadi + biji sagu.
5.  Biarkan seketika dan siap utnuk dimakan.

SELAMAT PEMYAMBUT RAMADHAN + BIRTHDAY


Seperti biasa di pejabatku... sebelum masuk bulan ramadhan .. masing2 nak buat jamuan makan sambut puasa.  Bersekalian dengan sambutan hari lahir staff2 di floor kami.  Aku ni menumpang majlis di bahagian lain.. yalah di bahagian aku sendiri mana ada orang.. yang ada cuma bos, aku, office boy dan driver.  4 orang saja.  So bila ada majlis di tingkat yang sama.. aku dipangil untuk join sekali lah.




Thursday, September 3, 2009

BISKUT RAYA

Juadahku berbuka puasa hari minggu pula adalah pulut kuning, kari ayam, pandan chiken, kangkong belacan, serunding kelapa (buat banyak sekali sehari sebelumnya untuk dimakan bersama nasi ambang), telur dadar. Pencuci mulut... pisang.

















Inilah beberapa jenis biskut raya yang sempat aku siapkan hari minggu yang lalu. Aku mula mengadun dan membakarnay dari jam 12 tengahari dan lepas tu terus sambung memasak untuk juadah buka puasa.







































NASI AMBENG

Hujunh2 minggu emmm laju jer lah aku kat dapur. Kali ini Nasi ambeng. Lauk2nya yang paling utama serunding kelapa, ikan masin goreng (aku guna ikan bulu ayam digoreng tepung), terung masak garam asam, lodeh kering dan ayam masak kicap.

Anakku siap kata kenapa tak letak nasi dan lauknya membumbung penuh.. heheh... tamaknyaaa..
aku kata kita macan cuma 3 orang, lepas tu kalau letak banyak2 nanti tak habis dah membazir. Jadi apa yang aku buat..letak serba sedikit di dalam dulang, dan yang lain2nya aku letak di pinggan lauk, so kalau tak cukup lauk boleh lah tambah. Dan kalau tak habis tak da lah membazir kena sentuh kesemua lauknya.. nanti jadi absi pulak.






Second Day Puasa

Kebiasaannya masa berbuka kami terus memakan nasi. Untuk hari kedua puasa...ha inilah juadahnya...melambak. Yang pastinya walaupun cuma betiga beranak... kesemuanya tetap licin bila dah malam. Tengah malam sure anakku sambung makan masa kami dah tido. Dan untuk bersahur pula memang kami tak lalu nak makan nasi.. kebiasannya hanya makan kuih2, roti canai dan lain2. Ikutlah apa yang suamiku nak makan pagi2 hari tu. Tapi kadang2 bila ada lagi nasi dan lauk lebih, anakku tetap sapu juga masa sahur tu.


Sayur taugeh campur sawi.

Begedil daging. Rasanya aku pernah meletakkan resepinya sebelum ini. Tapi tapi tak apalah, aku letakkannya lagi. Ini adalah yang kebiasannya aku buat, aku hentam saja tapi bagi kami ianya memang kena dengan tekak suamiku, tu yang aku selalu membuatnya.
Bahan:
3 biji kentang (hiris tipis & goreng)
1 cawan daging cincang
1 bj bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 sudu teh jintan manis*
1 sudu teh jintan putih*
1 sudu teh ketumbar*
1 biji cili merah*
daun sup/bawang
bawang goreng (optional)
1 biji telur
garam
* kesemua bahah disatukan dan ditumbuk halur/diblender kering
Cara:
1. Kentang ditumbuk hingga lumat
2. Gaulkan daging cincang tadi bersama bahan2 yang ditumbuk halus @ daun sup/bawang &
bawang goreng.
3. Setelah kesemua bahan sebati, ambil sedikit, bulat2kan dan leperkan sedikit.
4. Dicelup telur kemudian digoreng.
5. Sedap dimakan bersama soto/sup

Ikan pari bakar. Biasanya kami makan bersama sambal kicap. Biasalah orang Johor mana boleh tinggal sambal kicap. Stok sambal kicap memang sentiasa ada di rumah. Cumanya yang sedia ada untuk kami sekeluarga tidak boleh dikongsi dengan orang lain. Nak kongsi boleh tapi nantinya kalau cirit birit jangan salah kan kami pula yer.
Kalau nak ikutkan tekak suamku dan anakku memang aku pun tak boleh nak makan, dia orang ni kalau tak betul2 pedas memang tak boleh nak makan. Tapi kalau kat rumah orang pandi pulak kata okk... semuanya okk ..tetap licin makan di rumah orang lain...hehehe walau pada mereka semuanya rasanya kuranggggg.. hehehehe...
Ini dia satu bulatan berbuka kami.


Sotong sumbat, masa 1st puasa saja jer masak lebih, simpan separuh untuk second day. Dan lagi kuah2 gulai sebegitu memang selalunya aku masak lebih sebab untuk di cicah dengan roti atau roti canai masa sahur nanti...