Salah satu kursus yang pernah aku ikuti. di Hotel Impiana KLCC. Kursus sempena Hari Setiausaha. Sempat jugak menyelit bergambar bersama Fahrin dan juga Faizal Tahir
Hidup ini ibarat arus... ada masa badai dan ombak datang mengganas.. ada masa ianya begitu tenang dan nyaman... kadangkala apa yang kita harapkan tidak akan menjadi kenyataan. Yang nyata hidup perlu diteruskan. Pahit, manis, suka, duka, benci, dendam, marah .. akan sentiasa ada dalam diri yang bernama manusia. Usah disamakan kita dengan para nabi-nabi yang akan sentiasa mengampunkan umatnya kerana kita bukannya mereka yang memang dikurniakan dengan sifat-sifat pemurah dan pemaaf.
Friday, May 16, 2008
KURSUS ANJURAN JABATANKU
Salah satu kursus yang pernah aku ikuti. di Hotel Impiana KLCC. Kursus sempena Hari Setiausaha. Sempat jugak menyelit bergambar bersama Fahrin dan juga Faizal Tahir
RENOVATION RUMAH
MAJLIS PERSARAAN
Sekali lagi aku dipaksa join oleh adik-adik untuk bersama-sama membuat persembahan untuk hari persaraan warga pejabatku. Ntah bila tarikhnya pun aku tk ingat. almaklum dh agak lama tk mengupdate blogku ini. biasanya selepas jer apa-apa aktiviti aku terus memasukkannya dalam blog ni. tapi sebab dh tertangguh ni, maka terlupa lah pula tarikhnya.
Thursday, May 15, 2008
SELAMAT ULANG TAHUNKU
Tuesday, February 19, 2008
KEKASIH AWAL AKHIR
Aku baru sahaja menghabiskan bacaan sebuah novel yang dikarang oleh Siti Deesha Lee yang berjudul Kekasih Awal Akhir.Penceritaan mengenai cinta antara Jebat dan Farah. Pertemuan yang tidak dijangka semasa Farah dan Ai Lin terpaksa menyorong basikal kerana rantai basikal farah putus. Jebat yang kebetulan lalu di laluan tersebut telah bermurah hati untuk meminjamkan basikalnya kepada farah dan menyorong basikal farah pulang ke rumah untuk dibetulkan. Walaupun rumah Jebat jauh dengan tempat kejadian, namun kerna hatinya telah terpaut dengan Farah pada pandangan pertama, maka Jebat sanggup berkorban agar adanya pertemuan kali kedua dengan Farah untuk memulangkan basikalnya.
Jebat seorang anak yang bertanggungjawab sanggup mengambil tugas ayah yang telah meningggal dunia bagi menguruskan ladang udang. Tawaran ke menara gading terpaksa dilupakan demi tanggungjawab kepada adik dan ibu tersyang. Adiknya Tuah yang menuntut di Universiti telah berjumpa Farah semasa aktiviti antara Universiti-Universiti lalu jatuh cinta dan berkahwin. Jebat jatuh cinta kali kedua dengan Liza dan merancang perkahwinan namun dihalang oleh keluarag Liza anak seorang Dato dan kaya raya yang tentunya mlau bermenantukan seorang penternak udang.
Sementara itu ladang udang Jebat diancam dan pekerja serta adik Jebat (Tuah) mati dibunuh. Jebat membalas dendam dan rupanya musuhnya Dato' Rashid adalah ayah kandung Jebat dan Liza adalah kakak kandungnya. Kekecewaan Jebat semakin bertambah. Akhirnya Liza ke luar negara bagi menenangkan kekusutan fikiran beliau dengan memberi hak-hak/harta kepada Jebat sebagai anak Dato' Rashid.
Akhirnya Jebat berkahwin juga dengan Farah kerana kasihnya masih ada dan dari tahun ke tahun akhirnya Jebat berjaya menjadi usahawan berjaya dan mendapat gelaran Tan Sri.
LUKISAN HATI
Hinakah diri…
Mencurah kasih
Menyemi sayang
Tiada nilaikah diri
Bagai mengharap pada yang tak sudi
Tiadakah lagi pujuk dan rayu
Pabila sendu datang beradu
Setelah ijab dan kabul ………………
Hilangkah ucapan kasih dan sayang
Setelah ijab dan kabul ………………
Hilangkah kemesraan
Masih adakah kasih
Untuk disandarkan keyakinan
Apa lagi yang tinggal
Agar kepercayaan bisa kekal
Apa lagi yang tinggal
Jika harapan semakin pudar
Masih bisakah diri meramal
Masa mendatang yang tetap kekal
Esok …………..tetap………… menjelang
Apakah ketentuan yang bisa dikejar
Kering, kosong kerap bertandang
Tanpa kepastian kekal
Harapan bagaikan tiada
Walau ikatan masih kekal
Bagaimana bisa untuk dilakarkan
Corak apa yang bakal terlakar
Mengapa sukar
Untuk ditafsir
isi hati yang bernama lelaki
Pudarkah sudah kata-kata
Sebagai pengikat setia bersatu
Pudarkan sudah janji-janji dahulu
Yang diikrar janji di depan yang saksi
Sunday, February 17, 2008
JUADAH PETANG AHAD 17 FEB 2008
Adunan yang baru siap diuli.
Adunan yang telah naik sekali ganda
Selepas doh naik sekali ganda....tumbuk sedikit agar anginnya keluar. kemudia boleh lah dibulat-bulatkan aduann tadi..jpg)
Adunan yang telah dibulat-bulatkan dan biarkan ia rehat dan naik sekali ganda baru dibakar.
.jpg)
Ini adunan yang telah siap dibakar. DIkeluarkan sebentar, sapu telur atasnya dan bakar sekejap lagi.
.jpg)
Akhir sekali keluarkan dan sapu butter atasnya agar nampak berkilat.
.jpg)
ROTI MANIS
Bahan-bahan doh:
400 g tepung roti (strong white bread flour)
7 g ( 2 sudu kecil ) yis kering
1 sudu kecil garam (paras rata)
50 g mentega }dicairkan
60 g gula
1 biji telur
100 ml susu segar suam
110 ml air suam
1 biji telur } pukul sket utk sapuan atas roti
1 sudu kecil mentega cair} utk sapuan atas roti
Cara membuat doh:
Campurkan tepung, yis, garam, dan gula kedlm mangkuk besar.
Buat lubang di tengah2nya, tuangkan mentega, susu, air dan telur.
Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut
Uli selama 15 minit sehingga doh menjadi licin (tidak melekat di jari) dan elastic (walaupun doh ni agak melekit pd mulanya JGN tambah sebarang tepung)
Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film.
Letak ditempat yg suam selama 1 ? - 2 jam sehingga doh mengembang 2 kali ganda
Kemudian bahagikan doh tersbt kpd beberapa bahagian seberat 50 g setipa bahagian pastu bulat2kan..susun dlm loyang yg dilapik dgn kertas minyak atau disapu majerin (lihat gambar 1) jarak antara satu sama lain jgn terlampau jauh supaya bila kembang doh tu akan bercantum sesama sendiri (lihat gambar 2)
Kemudian tutup loyang tersebut dgn cling film selama 40 minit - 1 jam atau sehingga doh tersebut kembang 2 kali ganda semula
Panaskan oven pd suhu 190-200?C, bakar selama 12 minit kemudian keluarkan sapu dgn telur permukaannya kemudian masuk semula dlm oven selama 4-5 min atau sehingga keperangan
Angkat, sapu dgn mentega cair
Sejukkan atas redai besi dan tutup dgn kain bersih (utk mendptkan soft crust)
PINDAH RUMAH
Setelah kepenatan mengangkat barang...dia orang menyental meehon dan kuiah-kuih yang aku buat.
Hanya ini sahaja juadah yang sempat aku sediakan untuk dibawa ke rumah abangku di Nilai 3. Beliau berpindah dari Cheras ke Nilai 3 pada tengahari hari Sabtu yang lalu.Ini cheese muffin. Yang juga aku bawa bersama ke rumah my brother. Sengaja aku buat kecil kecil biar senang nk makan...sekali ngap jer masuk mulut.
CHEESE MUFFIN
1. 1 3/4 cawan tepung gandum 1
2. 1 sudu makan baking powder
3. 1/2 sudu teh garam
4. 2 sudu makan gula halus
5. 1 bj telur
6. 1 cawan susu
7. 1/4 cawan butter, cairkan
8. 1/2 cawan keju cheddar parut
Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 175 darjah.
2. Dalam mangkok besar campur hingga rata tepung gandum, baking powder, gula halus, garam dan keju parut. Buat lubang ditengahnya.
3. Dalam mangkok yg lain, campur hingga rata susu, telur dan butter cair. Kemudian tuang kedalam campuran tepung, aduk sampai rata (jangan overmix)
4. Isi ke dalam muffin cup setinggi 2/3 dan bakar selama 25 minit pada suhu 175 darjah
.jpg)
.jpg)
Cantik tak bungkusan meehon saya, ala2 bungkusan nasi lemak. Almaklum saya ni anak penjual kuih. so serba sedikti ilmu membungkus tu adalah. Aku menggoreng 2 bungkus meehoon untuk dimakan oleh orang-orang yang membantu mengangkat barang-barang ke rumah abangku. Meehonn meehoon satu bungkus seringgit.
.jpg)
Selain itu aku juga membuat kuih donat. buat 2 adunan dan dapat lebih dari 50 biji. puas juga kami makan.
DONAT
Bahan:
1. 500 gm tepung gandum
2. 1 cawan gula halus
3. 1/2 cawan susu tepung
4. 1/2 s/kecil garam
5. 1 paket yeast maripan
6. 1 s/b shortening/crisco [cairkan]
7. 1 biji telur di pukul
8. 2 s/b minyak 250 ml air suam
Cara.
1. Gaul semua bahan kering dalam mangkuk besar.
2. Masukkan semua bahan basah dan gaulkan rata.
3. Uli sehingga tak ada tepung melekat ditangan.
4. Tutupkan dengan kain lembab sehingga naik 2 kali ganda.
5. Bila dah nampak naik, tumbukkan supaya angin keluar dan uli sekali lagi.
6. Bahagikan adunan kepada bebola kecil dan canaikan.
7. Terapkan mengikut saiz donut yg dikehendaki.
8. Biarkan adunan naik sekali lagi.
9. Panaskan minyak dan gorengkan dengan api yg sederhana.
10. Bila telah keperangan angkat dan toskan.
11. Adunan boleh digaulkan dengan gula atau pun salutkan coklat cream dan taburkan coklat rice atau gula warna-warni.
.jpg)
.jpg)
Wednesday, February 13, 2008
HARI QUALITY

Tengok ler abis hidungku pun kena cucuk...hehehee...
PERCUTIAN DI BALI INDONESIA
Gunung Berapi
Tengoklah betapi uniknya kuilnya dan betapa besar kawasannya. Siap dibuat tempat menyusuri sekeling kuil tu di tepi laut yang sungguh indah pandangannya.
Ini salah satu kuil di Bali. Memang semua kuil-kuil di sana boleh dikatakan unik kerna kedudukannya boleh dikatakan di dalam taman. Amat besar kawasannya dan yang paling best di sepanjang perjalan ke kuil tu penuh dengan tempat-tempat jualan.
Monday, February 11, 2008
Mangga Pauh/Pelam Pauh
Inilah dia buah mangga pauh yang aku buat kerabu tu. Kami tanam pokok ni di dalam pagar rumah..dah besar dan lebat bila berbuah. Boleh dikatakan buahnya tak putus. Ini buah di musim yang lalu. sampai kuning-kuning atas pokok sebab tak habis makan. Sekarang ni pun sedang berbuah lebat lagi, tapi masih hijau lagi.Sunday, February 10, 2008
Menu Di Hari Minggu
.jpg)
.jpg)
1. Chili Kering - rebus dan blend
2. Bawang besar dan putih di potong dadu
3. Air Asam jawa
4. Belacan
5. Garam, gula, perasa.
Cara:
1. Tumis cili sampai garing kemudian masukkan bawang yg telah dipotong dadu tadi.
2. Kemudian masukkan air asam, belacan, gula, garam dan perasa, biarkan sampai betul2 masak dan naik minyak baru dimasukkan udang dan petai.
3. Biarkan sebentar lagi sampai udang masak dan boleh dihidang.
1. 3 ekor ikan kembung
Sarapan Hari Khamis
.jpg)
Menu Hari Rabu
.jpg)
.jpg)
Memandangkan hari rabu yang lepas aku sampai rumah lewat, agak kelam kelibut juga sebab kajap lagi husbandku akan sampai dari kuantan dan sure dh kelaparan, maka sedikit jeer menu yang sempat aku sediakan pada hari ini. Hanya sempat menyediakan sweet sour ikan...ntah apa nama ikan pun aku tak tau...lebar macam ikan bawal..tapi warna putih...yang aku tau memang sedap utk dimasak sweet sour hehehehe, cuma tak tau apa nama ikan tu...sayur campur dan kerabu mangga...mangga ni aku petik dari pokok kat tepi rumahku. tengah melayut2 buahnya, banyak sungguh.Tuesday, February 5, 2008
Minum petang hari minggu
.jpg)
.jpg)
Menu minum petang yang lalu ialah keropok lekor goreng dan juga bubur putih bubur merah atau orang jawa panggil bancaan. Bubur ni kebiasaannya bagi orang Johor dibuat kerana kesyukuran seperti mendapat ganjaran-ganjaran yang baik, atau baik dari sakit atau sebagainya. Saya membuatnya tiada sebab-sebab seperti dinyatakan dia tas, namun ianya dibuat kerana gian nak makan...teringin nak makan. so buat sajalah walau tak da apa sebabnya. Bubur ini boleh dibuat dengan menggunakan pulut atau pun beras biasa. Oleh kerana suami saya lebih menggemarinya dengan beras biasa maka saya ikut sajalah..Janji dapat makan. Cara membuatnay seperti dibawah.
.jpg)
.jpg)



.jpg)




.jpg)
.jpg)
.jpg)