Tuesday, February 17, 2009

HAPPY VALENTINE DAY


Sempena Valentine Day yang lalu aku teruja sangat untuk mebuat cake wajahku dan suamiku...aku telah membakar coklate cake pada malam hari dan ingin mendeconya pada pagi sabtu tersebut..namun oleh kerana mak mertua ku sibuk hendak balik ke kampung pagi tersebut maka aku rasa terbantut untuk mendeconya..namun kerana sudah ada photo kami berdua dan kalau aku tak buat ..bila lagi nak digunakan gambar tersebut...maka dengan kesuntukan waktu dan dengan keadaan ku yanga masih belum mahir lagi..maka jadi jugalah decoku yang comot2 tuu...bila sampai bab memotong, semua tak nak potong muka kami...so family pun makan yang belah tepi2 saja..kalau macam tu bila nak habis cake tuuu!!!

Senda gurau suami/isteri...jangan jelesss












Ini pula posing manja suamiku............ (Macam budak-budak................)
Telah agak lama aku tidak memaparkan resepi2 yang aku buat untuk familiku.

Resepinya adalah seperti berikut:







KEK COKLAT
Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur
Cara :
1. Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar

atas api kecil sehingga semua larut (utk kemudahan- masukkan dalam microwave sebentar
pun boleh)

2. Tepung, soda dan baking powder - diayak.

3. Pukul telur hingga kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi. Gaul rata dan campur

tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan.

4. Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak masuk wap. Kukus selama 1 jam baru angkat dan
sejukkan.


(Nota * kebiasaannya bagi menjimatkan gas saya hanya menggunakan cara membakar kek ini
dan meletakkan satu loyang yang beisi air di bawahnya bagi mengekalkan kek tersebut
tetap moist)

Buttercream (sapu atas cake)
Bahan :
300 creamwell
75 gram buttercup
150gram Gula icing ayak halus (atau secukup rasa)
8 sudu susu pekat manis
Flavour secukupnya ( 1 tsp)

Cara :
1. Campur semua bahan dan pukul sampai kembang dan halus, last masukan flavour.

2. Kemudian sapukan rata di atas kek.

utk hiasan (membuat flower, dan border)
Bahan :
250 gram shortening
350 gram icing sugar (ayak halus)
Cara :
1. Campur semua bahan dan pukul sampai kembang dan gebu dengan kecepatan

medium/slow. Siap digunakan untuk bunga2an, border dan sebagainya.
2. Campurkan colouring jika suka untuk mewarnakan bunga/daun dll.











sebenarnya pada hari tersebut my mother in law masih tidak begitu sihat lagi namun beliau nak juga balik kampung untuk melawat anak beliau yg seorg lagi tu..namun setelah my huby nasihatkan dia...akhirnya dia tk jadi balik ..dan bila dh tak jadi tu maka dapatlah kami pergi ke majlis perkahwinan anak kawan kami di kem wardeben ..sempatlah jumpa kwn2 yang sama2 duduk di Labuan satu masa dahulu..seronok...sembang sampai tk ingat dunia..almaklum ada yg dah lama sgt tk jumpa...last jumpa anak2 kami kecik2 lagi..ada yg baru 4 & 5 th...tapi bila jumpa malam tuu..semuanya dh bujang2 dan anak2 dara..dan ada yg dah kawin..seronokk...
http://widget-2a.slide.com/widgets/slideticker.swf" type="application/x-shockwave-flash" quality="high" scale="noscale" salign="l" wmode="transparent" flashvars="cy=bb&il=1&channel=3026418949615638314&site=widget-2a.slide.com" style="width:400px;height:320px" name="flashticker" align="middle">












Beberapa lagi slide semasa valentine day....seronpk betul posing2 ni...hehehehe..






Sunday, February 15, 2009

MUSEUM









Sebahagian daripada gambar-gambar di museum di vietnam. Gambar2 di mana rakyat di sana di seksa oleh penjajah. Tak kira kanak2 dan wanita. Ada gambar bayi dalam kandungan di keluarkan dan diawetkan. Ada gambar wanita yang diseksa dengan memasukkan ular dalam kemaluannya dan berbagai lagi. Ada juga lukisan2 dari anak2 kecil yang mana melambangkan suasana keperitan rakyat di vietnam akibat dari penyeksaan tersebut. Bayangkan anak2 kecil pun pandai membayangkan bagaimana keadaan kehidupasn kaum mereka di bumi mereka sendiri yang sungguh sadis dan tragis.








Ini pula adalah sebahagian daripada gambar di Post Office di Vietnam. Bangunan lama yang banyak sejarahnya. Pejabat posnay amat besar dan sebahagian ruangan adalah sedang beropeerasi seperti biasa dan sebahagian lagi untuk para pelancung melawat sambil shoping. Aku juga tidak ketinggalan, membeli sebuah alatan muzik sebagai kenangan.

Vietnam

lucky Flowers




6 - 9 Feb 2009
http://widget-ab.slide.com/widgets/slideticker.swf" type="application/x-shockwave-flash" quality="high" scale="noscale" salign="l" wmode="transparent" flashvars="cy=bb&il=1&channel=3026418949606855339&site=widget-ab.slide.com" style="width:400px;height:320px" name="flashticker" align="middle">

VIETNAM




Pada 6 -9 Feb yang lalu, aku bersama teman-teman melancong ke Vietnam. Dari KLIA pada jam 4.45 ptg dan penerbangan adalah selama 1 jam 45 minit. Awalnya mengikut program sesampai sahaja di sana kami akan makan malam dan terus ke hotel. Namun memandangkan masa masih awal maka pihak pengajur membawa kami ronda-ronda sebelum kami dibawa ke Restoren Four Sesson untuk makan malam. Kemudian kami di bawa ke night market. keadaannya sama macam Petaling Streat kitalah..cuma di Malaysia saya tak pernah pun ke Petaling Streat tu sebelah malam...Kalau kat tempat orang semuanya boleh jadi..tengah2 malam pun selagi ada peluang..kami rondaa...

Kalau dah berjalan tu kalau tak shooping tak sah. Tapi apa yang aku tau, kali ini aku tidak lah berapa membeli sangat, sebab dah beberapa tempat aku lawati kesemua barangannya lebih kurang sama jerr....namun jangan tidak ada jugalah buah tangan untuk family dan kawan2 opis.

Friday, February 13, 2009

KELAS CAKE


emmm seperti biasalah...sampai rumah posing lah dengan hasilku yang comot2 tuu...tak pa..walaupun comot pada permulaannya..namun aku berazam untuk buat yang terbaik dimasa hadapan...



Dan pada 1 Feb 2009 aku menyambung kelasku dengan mempelajari cupcake dan juga cookies. Dan inilah hasilnya...ada design baby tidur, clown, bunga dll. Cookies ku pula comot2..almaklum, aku ni bab2 melukis memang out...Tergelak anakku melihat lukisan2ku..hehehe..



Dan kerana terlalu teruju tak habis2 aku posing lagi. terpaksalah laki aku menjadi cameramennya...hehehehe...yalah di kelas tu tak da siapa nak ambilgambar aku. masing2 sibuk menyiapkan kek masing2 dan tangan abis berkrim so susah nak ambil,gambar.


Ini pula kek kahwin (3 tingkat). Macam tak percaya kesemuanya ini aku yang buat sendiri. walau tak secantik mana, namun aku amat berpuas hati.

Ini satu lagi hasilku....namanya novalty cake...penceritaan di atas cake...gambar agak blurrr...almaklum dah kepenatan..aku mula kelas jam 10.00 pagi dan habis jam 8.00 malam.. mata pun blurr...gambar yang terhaislpun jadi blurr...


Haaa lihat tuu..ada photo saya di atas kek tu....eheh boleh makan ke gambar tuu...ya bolehhhhh....kerana photo itu diperbuat dari food colouring...cantik bukan...cara perletakan gambar di atas tu yang cantik..bukannya saya ingin menyatakan saya yang cantik..heheheheh....lenguh tangan saya dibuatnya semasa belajar buat cream atas kek tu..almaklum kena berdiri dan nak kenakan butter cream tu di atas wap air supaya agak mencair...boleh besar lengan saya kalau selalu buat buttercream cake ni..hehehehe.


Minatku adalah memasak, kraftangan, menjahit dan semua yang sewaktu dengannya. Kerana terujanya aku dengan design2 di atas kek2 masa kini maka walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang agak banyak, namun aku sanggup. Maka pada 24 Jan 2009 yang lalu aku telah menghadirkan diri ke Lovelianacakes untuk belajar dan inilah hasil kelas pertamaku. 3 tears wedding cake, novalty care dan juga photocake.

Beberapa slide semasa aku mengikuti kelas wedding cake, photo cake dan edible image.