Thursday, July 23, 2009

KOLEKSI BARANGAN KELUARGA KAMI

Hobi aku dan suami adalah serupa. Suka menggumpul barangan dari mana2 destinasi yang kami pergi.. Bila nampak unik di mata kami, akan kami beli untuk dijadikan kenangan.
1. Tempurung Kelapa Berukir (tak ingat dari mana)
2. tudung saji kecil & perhiasan2 kecil yang lain (dari Sabah 7 Sarawak)















3. Sampan dan pendayung kecil itu kami beli semasa lawatan ke Cambodia. Harga US2 sahaja. Cantik dan licin buatannya. Budak2 ditepi2 jalan yang menjual.
4. Gambar yang ada muka orang tu suamiku mendapatkan dari sabahat beliau dari Korea.
5. Bekas bertutup dan tempat tissu itu aku beli semasa menetap di Labuan dulu.

6. Set ikan (dari Indonesia)
7. Set burung (Indonesia)
8. alat muzik kecil (Cambodia)



9. Alat tiupan yang kecil (2 biji) dan 1 yang besar dll di beli (Sarawak)
10. candle 2 biji (South Africa)
11. Alat timbangan (hadiah dari kawan opis)




12. Kasut dari kulit tiram ini aku beli dengan harga US8 di night market di Vietnam. sebenarnya orang di sana memakainya untuk harian, tapi aku sayang so aku letak dalam galeri ku sebagai hiasan.





13. Patung wayang kulit di beli di Cameron Highlands. Ada kedai menjual cenderahati di sana dan kami lihat patung tu berhabuk & sure tak da orang yang nak beli. Suamiku meminta penjual tu menjualnya dengan harga murah. Dapat sepasang.
14. Teko gold coklat tu suamiku mendapatnya dari China semasa membuat lawatan ke sana.
15. Teko hitam dari Cameron Highlands, teko tersebut adalah untuk membuat teh...siap ada tapis sekali di dalamnya.




16. Pedang kayu (Melaka)
17. Keris panjang hitan (tak ingat dari mana)
18. pedang sepasang (Terengganu), aku membelinya di pasar payang kerna melihatkan covernya yang cantik seperti tali kapal yang kecil.






19. Biola
20. Kucing2 kecil (tak ingat dari mana)







21. Patung sepasang (China)
22. Keris









23. Pisau
24. Alat muzik (Vietnam)









25. Pedang coklat (Vietnam) - itu sebenarnay pedang kayu...aku sukakan design luarannya, tu yang beli tu.
26. parang2











27. Sepasang burung sedang memadu kasih. Kami beli semasa berjalan2 di Langkawi. Diperbuat dari tanduk.









28. Kapal kecil (Vietnam)














Ini adalah sebahagian dari koleksi kami yang di letak digaleri di rumah kami. Kelihatan agak berserabut kerana barangannya yang agak banyak dan terpaksa diletakkan rapat2 dengan barangan lain.












29. 2 bilah Penyabit padi (Vietnam)
30. 2 bilah pedang panjang
31. angklung















32. 2 ekor udang diperbuat dari tanduk. Di beli di airport Medan.













33. Koleksi mug dan teko sushi king. Aku adalah member sushi king, so setiap kali renew akan dapat set barangan sushi king.
33. Beca juga dibeli di night market Vietnam US4 sahaja.
34. Mug2 (China)
35. Mug yang dibeli dekat kawasan Great Wall China. Ada mug yang bergambar Great Wall dan yang aku beli ini bergambar naga. Bila kita letakkan air panas di dalamnya, kita akan lihat gambar naga tu dengan jelas. Bila dah sejuk gambar itu akan kelam semula.
36. Mug dan tempat habuk rokok bertulisan jawi ini aku beli di kedai yang dibuka di salah sebuah kawasan masjid di Beijing.

KOLEKSI KELUARGA KAMI

KOLEKSI BARANGAN LAMA

Barangan ini pernah aku masukkan ke blog ini namun saja jer aku meletakkan semula untuk refreshment.
Ini adalah sebahagian dari koleksi peninggan arwah nenekku.
1. Piring berlekuk2 putih & hijau kebiasaannya orang dulu2 menggunakannya untuk memakan halua. Aku mendapat sedozen warna putih dan 1/2 dozen warna hijau.

2. Pinggan hidang dan pinggan makan berbunga pink beserta mangkuk nasih. Sayangnya tutupnya telah terpecah.















3. Pinggan hidang dan pinggan makan berbunga rose hitam.
4. Pinggan hidang dan pinggan makan berbunga kangkung dan cuma ada satu jer piring kecil.

5. Pinggan makan dan piring lauk berwarna biru dan kuning berbungga kecil. Piring ini aku ada agak banyak cuma kebanyakkanya dan sompek di tepinya.
5. Gelas2 kecil ini amat cute dan aku amat sukakannya. Rasanya hadiah2 sabun di masa dulu.

6. Set teko, bekas gula dan bekas susu. Mak kata ini hadiah masa perkahwinannya dulu. Bermakna set ini dah dekat 60 tahun dalam simpanan mak saya. Tapi sayang cawan dan piringnya dah tak da.

7. Dua biji mangkuk kecil bertutup ni juga adalah peninggalan dari arwah nenekku. Masa makku memberinya dia kata mangkuk ni dah lebih 100 tahu. Walau gold disekelilingnya telah agakpudar dan warna kehijauannya juga telah kelam, namun aku sayang sangat kerana usianya yang dah berkurun itu.

Tuesday, June 23, 2009

PERTANDINGAN MENEMBAK (20 - 21 JUN 2009)

Pada 20 Jun 2009 (Sabtu) belah petang aku ke Lapangan Sasar di Sungai Besi bagi latihan untuk pertandingan menembak pada 21 Jun (keesokkan harinya). Terima kasih kepada rakan coupleku kerana beliau begitu terror sekali menempak. Aku tak lah seterror mana, cuma boleh lah juga kena sasarannya. Dan aku tidak pulang dengan tangan kosong bila mana mendapat tempat ketiga dalam kategori menembak pistol. Dan hadiah naib johan pula adalah untuk kemenangan suamiku dan juga pasangannya. Tahniah tahniah juga untuk suami dan rakan beliau.

Seriusnya...nak tembak siapa tu...adalahhh...rahsia...hati ku aje yang berkata2 tiap kali aku nak menempakkk... haaa.. mampus engkau aku tembakk...tu ler...ganggu orang lagiiii.. ha..nah kauuuuu....bila kena sasaran tu...emmm...aku bercakap sendiri...haaa..padn muka engkauuuu...mampusss engkauuuu....heheheheheh...(marah niii)..






Ini gambar masa training...suamiku juga tak melepaskan peluang untuk praktis bersama. Walaupun sebenarnya acara ini adalah untuk para2 isteri (BAKAT TUDM), namun para suami dijemput bersama untuk memeriahkan acara berkenaan. Dan yang bagusnya untuk group kami iaitu 4 orang dari group KOMLEK mandapat 5 butir peluru percubaan percuma yang dibelikan oleh Dato' AKS untuk latihan... group lain siap cakap....... ehh .........kami punya peluru free mana?..n ak free suurh lah bos kau orang belikan..hehe..Anyway Tq Dato'.

Bergambar kenangan bersama member2 sebelum perlawanan sebenar dijalankan.

Tuesday, June 16, 2009

16 JUN 2009 - MAJLIS MINUM PETANG ANJURAN MAS BERSAMA SETIAUSAHA JABATAN KERAJAAN






Pada 16 Jun 2009 (Selasa) yang lalu, aku menghadirkan diri di Dewan Melati, Perbadanan Putrajaya kerana ada jamuan minum petang untuk para Setiausaha. Sebenarnya ianya adalah untuk 'Secretaries Week' namun atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, maka majlis diadakan pada bulan Jun. Jemputan hanya kepada 3 orang di setiap jabatan kerajaan iaitu setiausaha kepada Ketua Pengarah dan TKPnya sahaja dan aku adalah salah seorang daripadanya. seronok...walau pada mulanya perjalanan majlsi agak lembab..namun dipertengahan majlis amat menarik...pihak MAS memberikan taklimat mengenai pakej2 yang sedia diberikan kepada jabatan2 kerajaan. Begitu juga dgn Fireflyz iaitu anak syarikat MAS. Banyak juga sponsor2 dari pihak2 hotel dan juga travel agent. Banyak2 pakej2 yang amat aku minati...tunggguuuu..insyallah...akan ada yang akan aku turuti nanti...

Yang seronoknya siap ada pertandingan karoake yang dinamakan "PUTRAJAYA IDOL". Perhhh..suara para peserta memang hebat2...dan siap ada JJ lagi sebagai penyanyi jemputan. Banyak lagu beliau yang evergreen dinyanyikan sperti rindu bayangan, joget angan tak sudah dan ntah apa tajuk lagu yang lain..aku tak ingat....tapi memang hebat. Siap ada yang hadir majlsi menyanyikan lagu duet dengan beliau. lagu asalnya JJ nyanyikan bersama Khatijah Ibrahim. start mula jam 2 dan jam 7 belum habis. Rasa macam tak nak balik jer sb berpuluh lagi dinyanyikan. Yalah kalau nak tengok konsert beliau sure beratus kena bayar. Apa2 pun terima kasih banyak2 kepada apihak MAS kerana menjemput kami. Harap2 pada tahun hadapan jemput lah kami lagi yerrr...

Friday, June 5, 2009

HUJAN RINDU - ANITA ARUSZI

Anum Dahlia adalah anak Sufiyah. Ibu Anum melarikan diri pada malam pernikahan kerana tidak bersetuju berkahwin dengan taufik iaitu sepupunya sendiri. Pertunangan dan perkahwinan diatur oleh Tok Anjang, bapa Sufiah.

Buku ini aku pinjam dari Kak Shima, teman di pejabat, kerana kebetulan aku kehabisan stok buku cerita. Nak beli dah nak balik. So nanti lebih sejam menunggu train dan juga perjalanan dari KL ke Kajang..aku perlu buku untuk membaca.


Cerita mengisahkan Sufiah melarikan diri kerana cintanya pada Razman dan akhirnya mereka berkahwin walaupun keluarga Razman tidak merestuinya. Namun jodoh mereka tidak panjang dan kemudian Sufiah berkahwin dengan Patrik dan mendapat Anum. Walau dibesarkan di luar negara namun Anum fasih dan tertib seperti gadis2 melayu yang dididik penuh tertib oleh bondanya.

Anum pulang ke kampung ibunya bagi mengenali keluarga ibunya. Pulangnya ada lah dengan cara ingin membuat research tentang silat yang dipelopori oleh datuknya di Paya Mengkuang. Paras Anum yang menyerupi bondanya membuatkan datuk dan nenek serta saudara-mara di kampung merasakan yang Sufiah telah pulang sedangkan pada hakikatnya Sufiah sedang koma selama 5 bulan akibat kemalangan jalanraya yang menyebabkan suaminya Patrik meninggal.

Di kampung itu juga yang menyemaikan kasih Anum dengan Yuzer dan akhirnya mereka berkahwin. Untuk mengetahui kisah selengkapnya..silalah baca sendiri buku ini ya.

Thursday, June 4, 2009

KEK HANTARAN




Semalam aku menyiapkan 2 biji kek. Satu untuk birthday dn satu lagi untuk hantaran... Yang hantaran ni nak kaler gold. Susah betul nak dapatkan kaler tu...so cuma setakat macam ni saja yang aku dapat buat. orange2 coklat + putih.


Mulanya nak letak sikit jer bunganya. Dan aku buat cara steam buttercream. Tapi almaklum jarang2 buat..so tuangan krimnya kurang licin. Aku bila bab2 nampak tak puas hati, kenalah cari idea mendeco cara lain. So bagi menutupinya aku penuhkan jer rose2 di atasnya. Akhirnay jadi satu jambangan bunga lah atas kek tu. Harap2 custoemr puas hati.


Yang ini juga aku menggunakan coklat moist cake tapi aku lapiskan butter cream ditengahnya. So nanti bila dipotong nampak lah kek tu berlapis.

PRINCESS IRA




Kawan opis minta dibuatkan kek harijadi untukanaknya. Niat dihati nak buat lagi tinggi dan besar. Tapi memandangkan nanti kaka tu nak bawa balik naik bas berhimpit2 so kena kecilkan sikit saiznya. Kali ini siap dengan rumput2 dan bunga2 kecil. Spt biasa untuk kek ini aku buat 2 biji kek dan isinya adalah coklat moist cake.