Tuesday, February 19, 2008

KEKASIH AWAL AKHIR

Aku baru sahaja menghabiskan bacaan sebuah novel yang dikarang oleh Siti Deesha Lee yang berjudul Kekasih Awal Akhir.

Penceritaan mengenai cinta antara Jebat dan Farah. Pertemuan yang tidak dijangka semasa Farah dan Ai Lin terpaksa menyorong basikal kerana rantai basikal farah putus. Jebat yang kebetulan lalu di laluan tersebut telah bermurah hati untuk meminjamkan basikalnya kepada farah dan menyorong basikal farah pulang ke rumah untuk dibetulkan. Walaupun rumah Jebat jauh dengan tempat kejadian, namun kerna hatinya telah terpaut dengan Farah pada pandangan pertama, maka Jebat sanggup berkorban agar adanya pertemuan kali kedua dengan Farah untuk memulangkan basikalnya.

Jebat seorang anak yang bertanggungjawab sanggup mengambil tugas ayah yang telah meningggal dunia bagi menguruskan ladang udang. Tawaran ke menara gading terpaksa dilupakan demi tanggungjawab kepada adik dan ibu tersyang. Adiknya Tuah yang menuntut di Universiti telah berjumpa Farah semasa aktiviti antara Universiti-Universiti lalu jatuh cinta dan berkahwin. Jebat jatuh cinta kali kedua dengan Liza dan merancang perkahwinan namun dihalang oleh keluarag Liza anak seorang Dato dan kaya raya yang tentunya mlau bermenantukan seorang penternak udang.

Sementara itu ladang udang Jebat diancam dan pekerja serta adik Jebat (Tuah) mati dibunuh. Jebat membalas dendam dan rupanya musuhnya Dato' Rashid adalah ayah kandung Jebat dan Liza adalah kakak kandungnya. Kekecewaan Jebat semakin bertambah. Akhirnya Liza ke luar negara bagi menenangkan kekusutan fikiran beliau dengan memberi hak-hak/harta kepada Jebat sebagai anak Dato' Rashid.

Akhirnya Jebat berkahwin juga dengan Farah kerana kasihnya masih ada dan dari tahun ke tahun akhirnya Jebat berjaya menjadi usahawan berjaya dan mendapat gelaran Tan Sri.

LUKISAN HATI

LUKISAN HATI

Hinakah diri…
Mencurah kasih
Menyemi sayang

Tiada nilaikah diri
Bagai mengharap pada yang tak sudi
Tiadakah lagi pujuk dan rayu
Pabila sendu datang beradu

Setelah ijab dan kabul ………………
Hilangkah ucapan kasih dan sayang
Setelah ijab dan kabul ………………
Hilangkah kemesraan

Masih adakah kasih
Untuk disandarkan keyakinan
Apa lagi yang tinggal
Agar kepercayaan bisa kekal

Apa lagi yang tinggal
Jika harapan semakin pudar
Masih bisakah diri meramal
Masa mendatang yang tetap kekal

Esok …………..tetap………… menjelang
Apakah ketentuan yang bisa dikejar
Kering, kosong kerap bertandang
Tanpa kepastian kekal

Harapan bagaikan tiada
Walau ikatan masih kekal
Bagaimana bisa untuk dilakarkan
Corak apa yang bakal terlakar

Mengapa sukar
Untuk ditafsir
isi hati yang bernama lelaki

Pudarkah sudah kata-kata
Sebagai pengikat setia bersatu
Pudarkan sudah janji-janji dahulu
Yang diikrar janji di depan yang saksi

Sunday, February 17, 2008

JUADAH PETANG AHAD 17 FEB 2008

Adunan yang baru siap diuli.
Adunan yang telah naik sekali ganda

Selepas doh naik sekali ganda....tumbuk sedikit agar anginnya keluar. kemudia boleh lah dibulat-bulatkan aduann tadi.



Adunan yang telah dibulat-bulatkan dan biarkan ia rehat dan naik sekali ganda baru dibakar.







Ini adunan yang telah siap dibakar. DIkeluarkan sebentar, sapu telur atasnya dan bakar sekejap lagi.
Akhir sekali keluarkan dan sapu butter atasnya agar nampak berkilat.










Haii untuk minum petang minggu sempat saya membuat bun manis.



ROTI MANIS

Bahan-bahan doh:

400 g tepung roti (strong white bread flour)
7 g ( 2 sudu kecil ) yis kering
1 sudu kecil garam (paras rata)
50 g mentega }dicairkan
60 g gula
1 biji telur
100 ml susu segar suam
110 ml air suam

1 biji telur } pukul sket utk sapuan atas roti
1 sudu kecil mentega cair} utk sapuan atas roti

Cara membuat doh:

Campurkan tepung, yis, garam, dan gula kedlm mangkuk besar.
Buat lubang di tengah2nya, tuangkan mentega, susu, air dan telur.
Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut
Uli selama 15 minit sehingga doh menjadi licin (tidak melekat di jari) dan elastic (walaupun doh ni agak melekit pd mulanya JGN tambah sebarang tepung)
Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film.
Letak ditempat yg suam selama 1 ? - 2 jam sehingga doh mengembang 2 kali ganda
Kemudian bahagikan doh tersbt kpd beberapa bahagian seberat 50 g setipa bahagian pastu bulat2kan..susun dlm loyang yg dilapik dgn kertas minyak atau disapu majerin (lihat gambar 1) jarak antara satu sama lain jgn terlampau jauh supaya bila kembang doh tu akan bercantum sesama sendiri (lihat gambar 2)
Kemudian tutup loyang tersebut dgn cling film selama 40 minit - 1 jam atau sehingga doh tersebut kembang 2 kali ganda semula
Panaskan oven pd suhu 190-200?C, bakar selama 12 minit kemudian keluarkan sapu dgn telur permukaannya kemudian masuk semula dlm oven selama 4-5 min atau sehingga keperangan
Angkat, sapu dgn mentega cair
Sejukkan atas redai besi dan tutup dgn kain bersih (utk mendptkan soft crust)




PINDAH RUMAH

Setelah kepenatan mengangkat barang...dia orang menyental meehon dan kuiah-kuih yang aku buat.
Hanya ini sahaja juadah yang sempat aku sediakan untuk dibawa ke rumah abangku di Nilai 3. Beliau berpindah dari Cheras ke Nilai 3 pada tengahari hari Sabtu yang lalu.

Ini cheese muffin. Yang juga aku bawa bersama ke rumah my brother. Sengaja aku buat kecil kecil biar senang nk makan...sekali ngap jer masuk mulut.



CHEESE MUFFIN


1. 1 3/4 cawan tepung gandum 1


2. 1 sudu makan baking powder


3. 1/2 sudu teh garam


4. 2 sudu makan gula halus


5. 1 bj telur


6. 1 cawan susu


7. 1/4 cawan butter, cairkan


8. 1/2 cawan keju cheddar parut


Cara:


1. Panaskan oven pada suhu 175 darjah.


2. Dalam mangkok besar campur hingga rata tepung gandum, baking powder, gula halus, garam dan keju parut. Buat lubang ditengahnya.


3. Dalam mangkok yg lain, campur hingga rata susu, telur dan butter cair. Kemudian tuang kedalam campuran tepung, aduk sampai rata (jangan overmix)


4. Isi ke dalam muffin cup setinggi 2/3 dan bakar selama 25 minit pada suhu 175 darjah













Cantik tak bungkusan meehon saya, ala2 bungkusan nasi lemak. Almaklum saya ni anak penjual kuih. so serba sedikti ilmu membungkus tu adalah. Aku menggoreng 2 bungkus meehoon untuk dimakan oleh orang-orang yang membantu mengangkat barang-barang ke rumah abangku. Meehonn meehoon satu bungkus seringgit.



Selain itu aku juga membuat kuih donat. buat 2 adunan dan dapat lebih dari 50 biji. puas juga kami makan.

DONAT
Bahan:
1. 500 gm tepung gandum
2. 1 cawan gula halus
3. 1/2 cawan susu tepung
4. 1/2 s/kecil garam
5. 1 paket yeast maripan
6. 1 s/b shortening/crisco [cairkan]
7. 1 biji telur di pukul
8. 2 s/b minyak 250 ml air suam

Cara.
1. Gaul semua bahan kering dalam mangkuk besar.
2. Masukkan semua bahan basah dan gaulkan rata.
3. Uli sehingga tak ada tepung melekat ditangan.
4. Tutupkan dengan kain lembab sehingga naik 2 kali ganda.
5. Bila dah nampak naik, tumbukkan supaya angin keluar dan uli sekali lagi.
6. Bahagikan adunan kepada bebola kecil dan canaikan.
7. Terapkan mengikut saiz donut yg dikehendaki.
8. Biarkan adunan naik sekali lagi.
9. Panaskan minyak dan gorengkan dengan api yg sederhana.
10. Bila telah keperangan angkat dan toskan.
11. Adunan boleh digaulkan dengan gula atau pun salutkan coklat cream dan taburkan coklat rice atau gula warna-warni.




















































































Wednesday, February 13, 2008

HARI QUALITY


Tengok ler abis hidungku pun kena cucuk...hehehee...





Bagi semangat kat adik2 tu...walau sebenarnya arsa malu gak kita jr yang paling tu...Bergambar pun dia orang bagi dok kat tengak2, yalah kira ibu mereka lah katakan...hehehehe





Sempena Hari Quality yang saya saya telah dipaksa mengambil bahagian mewakili ofis saya. so nak tk nak terpaksa juga elr masuk..Almaklum dh lebih 10 tahun tak naik pentas, badan pulak dh montel, rasa malu gak nak join dengan adik-adik yang comel tu. tapi untuk bagi semangat kat adik2 yang muda2 tu so akaknya bagilah semangat kat dia orang walaupun badan akak ni pun dah semangat..wakhakahakha...



PERCUTIAN DI BALI INDONESIA


Gunung Berapi

Tengoklah betapi uniknya kuilnya dan betapa besar kawasannya. Siap dibuat tempat menyusuri sekeling kuil tu di tepi laut yang sungguh indah pandangannya.


















Ini salah satu kuil di Bali. Memang semua kuil-kuil di sana boleh dikatakan unik kerna kedudukannya boleh dikatakan di dalam taman. Amat besar kawasannya dan yang paling best di sepanjang perjalan ke kuil tu penuh dengan tempat-tempat jualan.

BEIJING











Aku berkesempatan melawat Beijing bersama keluarga. Photo kenangan untuk tatapan bersama.












Monday, February 11, 2008

Mangga Pauh/Pelam Pauh

Inilah dia buah mangga pauh yang aku buat kerabu tu. Kami tanam pokok ni di dalam pagar rumah..dah besar dan lebat bila berbuah. Boleh dikatakan buahnya tak putus. Ini buah di musim yang lalu. sampai kuning-kuning atas pokok sebab tak habis makan. Sekarang ni pun sedang berbuah lebat lagi, tapi masih hijau lagi.


Sunday, February 10, 2008

Menu Di Hari Minggu




Hanya ini sahaja yang sempat aku sediakan sebelum suamiku berangkat balik ke Kuantan. Sambal udang Petai, Kari Ikan Kembung, jantung pisang rebus makan dengan sambal belacan + belimbing buluh dan sayur kailan goreng.


Ikan yang paling digemari suamiku..ikan kembung. Memang terbalik selera suamiku dengan diriku. Aku lebih suka makan kari kepala ikan ....tapi suamiku suka ikan yang kecik2 aje..apa nak buat...ikutkan aje lah...almaklum dia yang keluarkan budget...hehehehehe....




Menu kami memang semuanya pedas2 belaka. Kalau tak pedas alamatnya masa tengah duduk makan, macam2 arahan yang saya terima, kena bangun ambil cili api untuk buat ulam lah, suruh buat sambal tumbuk dan lain2. So sebab dah lali sangat dengan kerenah2 dua orang jejaka di rumah saya tu maka tiap kali masak memang pedas power saya buat. walau kadang2 saya pun tak tahan menahan kepedasannya...namun daripada menahan kepedasan telinga saya masa sedang duduk makan, so ikut saja ler....hehehehehe...





SAMBAL UDANG + PETAI

1. Chili Kering - rebus dan blend
2. Bawang besar dan putih di potong dadu
3. Air Asam jawa
4. Belacan
5. Garam, gula, perasa.

Cara:
1. Tumis cili sampai garing kemudian masukkan bawang yg telah dipotong dadu tadi.
2. Kemudian masukkan air asam, belacan, gula, garam dan perasa, biarkan sampai betul2 masak dan naik minyak baru dimasukkan udang dan petai.
3. Biarkan sebentar lagi sampai udang masak dan boleh dihidang.



KARI IKAN KEMBUNG

1. 3 ekor ikan kembung

2. 3 ulas bawang putih
3. 4 ulas Bawang merah/1 bawang besar
4. 1 in Halia
5. 1 paket kecil rempah kari
6. 2 sudu serbuk cili (chili powder)
7. 1 cawan santan
8. 1 btg serai - ketuk
9. 3-4 pelepah daun kari
10. asam keping

Cara:

1. Tumis halia, bawang putih, bawang merah sampai garing, kemudian masukkan serbuk kari dan serbuk cili yang telah dijadikan paste (rempah dijadikan paste bagi mengelakkan rempah2 ini menjadi hangit/cepat hangus). letak air sedikit2 agar bahan tumisan tadi tidak hangus dan biarkan tumisan tadi agak lama sedikit agar rempah betul2 masak. Masukkan serai.

2. Bila dah ok masukkan santan dan asam keping.

3. Last sekali bila dah mendidih masukkan ikan, garam dan perasa dan daun kari.

4. Biarkan sehingga ikan betul2 masak dan boleh dihidang.






SAMBAL BELACAN + BELIMBING BULUH

1. 3 biji cili merah
2. 1 in belacan
3. 5 biji belimbing buluh
4. garam, gula

Cara:

1. Tumbuk cili sampai lumat dan masukkan belacan.
2. Kemudian masukkan garam dan gula.
3. Last sekali lenyek2 belimbing buluh yg telah dipotong kecil2.
4. Dah siap dan boleh dihidang

* sebenarnya kalau saya buat bukan biji cili...tapi kena buat 3 kali ganda dr resepi di atas tu..almaklum, walau kami cuma 3 org jer tapi bila melantak sambal belacan tu...emmmmm....memang tk cukup sikit...hehehehehe....lepas tu jangan tak tau...bukan jer cili merah...tapi saya kena pluskan cili api kampung lagi nk bagi kawwww......so siapa2 yg datang rumah saya kalau tk bagi salam dulu terus jer datang masa kami makann...alamat lah tk tertelan rasanya dgn manu2 kami tu...hehehehehe....so kawan2 kalau nk dtg tu bg signal awal2, so boleh lah saya masak kurenggg sikit tahap kepedasannya tuuu.....












Sarapan Hari Khamis


Hari Khamis yang lalu kami balik ke kampung untuk menyambut Qong Xi Fa Cjai...hehehehe...org Cina Raya kami pun tumpang sekaki...balik kampung juga. Sebelum bernagkat balik sempat akau menyediakan sedikit juadah agar suami dan anakku tidak kelaparan di sepanjang perjalanan nanti... Menu kami pagi tu adalah mee gorang mamak, nasi goreng dan keropok lekor (tak da dalam gambar sebab lepas masak tak sempat ambik gambat anak dan suamiku dah serbu nak makan...) segan pulak aku nak menyibuk ambik gambar masa dia organg tengah makan..so cuma ada gambar mee goreng aje lah..yang balen2 sikit tu kami bawa bali kapmpung dan anaku sambung amskan masa dlaam kereta...so jimat duit tak payah nak berenti di tengah jalan nak menjamu selera...

Menu Hari Rabu




Memandangkan hari rabu yang lepas aku sampai rumah lewat, agak kelam kelibut juga sebab kajap lagi husbandku akan sampai dari kuantan dan sure dh kelaparan, maka sedikit jeer menu yang sempat aku sediakan pada hari ini. Hanya sempat menyediakan sweet sour ikan...ntah apa nama ikan pun aku tak tau...lebar macam ikan bawal..tapi warna putih...yang aku tau memang sedap utk dimasak sweet sour hehehehe, cuma tak tau apa nama ikan tu...sayur campur dan kerabu mangga...mangga ni aku petik dari pokok kat tepi rumahku. tengah melayut2 buahnya, banyak sungguh.


Tuesday, February 5, 2008

Minum petang hari minggu



Menu minum petang yang lalu ialah keropok lekor goreng dan juga bubur putih bubur merah atau orang jawa panggil bancaan. Bubur ni kebiasaannya bagi orang Johor dibuat kerana kesyukuran seperti mendapat ganjaran-ganjaran yang baik, atau baik dari sakit atau sebagainya. Saya membuatnya tiada sebab-sebab seperti dinyatakan dia tas, namun ianya dibuat kerana gian nak makan...teringin nak makan. so buat sajalah walau tak da apa sebabnya. Bubur ini boleh dibuat dengan menggunakan pulut atau pun beras biasa. Oleh kerana suami saya lebih menggemarinya dengan beras biasa maka saya ikut sajalah..Janji dapat makan. Cara membuatnay seperti dibawah.
BUBUR PUTIH BUBUR MERAH
1. Beras - masak macam masak bubur
2. Santan
3. Gula nisan.melaka/merah
4. Daun pandan
5. Garam
Cara:
1. setelah beras dah hancur (seperti masak bubur), campurkan bahan-bahan lain seperti santan, gula, daun pandan, sedikti garam.
2. Perlu diainagt setiap masakan manis yang bersantan perlu diletakkan sedikit garam bagi menambahkan kelazatan/kelemakan hidangan tersebut.
Untuk keropok lekor tu pula resepinya...emmm..tak payah lah sebab bukan saya yg buat pun..husband yang beli di Kantan semasa beliau nak balik KL hari tu.

LUNCH HARI MINGGU


Aduh masak lagii...
Dah kekeringan idea lah pulak..
Ini ajelah yang boleh dibuat untuk hari ahad yang lalu.



Yang mesti ada faverote suamiku..kerabu daun beremi..ntah betul ke tidak namatu saya pun tak tau. Yang pastinay bentuknya seperti tauge tapi warna hijau dan berdaun sikit. Mempedal goreng, tempe goreng, ikan goreng, ada lebihan dau beremi yang dibuat kerabu tu saya goreng juga dan juga gulai ikan tongkol masak tempoyak dan juga sambal tumbuk.
BAL TUMBUK

1. 3 ulas cili hijau
2. 1 labu bawang besar
3. sedikit ikan bilis

Cara:

1. Kesemua bahan-bahan tadi digoreng sebentar dan ditoskan.

2. Kemudian ditumbuk sedikit kasar dan masa nak makan perah asam limau.

3. Dah jadi..... Tapi biasalah saya tk pakai cili hijau, tapi digantikan dengan semangkuk cili api.





KERABU DAUN BEREMI
1. 1 ikat daun beremi - potong sedikit
2. 2 biji cili merah
3. 1 cawan kelapa parut
4. 1 in belacan dibakar - lebih lagi kawwww
5. Udang kering - direndam dan ditumbuk
6. garam, perasa

Cara:
1. Tumbuk cili hingga lumat bersama belacan, garam dan sedikit perasa (kalau nak guna lahhh).
2. Kelapa parut juga ditumbuk (jangan halus2 sangat).
3. Kesemua bahan2 tumbuk tadi digaulkan dengan daun beremi tadi.
4. Dah siap, tak payah masak pun.

* Daun ni husband saya memang suka makan cara sebegini. Bila saya masak (goreng) kurang sikit dia nak sentuhnya. Nasib baik anak saya lalu semuanya...so ada gak kawan nak makan sayur beremi yang digoreng ni.









SAYUR BEREMI GORENG
1. 1 biji cili merah
2. 2 ulas bawang merah
3. sedikit ikan bilis
4. sedikit belacan
5. garam
6. perasa (jika suka)
Cara :
1. Kesemua bahan2 tadi ditumbuk lumat dan ditumis.
2. Kemudian masukkan daun beremi tadi
3. Dh siap dan boleh diangkat
* Mak mertua saya kata kalau nak goreng2 sayur ni rencahnya lebih sedap kalau ditumbuk (bukan dihiris). Sebenarnya kalau dihiris jer tu maknanya menantu dia ni pemalas...wakahkahakha...Pandai jugak yekk orang2 tua ni berperi bahasa. Nasib baik saya ni dah tue...so paham ler bahasa2 berbunga2 ni...hehehehehe...
























MEMPEDAL GORENG
TEMPE GORENG
ATAU APA2 SAHAJA YANG HENDAK DIGORENG
Bahan-bahan:
1. Mempedal ayam
2. Bawang putih
3. Halia
4. Jintan manis
5. Jintan putih
6. Kunyit, garam
Cara:
1. Tumbuk semua bahan 2, 3, 4, 5.
2. Kemudian dicampurkan dengan mempedal tadi dan ditambah dengan garam dan kunyit.





Lunch Kami





















Untuk lunch + dinner ni dia...asam pedas ikan kembung (ikan favourite suamiku), sayur kobis goreng..ada sikit lebihan kacnag buncis...jangan membazir, campurkan ajeee...kerabu udang, ikan kembung goreng dan rendang ayam...




Resepi saya semuanya mudah-mudah saja...semuanya main lebur sahaja...siapa-siapa yang nak ikut cara ni no problem. Tapi kalau nk yg bersistem, sila cari cara memasak dari sahabat2 kita yang lain..hehehehe.




Rendang ayam:
Bahan-Bahan:
1. 1/2 ekor ayam
2. 3 btg serai
3. 1/2 in lengkuas
4. 1 in halia
5. 5 ulas bawang putih
6. Cili kering - ikut suka
7. Cili Api - ikut suka
8. 1 in Kunyit
8. Gula nisan/merah/putih
9. santan
10. Garam & perasa
11. Kerisik
12. Daun limat purut dan kunyit

Cara :
1. Semua bahan 2, 3, 4, 5, 6, 7 dikisar halus.
2. Tak payah tumis, lebur jer dlam kuali. Masa yang sama masukkan sekali ayam/daging dan santan kita.
3. masak sampai agak kering kemudian masukkan gula, garan dan perasa.
4. Akhir sekali masukka kerisik, daun limat puirut dan daun kunyit.
Dah selesai dan boleh ngapp
KERABU UDANG
1. 1/2 kilo udang
2. 1 bj tomato - potong dadu
3. 2 btg serai - racik halus
4. 2 - 3 helai daun limau purut - racik halus
5. bawang kecil, cili api - ikut suka - hiris halus
6. limau kasturi - ikut suka byk mananak
7. Gula, garam, perasa
Cara:
1. Semua bahan2 tadi letak dlm kuali dan layurkan atas api sekejap sampai udang masak.
2. Dh siap dan boleh dimakan.