Sunday, August 23, 2009

1ST RAMADHAN

Hari pertama puasa. Hari bercuti pulak tu... emm rancaklah aku di dapur.

Juadahnya.. sootng sumbat pulut.


Lauk sampingan yang lain, ikan goreng, jantung pisang di rebus dan sebahagian lagi dibuat kerabu dan yang paling special... tongkeng ayam goreng rempah. Favourite suamiku. Kadang2 berebut2 kami memakannya. Masa baru2 kawin dulu tak tau nak makan, bila aku dah tau cara aku memasaknya.. emm dia yang hantunya..

TONGKENG AYAM GORENG

Bahan:
1 paket tongkeng ayam
1 in kunyit hidup*
1 in halia*
1 sudu teh jintan manis*
1 sudu teh jintan putih*
1 sudu teh ketumbar*
5 ulas bawang putih*
1 sudu teh rempah kari
* bahan2 ditumbuk lumat

Cara:
1. Campurkesemua bahan2 di atas. Perap dalam setengah jam dan goreng garing.


Meehon goreng. Hantar sedikit untuk mak dan pak mertua juga.

Wednesday, August 19, 2009

restoren aljazera - cyberjaya


Selepas habis majlis konvokesyen anakku tempohari, memandangkan jam pun dah pukul 1 lebih, perutpun dah berkeroncong, dan rakan2 menyatakan ada sebuah restoran nasi arab di cyberjaya, maka aku pun teringin menerainya..
Pilihan kami adalah nasi arab dan kambing. Keluarga kami memang hantu daginga kambing, sama ada masak kari, atau panggang atau lain2 yang sewaktu dengannya. Alhamdulillah setakat ini kami ok jer....tak macam orang lain yang akan pening kepala bila makan kambing.

Aku seperti biasanya suka lime panas... pilihan minum aku semestinya yang panas,,, walauun di tengahari terik.
Pilihan anakku air teh arab iaitu teh yang dicampur dengan daun pudina...berangin gitu airnya..nyaman jer rasanya, tapi suamiku tak suka,.. tak reti dia minum minuman yang sebegitu sedang aku dan anakku laju jer manambah air tuu..



Tuesday, August 18, 2009

KURSUS PERKHIDMATAN PELANGGAN YANG BERKUALITI

Pada 13 - 15 Ogos yang lalu, aku telah menghadiri Kursus Perkhidmatan Pelanggan Yang Berkualiti di Bayu Beach Resort, PD. Sebenarnya kawan sebelah bilikku yang ajak iaitu PA kpd TKP Dasar. Dia kata dia satu hari kursus pun belum perg dan mengajak saya turut hadir memandangkan pada hari2 tersebut kedua2 TKP tak ada di pejabat kerana ada bengkel di Holiday Inn Gl;enmarie KL. Dengan tidak bertangguh aku menyampaikan hasrat hatiku kepada bos.. dia kata ok.. pegi lah.. hehehehe... so aku selamat boleh tambahkan hari untuk berkursus, namun malangnya sahabatku yang mengajakku kekursus pula yang kurang bernasib baik kerana bos dia kata tak perlu pergi kerana tidak berkaitan dengan tugas. Apa daa... ada ker tak berkaitan dengan tugas.. Sebagai PA kami perlu berhemah. Bukan jer PA.. utk jawatan2 lain pun sama... Kalau dulu dikatakan Perkhidmatan Kaunter yang berkualiti, tetapi sekarang ditukar kepada Perkhidmatan Pelanggan kerana orang berurusan bukan hanya di kaunter tetapi juga melalui telefon atau datang terus kepada kita untuk urusan2 tertentu... jadi budi bicara dan cara layanan kepada semua pelanggan adalah di mana2 sahaja.. sama ada pelanggan dalaman (antara sesama staff) atau dgn orang luar.

Nampak tak bas yang aku naik tu..di depannya adalah tempat duduk khas untuk VIP .. cuma ada 5 seat jer.. siap boleh pusing2 360 darjah seat tu.. boleh buat bulatan untuk sembang2 sesama kami... maklumlah bas untuk org2 besar naik... kenalah ada seat VIP.. di sebab aku naik awal dan juga dah senior maka aku dapat lah duduk kat situ... yang kesiannya ada dua orang tak dapat tempat duduk sebab tak sangka ramai yang nak naik bas.. So kenalah duduk kat lantai.

Ini lah bilikku..ada dua bilik di dalamnya.. aku berkongsi dengan urusetia dan satu bilik tu diduduki oleh penceramah dari INTAN.


Orang belum start kursus.. tapi aku dah start posing.

Saat2 yang digemari... berlumba2 ambik makanan..

Kursus sampai jam 10.30 malam..mengantukk.. esok jam 6.30 am dah kena ada kat padang.. kalau lambat kena denda bawa batu bata setiap masa sama ada ke kelas atau ke padang. Ini tak tipu tau.. ini betul2.. memang betul2 adaa... urusetia kata pada kursus yang lepas.. iaitu semasa golongan Profesional yang hadiri kursus ada yang kena bawa batu bata tuuu.. haaa... malu kauu... pengarah bawa batu bata....sebabnya lewat. hehehe. So skrg bila orang dah tau.. sepuluh minit sebelum start kursus semua dah ada di tempat masing2. emm.. padan muka.. elok diajar macam tuuu.. kalau tak kebiasaannya semasa kursus tu .... masuk selalu lewat dan untuk acara riadah.. sure ramai yang tak turun padang.. termasuklahh akuuu...

Banyak acara berkumpulan dijalankan... ada 4 group dan setiap group ada 10 orang.. macam biasalah. kena berlakun mengikut situasi yang diberikan bagi mempamerkan apakah bagaimanakah keadaan yang terpaksa kita hadapi sekiranya melalui saat2 sedemikian semasa melayan pelangggan.

Selain dari itu ada juga diadakan pertandingan poco2...aduhh.. sebenarnya akupun tak reti poco2 ni... reti sikit2 jerr.. tapi dalam aku tk reti akulah yang paling terror dari dia org sebab memang mereka yang lain2 tu kebanyakannya kayu2 mati..wakahkahkahkah.. Ini juga dinamakan sebagai team building.. kerana di setiap kumpulan.. yang mana reti terpaksa mengajar yang tak reti.. agar diakhirnya setiap group boleh menari seragam.. emm.. yang ini aku mengajar2 kawan2 dan kami dpt no 1. Bagi pemenang keseluruhan pula group kami juga yang mendapat tempat pertama. TQ urusetia kerana memcari hadiah untuk kami. Hadiah keempat dan ketiga mendapat keychain dan kedua mendapat mug dan dan hadiah tempat pertama adalah sebatang payung setiap seorang.

Memandangkan seat tak cukup masa pergi maka untuk balik aku tanya hubbyku sama ada boleh amik takSemasa balik suamiku mengambilku di hotel. Oleh kerana suamiku belum makan tengahari maka kami singgah di tepi pantai dan aku menemaniku suamiku makan..Sambil tu sempat posing sekejap di tepi pantai.














I LOVE YOUUUUUUUUU DEARRR









Monday, August 17, 2009

MAJLIS KONVOKESYEN ANAKKU

Pada 11 Ogos 2009 (Selasa) yang lalu aku dan suami dengan bangganya menghadiri Majlis konvokesyen Anak kesayangan kami di Multi Media Univesity Cyberjaya. Beliau telah menamatkan pengajiannya dalam bidang Marketing Multimedia yang dijalankan di Multimedia College KL. Tahniah kepada anakku dan rakan2 beliau. Selepas ini apa yang perlu beliau buat ialah menyambung lagi pengajian beliau ke peringkat Ijazah.

Suamiku tersenyum bangga bergambar dengan anak kami.

Bergambar bersama anak tersayang. Tahniah dari mama. Dah berjaya nanti jangan lupa mama dan abah.



Bergambar bersama2 rakan2 seperjuangan.



Ini dia senarai nama graduan yang menerima diploma masing2 pada hari tersebut.









Heroku dan juga bodyguard ku.





Buquet yang aku belikan untuk anakku...cute2 bear2 tu..rasa macam nak beli semua... memang cantik bila ada banyak2...tapi cukuplah satu...sekor beruang tu pun dah seratus ringgit.. annakku punya pasal...mak kopak pun tak apalah... saja jer beli yg bear dan bunga plastik.. kalau beli yg bunga fresh nanti dah layu.. tak boleh nak dijadikan kenangan pulak.












Sunday, August 9, 2009

HIGH TEA PERPISAHAN DATIN AISHAH

Sempat posing di rumah sebelum berangkat ke High tea.



Pada 9 Ogos 1009 (Ahad) yang lalu telah diadakan High Tea untuk Majlis Perpisahan Datin Aishah iaitu Pengerusi BAKAT KOMLEK yang akan berpindah ke Beijing bagi mengikuti suaminya yang akan melanjutkan pelajarannya selama setrahun. Terima kasih kerana mempelawa kami ke sana sekiranya berkesempan. Beijing merupakan sebuah negara yang amat cantik..aku pernah ke sana..dan memang rasa tak puasss....rasa nak pergi lagi...



Selain dari acara makan-makan, diadakan juga sesi karoake. Sesiapa sahaja yang menyanyi akan diberi hadiah. Memandangkan aku memang tak pernah dan memang tak pandai menyanyi, maka tak dapat hadiah pun tak apa lah....



sedap sungguh suara Datin Aishah semasa menyanyi.



Acara kemuncak adalah seperti biasa poco-poco. Itu ejr lah yang aku join..reti sikit2.









Thursday, August 6, 2009

PANDAN MUFFIN




Dah lama teringin nak buat pandan muffin ni...baru kini berkesempatan. Sori lah sebab tak ingat resepi dari siapa yang saya ambil ini....so tak dapat saya nak lebelkan yang empunya resepi ini. Walau bagaaimanapun, memang sedap muffin ini.

Memandangkan resepi muffin yang diberikan menghasilkan jumlah muffin yang ciput jer dlm 6 biji gitu...so saya doublekan resepinya. Yalah kalau buat sikit2...buat penat membasuh peralatan menyediakannya jerr kann...buat lebih2 yang lebih tu boleh bagi adik beradik, jiran dan kawan2 opis kalau rasa tak habis nak makan sendiri.

Bahan-bahan ( 6 biji- 7cm acuan muffin )
90g butter
70g gula halus
1 biji telur
40ml susu segar
sedikit vanila esen
110g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil pandan emulco
kepingan badam (hiasan)

Cara-cara
1. Pukul butter sehingga lembut. Kemudian masukkan gula,pukul sehingga putih.

2. Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul sehingga semuanya sebati.(sebelum masukkan
telur ke dalam adunan, pukul dulu sikit telur tu dengan garfu. Tak perlu kembang).
3. Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sekata.

4. Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder ke dalam no.2 sedikit demi
sedikit sebanyak 3 kali berselang seli dgn susu segar sambil di kacau. (tepung-susu-tepung-
susu-tepung)

5. Bahagikan adunan kepada 2. Ambik satu bahagian adunan, masukkan pandan emulco dan
kacau sehingga sebati.

6. Isikan cup muffin dengan dua adunan yang berlainan itu. Bakar selama 25-30minit dengan
suhu 180C.

7. siap utk dimakan

Tuesday, August 4, 2009

FLORA FEAST 2009

Pada 4 Ogos 2009 (Selasa) yang lalu aku dan suami ke Flora Feast 2009 di Putrajaya. Harimau ni nampak seakan real dengan gabungan bunga kuning dan coklat.

Yang seronoknya dapat tengok gerai yang ada jual kambing panggang. Seekor kambing tu dipanggang. Kami beli satu paket RM5 jer..makan sama jalan2 menengok gerai2 yang lain.... sedap dan lembut dagingnya kambing tu, maklumlah fresh lagi.

Seperti biasa ada gerai menjual bunga2an, kraftangan, buah2an, makanan dan pelbagai lagi. Namun kerana pada kali ini kami pergi pada sebelah malam, maka gambar yang diabadikan adalah kurang menarik.

Buah kesukaanku...manggis. Biasanya suami yang pilih bila beli sebab dia membesar dengan manggis katanya, kalau aku yang pilih nanti terpilih yang keras. Elok juga tak payah susah2 nak pilih. Biasanya suami dan anakku cuma ambil dua tiga biji jer..yang lain aku habiskan...Kesian dia org kata nak makan....sebab tengokaku suka makan..aminnnnnnnn...hehehehe..



Ini adalah gerai2 yang menjual2 pokok2. Banyak okid2 yang cantik2. Namun buat masa ini oleh kerana rumah kami sedang di renovate, maka kami tiada hati nak membelinya. Yang kat rumah tu pun dah macam tak terjaga...may be mood menjaga pokok tu dan bekurangan kot.









Di dalam khemah banyak gubahan2 bunga yang cantik2. Satu buquet rose merah menyala..amat cantik warnanya...namun walau secantik mana pun rose merah...hatiku tetap mencintai rose putih..walau warnya kurang menyerlah..namun aku tetap menganggapnya istemewa.










Terdapat juga bunga2 yang dijadikan bentuk binatang...sebiji macam binatang betul bila sesuai dengan padanan warna bunganya.













burung kaka tua ini juga di perbuat dari cantuman bunga2 segar dan badan ini pula diperbuat dari kuaci bunga matahari. Nampak real sungguh. Hebat betul kerativiti mereka yang membuatnya.
Ini pula octopus dari bunga.






Tapak sulaiman


Ikan2



longgokan bunga2an













tapir












saje jer bergambar manje2 dgn suami tersayang.