Sunday, August 2, 2009

PERJUMPAAN DENGAN BOS LAMA DI LAKE CLUB

Pada 21 Julai 2009 yang lalu, aku dan beberapa rakan membuat reunion bersama bos lamaku di Lake Club. Bos lamaku kini tinggal di Bloomington USA kerana suaminya adalah warganegara sana yang telah lebih 20 tahun menetap di Malaysia. Kini sampai pula masanya bosku tinggal di negara suaminya pula. Kebetulan anak bujang mereka juga menuntut di sana jadi mereka menemani anak beliau di sana. Kini suami beliau bekerja sebagai researcher di Bloomington University, iaitu di university tempat mereka bertemu jodoh dulu.

Hadir sama adalah Kak Nazileh, juga telah pencen, Dr Anjli Doshi , iaitu kami punya Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) yang masih lagi berkhidmat. Beliau adalah berjiran denganku di Tingkat 20 dan secretary beliau adalah teman baikku dan juga Ho Chok Eng awek dari Trengganu yang begitu fasih membaca dan menulis jawi. Kami jumpa jam 5.30 ptg dan bersurai pada jam 10.00 malam. sebenarnya aku ni agak baik sikit dan memang tak pernah balik lewat2 malam sendirian untuk keluar jumpa kawan2. Tapi setelah mendapat keizinan suami dan memandangkan bosku itu akan balik ke US dan ntah bila lagi akan balik ke Malaysia maka terpaksalah aku meluangkan sedikit masa untuk beliau. Sebelum ini boleh dikatakan setiap tahun beliau akan balik ke Malaysia, tapi kini emak beliau telah meninggal dunia ..maka may be lambat lagi lah untuk kami berjumpa semula.


No comments: