Tuesday, August 4, 2009

FLORA FEAST 2009

Pada 4 Ogos 2009 (Selasa) yang lalu aku dan suami ke Flora Feast 2009 di Putrajaya. Harimau ni nampak seakan real dengan gabungan bunga kuning dan coklat.

Yang seronoknya dapat tengok gerai yang ada jual kambing panggang. Seekor kambing tu dipanggang. Kami beli satu paket RM5 jer..makan sama jalan2 menengok gerai2 yang lain.... sedap dan lembut dagingnya kambing tu, maklumlah fresh lagi.

Seperti biasa ada gerai menjual bunga2an, kraftangan, buah2an, makanan dan pelbagai lagi. Namun kerana pada kali ini kami pergi pada sebelah malam, maka gambar yang diabadikan adalah kurang menarik.

Buah kesukaanku...manggis. Biasanya suami yang pilih bila beli sebab dia membesar dengan manggis katanya, kalau aku yang pilih nanti terpilih yang keras. Elok juga tak payah susah2 nak pilih. Biasanya suami dan anakku cuma ambil dua tiga biji jer..yang lain aku habiskan...Kesian dia org kata nak makan....sebab tengokaku suka makan..aminnnnnnnn...hehehehe..



Ini adalah gerai2 yang menjual2 pokok2. Banyak okid2 yang cantik2. Namun buat masa ini oleh kerana rumah kami sedang di renovate, maka kami tiada hati nak membelinya. Yang kat rumah tu pun dah macam tak terjaga...may be mood menjaga pokok tu dan bekurangan kot.









Di dalam khemah banyak gubahan2 bunga yang cantik2. Satu buquet rose merah menyala..amat cantik warnanya...namun walau secantik mana pun rose merah...hatiku tetap mencintai rose putih..walau warnya kurang menyerlah..namun aku tetap menganggapnya istemewa.










Terdapat juga bunga2 yang dijadikan bentuk binatang...sebiji macam binatang betul bila sesuai dengan padanan warna bunganya.













burung kaka tua ini juga di perbuat dari cantuman bunga2 segar dan badan ini pula diperbuat dari kuaci bunga matahari. Nampak real sungguh. Hebat betul kerativiti mereka yang membuatnya.
Ini pula octopus dari bunga.






Tapak sulaiman


Ikan2



longgokan bunga2an













tapir












saje jer bergambar manje2 dgn suami tersayang.






































No comments: