Wednesday, August 19, 2009

restoren aljazera - cyberjaya


Selepas habis majlis konvokesyen anakku tempohari, memandangkan jam pun dah pukul 1 lebih, perutpun dah berkeroncong, dan rakan2 menyatakan ada sebuah restoran nasi arab di cyberjaya, maka aku pun teringin menerainya..
Pilihan kami adalah nasi arab dan kambing. Keluarga kami memang hantu daginga kambing, sama ada masak kari, atau panggang atau lain2 yang sewaktu dengannya. Alhamdulillah setakat ini kami ok jer....tak macam orang lain yang akan pening kepala bila makan kambing.

Aku seperti biasanya suka lime panas... pilihan minum aku semestinya yang panas,,, walauun di tengahari terik.
Pilihan anakku air teh arab iaitu teh yang dicampur dengan daun pudina...berangin gitu airnya..nyaman jer rasanya, tapi suamiku tak suka,.. tak reti dia minum minuman yang sebegitu sedang aku dan anakku laju jer manambah air tuu..



No comments: