
Nampak tak bas yang aku naik tu..di depannya adalah tempat duduk khas untuk VIP .. cuma ada 5 seat jer.. siap boleh pusing2 360 darjah seat tu.. boleh buat bulatan untuk sembang2 sesama kami... maklumlah bas untuk org2 besar naik... kenalah ada seat VIP.. di sebab aku naik awal dan juga dah senior maka aku dapat lah duduk kat situ... yang kesiannya ada dua orang tak dapat tempat duduk sebab tak sangka ramai yang nak naik bas.. So kenalah duduk kat lantai.


Ini lah bilikku..ada dua bilik di dalamnya.. aku berkongsi dengan urusetia dan satu bilik tu diduduki oleh penceramah dari INTAN.
Orang belum start kursus.. tapi aku dah start posing.

Saat2 yang digemari... berlumba2 ambik makanan..
Kursus sampai jam 10.30 malam..mengantukk.. esok jam 6.30 am dah kena ada kat padang.. kalau lambat kena denda bawa batu bata setiap masa sama ada ke kelas atau ke padang. Ini tak tipu tau.. ini betul2.. memang betul2 adaa... urusetia kata pada kursus yang lepas.. iaitu semasa golongan Profesional yang hadiri kursus ada yang kena bawa batu bata tuuu.. haaa... malu kauu... pengarah bawa batu bata....sebabnya lewat. hehehe. So skrg bila orang dah tau.. sepuluh minit sebelum start kursus semua dah ada di tempat masing2. emm.. padan muka.. elok diajar macam tuuu.. kalau tak kebiasaannya semasa kursus tu .... masuk selalu lewat dan untuk acara riadah.. sure ramai yang tak turun padang.. termasuklahh akuuu...
Banyak acara berkumpulan dijalankan... ada 4 group dan setiap group ada 10 orang.. macam biasalah. kena berlakun mengikut situasi yang diberikan bagi mempamerkan apakah bagaimanakah keadaan yang terpaksa kita hadapi sekiranya melalui saat2 sedemikian semasa melayan pelangggan.




Selain dari itu
ada juga diadakan pertandingan poco2...aduhh.. sebenarnya akupun tak reti poco2 ni... reti sikit2 jerr.. tapi dalam aku tk reti akulah yang paling terror dari dia org sebab memang mereka yang lain2 tu kebanyakannya kayu2 mati..wakahkahkahkah.. Ini juga dinamakan sebagai team building.. kerana di setiap kumpulan.. yang mana reti terpaksa mengajar yang tak reti.. agar diakhirnya setiap group boleh menari seragam.. emm.. yang ini aku mengajar2 kawan2 dan kami dpt no 1. Bagi pemenang keseluruhan pula group kami juga yang mendapat tempat pertama. TQ urusetia kerana memcari hadiah untuk kami. Hadiah keempat dan ketiga mendapat keychain dan kedua mendapat mug dan dan hadiah tempat pertama adalah sebatang payung setiap seorang.

No comments:
Post a Comment